Al-Junaidi Al-Baghdadi pernah berkata :
1) Mati itu rumah Allah SWT, jangan biarkan selain Allah SWT mendiaminya. ( Jangan biarkan kita mati dalam keadaan Syirik kepada Allah SWT ).
2) Rindu kepada Allah SWT itu membuang dosa.
3) Kamu tidak akan mencapai Baqa’ ( kekal dengan Allah SWT ) sebelum melalui Fana’ ( hapus diri ).
4) Orang yang takut kepada Allah SWT tidak sentiasa senyum.
5) Orang yang hidup bersandarkan nyawa akan mati, kerana nyawa akan berpisah daripada badan. Orang yang hidup bergantung kepada Allah SWT tidak akan mati kerana Allah SWT tidak akan mati.
6) Mata manusia itu lebih baik buta sekiranya mata tidak dapat menghargai Keindahan Allah SWT. Lidah manusia itu lebih baik bisu jika lidah tersebut tidak menyebut Nama-nama Allah SWT. Telinga manusia itu lebih baik tuli jika telinga tersebut tidak boleh menerima Nasihat Allah SWT. Anggota manusia itu lebih baik mati jika tidak melakukan Arahan Allah SWT.
7) Orang yang bergantung dengan usahanya sendiri dalam mengenang Allah tidak akan mendapat ganjaran penuh dalam ibadatnya.
8) Orang yang dicintai oleh Allah SWT akan dipermudahkan kepadanya untuk berkawan dengan Wali-wali Allah SWT.
9) Orang yang mengkaji sesuatu tetapi tidak mengkaji hikmah perkahwinan tidak akan mencapai kesempurnaan dalam kajiannya.
10) Orang yang terlalu banyak makan tidak akan dapat melakukan ibadat.
11) Dunia itu tidak manis tetapi manis pada nilai kerohanian yang Allah SWT berikan kepadanya.
12) 400 orang ulamak bersepakat ” Seseorang itu hendaklah melakukan ibadat dengan penuh hati dan khusyuk sehingga tidak terlintas dalam fikirannya selain daripada Allah SWT”.
13) Seorang sufi itu seperti ladang, baja dan isinya. oleh yang demikian orang sufi adalah ibarat benih-benih yang baik.
14) Tauhid itu adalah mengenal Allah SWT.
15) Perasaan Cinta kepada Allah SWT akan membunuh perasaan ego yang terdapat dalan jiwa orang mukmin.
16) Sesat lalai daripada mengingati Allah SWT menghapuskan pahala seribu tahun beribadat.
17) Orang yang Benar-benar Ikhlas kepada Allah SWT pasti akan menjumpai Allah SWT.
18) Orang yang benar-benar Mukmin adalah orang yang yakin hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi makanan kepadanya.
19) Orang yang berakal waras adalah lebih baik daripada orang sufi yang memiliki perasaan jahat di dalam hati.
20) Allah SWT terlebih dahulu mencipta Rahmat daripada mencipta Dunia.
21) Sesiapa menyebut nama Allah SWT pasti namanya akan lenyap bersama nama Allah SWT.
22) Kesufian yang Allah SWT kurniakan kepada semua insan adalah kesufian yang lari daripada dunia dan menuju kepada Allah SWT dengan peribadatan.
23) Rahsia kesufian itu adalah Rahsia yang tersimpan di sisi Allah SWT yang tidak akan diketahui oleh sesiapa pun.
24) Jenayah yang paling zalim adalah Tamak haluba.
25) Berfikir dengan ayat-ayat Al-Quran akan mendapat Cahaya Allah SWT, kemuliaan Allah SWT dan Taqwa kepada Allah SWT.
Ayat-ayat Al-Quran berupaya melahirkan perasaan Cinta kepada Allah SWT.
26) Orang yang sentiasa memikirkan Rahmat Allah SWT akan dapat menghilangkan dosa kerana orang yang bimbang kehilangan Rahmat Allah tidak akan melakukan dosa.
27) Orang yang paling agong disisi Allah adalah orang yang menyerah kehendaknya kepada kehendak Allah SWT dan keredhaan Allah SWT.
28) Seseorang yang benar-benar Hamba Allah SWT tidak akan menyembah selain daripada Allah SWT.
29) Buangkan perasaan pentingkan dunia, pasti Allah SWT akan membuka Jalan untuk menemuiNya.
30) Membuang hawa nafsu akan menjadikan diri anda pendamping kepada Allah SWT yang paling dekat.
No comments:
Post a Comment