Sufi adalah perkataan Arab – saf, yang bererti tulen. Alam batin sufi dipersucikan, menjadi tulen dan diterangi oleh cahaya makrifat, penyatuan dan keesaan. Istilah sufi dikaitkan juga dengan bidang kerohanian mereka yang sentiasa berhubung dengan sahabat2 Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai ‘puak yang memakai baju bulu'. Saf, pakaian bulu yang kasar menggambarkan keadaan mereka yang miskin lagi hina. Kehidupan dunia di dalam kesempatan. Mereka berjimat cermat di dalam makanan, minuman dan lain-lain.
Dalam buku ‘al-Majm' ada dikatakan, “Apa yang terjadi kepada ahli suluk yang suci ialah pakaian dan kehidupan mereka sangat sederhana dan hina”. Walaupun mereka kelihatan tidak menarik secara keduniaan tetapi hikmah kebijaksanaan (makrifat) mereka ternyata pada sifat mereka yang lemah lembut dan halus, yang menjadikan mereka menarik kepada sesiapa yang mengenali mereka. Mereka menjadi contoh kepada alam manusia. Mereka berpandukan ilmu Ilahi.
Pada pandangan Tuhan mereka berada pada martabat pertama kemanusiaan. Dalam pandangan mereka yang mencari Tuhan puak sufi ini kelihatan cantik walaupun pada zahirnya buruk. Mereka mesti dikenali dan berupaya mengenali, dan mereka dengan mesti dengan cara itu iaitu satu dan semua, kerana mereka semua berada pada makam keesaan dan mesti nyata sebagai satu.

Dalam bahasa Arab perkataan tasawwuf, kerohanian Islam, terdiri daripada empat huruf – ‘ta', ‘sin', ‘wau' dan ‘pa' (t,s,w,f). Huruf pertama, t, bermaksud taubat. Ini adalah langkah pertama perlu diambil pada jalan ini. Ia adalah seolah-olah dua langkah, satu zahir dan satu batin. Taubat zahir dlm perkataan, perbuatan dan perasaan, menjaga kehidupan agar bebas dpd dosa dan kesalahan dan cenderung utk berbuat kebaikan dan ketaatan; meninggalkan keingkaran dan penentangan, mencari kesejahteraan dan kedamaian. Taubat batin dilakukan oleh hati.
Penyucian hati dpd hawa nafsu duniawi yang huru hara dan hati bulat berazam mahu mencapai alam ketuhanan. Taubat – mengawasi kesalahan dan meninggal kannya, menyedari kebenaran dan berjuang ke arahnya – membawa seseorang kepada langkah kedua. Langkah kedua ialah keadaan aman dan sejahtera, safa . Huruf ‘s' adalah simbolnya . Dalam peringkat ini juga ada dua langkah perlu diambil. Pertama ialah ke arah kesucian di dalam hati dan kedua pula ke arah pusat hati. Hati yang tenang datang daripada hati yang bebas dpd kesusahan, keresahan yg disebabkan oleh masalah semua kebendaan ini, masalah makan, minum, tidur, perkataan yg sia-sia.
Dunia ini seumpama tenaga tarikan bumi, menarik hati ke bawah, dan untuk membebaskan hati daripada masalah tersebut menyebabkan berlaku tekankan kepada hati. Di sana ada pula ikatan2 – hawa nafsu dan kehendak, pemilikan, kasihkan keluarga dan anak2 – yang mengikat hati seni kepada bumi dan menghalangnya terbang tinggi. Cara membebaskan hati, bagi menyucikannya, adalah dengan mengingati Allah.
Pada permulaan ingatkan ini berlaku secara luaran, dgn mengulangi nama2 Tuhan, menyebutnya kuat2 sehingga kamu dan org lain boleh mendengarnya. Apabila ingatkan kepadaNya sudah berterusan ingatkan tersebut masuk ke dalam hati dan berlaku di dalam senyap. Allah berfirman: “Sesungguhnya orang mukmin itu ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, takutlah hati2 mereka, dan apabila dibacakan ayat2 Allah menambahkan lagi keimanan mereka, dan kepada Tuhan merekalah mereka kembali”. (Surah Anfaal, ayat 2).

Takutkan Allah dalam ayat tersebut bermaksud takut dan harap, hormat dan kasihkan Allah. Dengan ingatan dan ucapan nama2 Allah hati menjadi jaga dari ketiduran dan kelalaian, menjadi suci bersih dan bersinar. Kemudian bentuk dan rupa dari alam ghaib menyata di dalam hati. Nabi s.a.w bersabda, “Ahli ilmu zahir mendatangi dan menerkam sesuatu dengan akal fikirannya sementara ahli ilmu batin sibuk membersihkan dan menggilap hati mereka”.
Kesejahteraan pada pusat rahsia bagi hati diperolehi dengan membersihkan hati daripada segala sesuatu dan menyediakannya untuk menerima Zat Allah semata-mata yang memenuhi ruang hati apabila hati sudah diperindahkan dgn kecintaan Allah. Alat pembersihannya ialah berterusan mengingati dan menyebut di dalam hati, dengan lidah rahsia akan kalimah tauhid “La ilaha illa Llah”. Bila hati dan pusat hati berada dalam suasana tenang dan damai maka peringkat kedua yg disimbolkan sebagai huruf ‘s' selesai.
Huruf ketiga ‘w' bermaksud wilayah, suasana kesucian dan keaslian pencinta2 Allah dan sahabat2Nya. Keadaan ini bergantung kpd kesucian batin. Allah menggambarkan sahabat2Nya dengan firman-Nya: “Ketahuilah, sesungguhnya pembantu2 Allah tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita. Bagi merekalah kegembiraan di penghidupan dunia dan akhirat…”. (Surah Yunus, ayat 62 – 64).

