Thursday, July 28, 2016

IMAN ASAS AMANAH

Di dalam Al Qur'an, Allah swt sentiasa menegaskan tentang iman, bahkan panggilan identiti hamba2Nya disebut dengan "Al Mu'minuun" atau "Alladziina aamanuu”. Iman secara bahasa ertinya `percaya'. Dari kepercayaan inilah munculnya sikap atau perbuatan. Seorang pesakit yang percaya kepada doktornya, ia akan patuh dan ikut apa sahaja kata-kata doktor. Ketika doktor memutuskan bahwa "Kamu kena penyakit kanser", ia terus percaya. Begitu juga apabila doktor memutuskan bahwa "Kamu perlu buat pembedahan", ia terus bersiap sedia walau banyak manapun ia mesti membayar kosnya.
 Ubat-ubatan dari doktor diminum sesuai dengan aturan yang ditentukan, ada yang tiga kali atau dua kali sehari dan sebagainya. Semua itu dipatuhi dengan sungguh2. sehingga pantang larang dari segi pengambilan makanan yang ditentukan oleh doktor pun tetap dipatuhinya walau seenak manapun makanan tersebut, ia berusaha untuk menghindarkan diri semampu mungkin. Perhatikan bahwa sungguh tidak sedikit manusia yang sangat patuh kepada arahan doktor, tetapi kepada Allah tidak pula demikian. Padahal Allah jauh lebih luas pengetahuanNya daripada seorang doktor.

"Percaya" adalah kekuatan untuk patuh seperti patuhnya seorang pesakit yang sangat percaya kepada para doktor. Percaya dalam Islam disebut iman. Iman mesti berkaitan dengan perkara yang ghaib kerana ia merupakan keperluan ruhani. Oleh kerana itulah di pembukaan surah Al-Baqarah, ayat 3, Allah swt berfirman: ”Alladziina yu'minuuna bilghaibi (iaitu org2 yg beriman kepada yang ghaib).” Berdasarkan ayat ini maka iman itu mesti berkaitan dengan perkara yang ghaib seperti beriman kpd Allah, para malaikat dan wahyu yg turun kpd para rasul, itu semua adalah ghaib dan ternyata ini adalah keperluan fitrah manusia.

Inilah makna fitrah yg Allah swt firmankan: ”Maka hadapkanlah wajahmu dgn lurus kpd agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yg telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yg lurus; ttpi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS Ar Ruum:30).

Jadi pada dasar penciptaannya, manusia telah dibekalkan dgn iman sebagaimana firman Allah berikut: ”Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak2 Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yg demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah org2 yg lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)." (QS Al A'raf : 72). 

Inilah persaksian setiap janin ketika masih dlm rahim ibunya, ia telah secara jujur mengakui keimanannya kepada Allah. Ini juga bersesuaian dengan makna hadits Nabi saw yang sangat terkenal : "Setiap bayi yg baru lahir, ia lahir dlm keadaan fitrah (maksudnya beriman kpd Allah swt).” Sayangnya apabila kemudian nya bahwa materialisma telah menyeret manusia untuk hanya menekuni keperluan fizikalnya. Akibatnya mereka sentiasa sibuk dgn perkara2 yg menyangkut soal2 kebendaan semata-mata. 

Bahkan yang lebih parah lagi apabila mereka berusaha untuk "membendakan" yg ghaib. Itulah asal-usul munculnya matahari, patung, pohon besar dan selainnya yang dianggap sebagai tuhan. Mereka merasa kurang puas jika tuhan yang mereka sembah itu tidak nampak pada mata kasar. Padahal tabiat iman mesti sentiasa berkaitan dengan yang ghaib. Maka selama mana kecenderungan materialistik tetap menguasai dan diutamakan di atas segalanya, secara automatiknya keimanan akan dikesampingkan dan mereka tidak akan pernah merasakan nikmatnya iman, maka dari sinilah kekeringan ruhani berlaku.

