Thursday, July 28, 2016

RAHSIA DI DALAM RAHSIA

Rahsia kepada jasad ialah roh. Rahsia kepada roh ialah Allah. Jasad kita tersembunyinya roh dan roh kita tersembunyinya rahsia Allah. Diri kita sebenarnya menanggung dua rahsia. Pertama jasad menanggung rahsia roh dan kedua roh menanggung rahsia Allah. Roh tersembunyi di sebalik wajad jasad dan wajah Allah pula terselindung di sebalik roh. Untuk mengintai kedua0dua wajah itu, tiliklah ke dalam diri kita sendiri. Apabila sifat roh telah dapat kita kenal dengan rata, insyaAllah kedua-dua rahsia ini akan dapat kita kenal dengan nyata, jelas dan terang. Setelah kita mengenal diri, kita mengenal roh, segala rahsia itu tidak lagi menjadi rahsia. 

Apabila kita sudah mencapai kepada tahap mekrifat kepada Allah, yang ghaib itu tidak lagi menghilang, yang hilang tidak lagi menjadi tanda tanya dan yang halus tidak lagi menjadi sulit. Apabila pandangan terhadap makhluk sudah kabur dan lenyap, pandangan terhadap Allah tidak lagi terselindung atau terhijab. Di mana saja dialihkan pandangan kita, disitu juga akan kelihatan wajah Allah bersertanya.  Diri kita ini telah menjadi rahsia di sebalik rahsia. Kita ini sebenarnya ialah khazanah yang banyak menyimpan rahsia ketuhanan. Apabila jasad telah menyingkap tabir maka kita akan dapat melihat roh. Apabila roh telah menyingkap tabir, maka Allah akan kelihatan melaluinya. Barang siapa yang dapat merungkai kedua-duanya sekali maka akan kenallah dia kepada Allah. 

Keikhlasan dan ketulusan iktikad hati Ahli Makrifat dlm memandang Allah itu adalah dgn membinasakan pandangan terhadap diri sendiri, makhluk, sesuatu dan benda. Itulah caranya membawa kita melihat dan memandang Allah dengan terang dan nyata pada setiap apa yang kita pandang. Dgn cara itu ianya akan membuka pintu2 ghaib, membuka kunci2 khazanah ketuhanan yang belum kita ketahui. Kunci pintu khazanah yg ghaib akan terbuka apabila zahir memandang diri yang batin (apabila jasad mengenal roh). Apabila jasad telah mengenal roh dengan sendirinya kita akan mengenal Allah. “Man arafa nafsahu fakat arafa Rabbahu” (barang siapa mengenal dirinya, dia akan mengenal Tuhan nya). Itu tanda nya kita telah mengenal Allah Taala dengan jalan makrifat. 

Hakikatnya, kenalilah kedua-dua rahsia iaitu rahsia roh dan rahsia Allah di dalam diri kita yg telah menjadi rahsia di sebalik rahsia iaitu rahsia di dalam rahsia kerana itulah caranya yg membawa kita melihat dan memandang Allah dgn terang dan nyata pada setiap yg kita pandang. Inilah jalan terdekat menuju Allah.

No comments:

Post a Comment