Seseorang yang di dalam kesucian menyedari sepenuhnya tentang Allah, mencintai-Nya fan berhubungan dengan-Nya. Hasilnya dia diperelokkan dengan peribadi, akhlak dan perangai yang terbaik. Ini merupakan hadiah suci yang dikurniakan kepada mereka. Nabi s.a.w bersabda, “Perhatikanlah akhlak yang mulia dan berbuatlah sesuai dengannya”. Dlm peringkat ini org yg di dalam kesedaran tersebut meninggalkan sifat-sifat keduniaannya yang sementara dan kelihatanlah dia diliputi oleh sifat-sifat Ilahi yg suci.
Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: “Bila Aku kasihkan hamba-Ku, Aku menjadi pendengarannya, penglihatannya, percakapannya, pemegangnya dan perjalanannya”. Keluarkan segala-galanya dari hati kamu dan biarkan Allah sahaja yang berada di sana. “Dan katakanlah telah datang kebenaran dan telah lenyap kepalsuan kerana sesungguhnya kepalsuan itu akan lenyap”. (Surah Bani Israil, ayat 81). Bila kebenaran telah datang dan kepalsuan telah lenyap maka selesailah peringkat wilayah. Huruf keempat ‘f' bermakna fana, lenyap diri sendiri ke dalam ketiadaan.
Diri yang palsu akan hancur dan hilang apabila sifat-sifat yang suci memasuki seseorang, dan apabila sifat-sifat serta keperibadian yang banyak menghalang tempatnya akan diganti oleh satu sahaja sifat keesaan. Dalam kenyataan hakikat sentiasa hadir. Ia tidak hilang dan tidak juga berkurangan. Apa yang berlaku adalah orang yang beriman menyedari dan menjadi satu dengan yang menciptakannya. Dalam suasana berada dengan-Nya orang yang beriman memperolehi kurniaan-Nya; manusia yang sementara menemui kewujudan yang sebenar dengan menyedari rahsia abadi. “Semua akan binasa kecuali Wajah-Nya”. (Surah Qasas, ayat 88).

Cara untuk menyedari hakikat ini ialah melalui anugerah-Nya, dengan kehendak-Nya. Bila kamu berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya dan bersesuaian dengan kehendak-Nya kamu akan menjadi hampir dengan hakikat-Nya, Zat-Nya. Kemudian semua akan lenyap kecuali Yang Esa yang meredai dan yang Dia diredai, bersatu. Perbuatan baik adalah ibu yg melahirkan bayi kebenaran; kehidupan dlm kesedaran bagi manusia yang sebenar2nya. “Perkataan yang baik dan perbuatan yang baik naik kepada Allah”. (Surah Fatir, ayat 10).
Jika seseorang berbuat sesuatu dan jika kewujudannya bukan untuk Allah sahaja maka dia mengadakan sekutu bagi Allah, dia meletakkan yg lain pada tempat Allah – dosa yg tidak diampunkan yg akan memusnahkannya, lambat atau cepat. Tetapi bila diri dan kepentingan diri fana seseorang itu mencapai peringkat bersatu dgn Allah. Allah menggambarkan makam tersebut: “Sesungguhnya org2 yang berbakti (adalah) dalam kebun2 dan (dekat) sungai2. Di tempat duduk kebenaran, di sisi Raja Agung yg sangat berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 54 & 55).

Tempat itu ialah tempat bagi hakikat yang penting, hakikat kpd hakikat-2, tempat penyatuan dan keesaan. Ia adalah tempat yang disediakan utk nabi-nabi, untuk mereka yg dikasihi oleh Allah, utk para sahabatNya. Allah beserta org2 yg benar. Bila kewujudan bersatu dengan wujud yang abadi ia tidak boleh dipandang sebagai kewujudan yg terpisah.
Bila semua ikatan keduniaan ditanggalkan dan seseorang itu dlm suasana kesatuan dgn Allah, dgn kebenaran (hakikat) Ilahi, dia menerima kesucian yg abadi, tidak akan tercemar lagi, dan masuk ke dlm golongan: “Mereka itu ahli syurga yg kekal di dlmnya”. (Surah A'raaf, ayat 42). Mereka adalah: “Org2 yg beriman dan beramal salih”. (Surah A'raaf, ayat 42). Bagaimanapun: “ Kami tidak memberatkan satu diri melainkan sekadar kuasanya”. (Surah A'raaf, ayat 42). Tetapi seseorg memerlukan kesabaran yg kuat: “Dan Allah beserta org yg sabar”. (Surah Anfaal, ayat 66).

No comments:
Post a Comment