Semua manusia sebenarnya ingin bahagia tetapi ramai di antara mereka yg tidak menemui kebahagiaan yg didambakan itu. Ada yg mengejar kebahagiaan di sebalik hiburan dan kemegahan. Bahkan ramai juga yg sampai tercebur ke lembah dosa. Namun ternyata kebahagiaan tidak juga didapatinya. Tidak sedikit pula org yg mengalami tekanan dan kekecewaan justeru ketika telah berada di puncak kejayaan dari sudut keduniaan. 

Di sini jawabannya adalah iman kerana hanya imanlah yg akan mengisi kekeringan ruhani mereka. Caranya ialah dgn mematuhi segala kehendak Allah dan sesungguhnya bukan sekadar main-main, berpura-pura, setengah hati. Jika mereka boleh patuh kepada doktor atau ketua mereka dengan sungguh2, maka kepatuhan kepada Allah swt mestilah mengatasi kesemua kepatuhan kepada makhluk. Yang banyak berlaku adalah bahwa Allah swt sering dikesampingkan. Contohnya solat sering diabaikan oleh manusia namun sepatutnya seorang muslim, waktunya ditentukan oleh solat, bukan dia yg menentukan bila waktu untuk solat. 

Demikinlah Rasulullah saw dan sahabat2nya mencontohkan akan perkara ini. Maka selama mana kepatuhan kepada Allah dianggap sebagai sampingan, iman tidak akan pernah mempunyai daya atau kekuatan dan akibatnya kebahagiaan hakiki tidak boleh dicapai. Sebaliknya ketika keimanan benar2 menggelora lalu dibuktikan dgn kepatuhan yg jujur dan maksimum kepada Allah swt, maka kebahagiaan akan tercapai. Rasulullah saw. Bersabda: ”Tiada iman pada org yg tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada org yg tidak menunaikan janji." (HR Ahmad dan Ibnu Hibban)

HAKIKAT AMANAH

Amanah adalah perkataan yang sering dikaitkan dengan kekuasaan dan material. Namun sesungguhnya perkataan amanah tidak hanya terkait dengan urusan-urusan seperti itu. Secara syar'i, amanah bermakna: ”Menunaikan apa-apa yang diberikan atau dipercayakan”. Itulah makna yang terkandung dalam firman Allah swt: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk menunaikan amanah2 kepada pemiliknya; dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkan hukum dengan adil." (QS An-Nisa : 58).  

Ayat di atas menegaskan bahwa amanah tidak semestinya menyangkut urusan material dan perkara2 yang bersifat fizikal. Kata-kata adalah amanah. Menunaikan hak Allah adalah amanah. Memperlakukan sesama insan secara baik adalah amanah. Ini diperkuatkan lagi dengan perintahNya: ”Dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkan hukum dengan adil.” Jadi keadilan dalam hukum itu merupakan salah satu amanah yang besar. 

Ini juga diperjelaskan lagi dengan sabda Rasulullah saw: ”Setiap kamu adalah pemimpin dan kerananya akan diminta pertanggungjawaban tentang kepimpinannya. Amir adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban ttg mereka. Lelaki adalah pemimpin di tengah keluarganya dan ia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan atas anak2nya dan ia akan diminta pertanggungjawaban ttgnya. Seorg hamba adalah pemimpin atas harta tuannya dan ia akan diminta pertanggungjawaban ttg itu. Dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban ttg kepimpinannya. " (Muttafaq `Alaih)

Allah swt berfirman: ”Sesungguhnya Kami menawarkan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-ganang. Namun mereka menolak dan khuatir untuk memikulnya. Dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi amat bodoh." (QS Al-Ahzab : 72). 

Dari nash-nash Al-Qur'an dan sunnah di atas nyatalah bahwa amanah tidak hanya terkait dengan harta dan pemberian harta benda semata-mata bahkan amanah adalah urusan besar yang seluruh alam semesta menolaknya dan hanya manusialah yang diberikan kesediaan untuk menerima dan memikulnya. Jika demikian, pastilah amanah adalah urusan yang terkait dengan jiwa dan akal. Amanah besar yang dapat kita rasakan dari ayat di atas adalah melaksanakan berbagai kewajiban dan menunaikannya sebagaimana semestinya.

AMANAH DAN IMAN

Amanah adalah tuntutan iman manakala khianat adalah salah satu ciri kekafiran. Sabda Rasulullah saw: "Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada org yg tidak menunaikan janji." (HR Ahmad dan Ibnu Hibban). Barang siapa yang hatinya kehilangan sifat amanah, maka ia akan menjadi orang yang mudah berdusta dan khianat manakala siapa yang mempunyai sifat dusta dan khianat, maka dia berada dalam barisan org2 munafik. 

Mensia-siakan amanah disebutkan oleh Rasulullah saw sebagai salah satu ciri datangnya hari kiamat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah saw bersabda: ”Jika amanah diabaikan maka tunggulah kiamat." Sahabat bertanya, "Bagaimanakah amanah itu disia-siakan, wahai Rasulullah?" Rasulullah saw. menjawab, "Jika suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran." (HR Bukhari)

JENIS-JENIS AMANAH

PERTAMA : AMANAH FITRAH

Dalam fitrah ada amanah. Allah menjadikan fitrah manusia sentiasa cenderung kpd tauhid, kebenaran dan kebaikkan. Oleh kerana itu, fitrah selaras betul dengan peraturan Allah yang berlaku di alam semesta ini.

Allah swt berfirman: ”Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul, (Engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah org2 yg lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)." (QS Al-A'raf : 172) 

Namun adanya fitrah bukanlah jaminan bahwa setiap org akan sentiasa berada dlm kebenaran dan kebaikan kerana fitrah boleh sahaja diseliputi oleh kepekatan hawa nafsu dan penyakit2 jiwa (hati). Utk itulah manusia mesti memperjuangkan amanah fitrah tersebut agar fitrah tersebut tetap menjadi kekuatan dalam menegakkan kebenaran.

KEDUA : AMANAH TAKLIF SYAR’IE (AMANAH YANG DIPIKULKAN OLEH SYARIAT)

Allah swt telah menjadikan ketaatan terhadap syariatnya sbg suatu ujian kehambaan seseorang kpdNya. Rasulullah saw bersabda: ”Sesungguhnya Allah telah menetapkan fara'idh (kewajiban2), maka janganlah kamu mengabaikannya; menentukan batasan2 (hukum), maka janganlah kamu melanggarnya; dan mendiamkan beberapa perkara kerana kasih sayang kpd kamu dan bukan kerana lupa." (hadits shahih)

KETIGA : AMANAH MENJADI BUKTI KEINDAHAN ISLAM

Setiap muslim mendapat amanah untuk menampilkan kebaikan dan kebenaran Islam dalam dirinya. Rasulullah saw bersabda: ”Barangsiapa yang mencontohi sunnah yang baik maka dia mendapatkan pahalanya dan pahala org2 yang mengikutinya tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun." (Hadits shahih)

KEEMPAT : AMANAH DAKWAH

Selain melaksanakan ajaran Islam, seorang muslim memikul amanah untuk mendakwahkan (menyeru) manusia kepada Islam itu. Seorang muslim bukanlah orang yang merasa puas dengan kesolehan dirinya sendiri. Ia akan terus berusaha untuk menyebarkan hidayah Allah kepada segenap manusia. Amanah ini tercatat dlm ayat-Nya: ”Serulah ke jalan Rabbmu dgn hikmah dan nasihat yg baik." (QS An-Nahl : 125). Rasulullah saw juga bersabda: ”Jika Allah memberi petunjuk kpd seseorang dengan usaha kamu, maka perkara itu pahalanya bagi kamu lebih baik dibandingkan dengan dunia dan segala isinya." (Al-hadits)

KELIMA : AMANAH UNTUK MENGUKUHKAN KALIMAH ALLAH DI MUKA BUMI

Tujuannya agar manusia tunduk hanya kepada Allah swt dalam segala aspek kehidupannya. Tentang amanah ini, Allah swt menegaskan: ”Allah telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wahyukan kepada Ibrahim, Musa, dan Isa, iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah-belah tentangnya." (QS Asy-Syuura : 13)

KEENAM : AMANAH "TAFAQQUH FIDDIN" (MENDALAMI AGAMA)

Utk dapat menunaikan kewajiban, seorg muslim mestilah memahami Islam sebagaimana firman Allah swt: "Tidaklah sepatutnya bagi org2 yang beriman itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama." (QS At-Taubah:122).  

"Dan Allah telah berjanji kepada org2 yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa dia sungguh2 akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang2 sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhaiNya untuk mereka, dan Dia benar2 akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dlm ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yg (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang2 yang fasik." (QS An-Nur : 55).

AMANAH ADALAH UNSUR IMAN

Dalam surah Al-Mu'minun, ayat 8, Allah swt menyebutkan bahwa di antara ciri ahli syurga adalah menjaga amanah. Sayyid Qutb menjelaskan dalam tafsirnya, maksud amanah dalam ayat tersebut adalah amanah iman. Dari sini kita mendapat beberapa pelajaran:

PERTAMA, bahwa menjaga amanah adalah sebahagian dari iman. Ini adalah jelas apabila iman seseorg boleh dipertikaikan apabila ia sering Berbuat khianat, Tidak menjalankan amanah sebagaimana semesti nya. Oleh kerana itu Rasulullah saw menjelaskan bahwa di antara ciri manusia munafiq adalah: ”Bila berbicara berdusta, bila berjanji melanggar dan bila diberi amanah mengkhianati” Dari sini nampak bahwa masalah amanah walau apapun namanya samada jawatan, harta, anak dan sebagainya, itu kelak pasti akan dipertanggungjawabkan di sisi Allah swt. 

Itulah yang membuatkan Umar bin Al Khaththab tidak enak tidur ketika diberikan kpd nya amanah kepimpinan. Umar sentiasa menangis, sekalipun semua rakyatnya telah menikmati buah keadilan yang ia tegakkan. Menangis kerana takut jika nanti di hari Kiamat diketahui bahwa ada seekor kuda yang tergelincir jatuh disebabkan sebuah lubang di jalan yang belum ia perbaiki. Umar merasa bahwa semua itu pasti Allah akan minta pertanggungjawabannya. Kesedaran seperti inilah yang seharusnya dimiliki oleh setiap pemimpin terhadap amanah yg ia pikul. Ingat bahwa rakyat memilih supaya disejahterakan, bukan dibuat semakin menderita. Maka setiap penderitaan rakyat kelak di hari kiamat pasti akan dipikulkan oleh Allah kepada pemimpinnya.

KEDUA, bahwa untuk menjalankan amanah secara jujur diperlukan iman yang kukuh. Iman bahwa Allah melihat segala perbuatannya, maka ia akan berhati-hati kerana takut kepadaNya. Iman bahwa dunia bukan segala-galanya, melainkan akan dihancurkan dan akan diganti dengan alam Akhirat. Di sanalah setiap insan akan diadili di hadapan Allah yang Maha Mengetahui, maka ia bersungguh2 menjalankan amanah tersebut. 

Bila seseorang benar2 mengimani makna amanah ini, maka tidak ada amanah yang akan dikhianati. Sungguh telah terbukti dlm sejarah, bahwa hancurnya sesebuah negeri dan terlantarnya kemanusiaan adalah kerana keburukan akhlak pemimpinnya dalam menjaga amanah. Ingat bahwa segala kemudahan untuk memenuhi keperluan manusia sudah Allah sediakan secara seimbang. Tidak mungkin Allah menzalimi makhlukNya. Maka jika ternyata ditemui ketempangan di sana-sini itu pasti terjadi kerana adanya kezaliman yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.

Benar, dunia ini tidak perlu banyak kehebatan dan keahlian manusia krn dunia ini Allah sudah lengkapkan segala kemudahannya. Bertahun2 manusia telah menjalani hidup di muka bumi dan terbukti bahwa memang Allah sediakan segala keperluan manusia. Berdasarkan ini, sebenarnya dunia ini hanya perlu satu perkataan: ”Kejujuran" (menjaga amanah). Bila kualiti ini hilang dari perilaku manusia, jangan di harap keseimbangan hidup akan berjalan dgn baik, walauapapun keahlian dan kehebatan teknologi yg dicapai oleh manusia.

KETIGA, perkataan amanah mempunyai makna yang serupa dengan perkataan aman. Ini menunjukkan bahwa menjaga amanah dan menjalankannya dgn baik itu bersamaan dgn memberikan rasa aman kpd kemanusiaan. Sebaliknya mengkhianati amanah adalah seolah-olah sama dgn menyebarkan kegelisahan bagi kemanusiaan. Bila seorg ketua rumahtangga tidak amanah pasti penghuni rumah tangga tersebut tidak akan merasai keamanan di mana isteri dan anak2 pasti akan rasa tercengkam dan penuh kegelisahan sepanjang masa. 

Lebih2 lagi, apabila seorang pemimpin sebuah kampung tidak amanah, pasti seluruh penduduk kampung tersebut akan menderita. Lebih besar lagi, bila seorang pemimpin sebuah daerah tidak amanah, sungguh boleh dipastikan bahwa seluruh rakyat di daerah tersebut akan tersepit, jatuh dalam jurang penderitaan yg tidak terhingga. Lalu bayangkan apa yg akan berlaku jika sebuah negeri atau negara yg apabila pemimpin negeri atau negara yg barisan kabinetnya tidak amanah?

BAHAYA MENGKHIANATI AMANAH, Amanah kepimpinan di mata seorang muslim adalah sangat berat dan ia akan menjadi penyesalan di akhirat kelak. Betapa tidak, jika seorang pemimpin, tidak menjalankan amanahnya, mengingkari janjinya, menipu rakyatnya, maka ia diharamkan masuk syurga dan selamanya akan berada di dalam neraka. Seorang sahabat merasa perlu untuk segera menyampaikan hadits ini kepada umat berkait dengan suatu perkara yang besar ini. Rasulullah saw mengancam pemimpin yang menyelewengkan jawatannya dan mengkhianati amanah rakyatnya dengan ancaman yang berat.

Diriwayatkan dari Ma'qil bin Yasar, ia berkata kepada Ubaidullah bin Ziyad pada ketika sakit menjelang wafatnya, "Kalau bukan kerana sakit yang akan membawa kematian ini, saya tidak akan menceritakan kepadamu, bahwa saya mendengar Rasulullah saw bersabda: ”Tidaklah seseorang yang diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyatnya, sedangkan ia meninggal dunia dalam keadaan menipu rakyatnya, kecuali Allah haramkan baginya masuk syurga." (HR Muslim). 

Semoga kita terhindar dari ancaman di atas dan semoga kita akan mendptkan seorg pemimpin yg akan menghantarkan dirinya dan kita semua ke syurganya, insyaAllah. Ya Allah, sesungguhnya kami memahami bahwa keimanan dan amanah mempunyai kaitan yg amat erat sekali. Jadikanlah keimanan kami benar2 menuntun kami utk melaksana kan segala amanah yg telah dipertanggungjawabkan kpd kami. Jauhkanlah kami dari mendpt pemimpin yg mengkhianati amanah kepimpinannya dan menipu rakyat yg dipimpinnya krn kesannya amat berat di akhirat nanti krn akan diharamkan utk memasuki syurga Allah swt.

No comments:

Post a Comment