Pada pandangan Hakikat manusia itu adalah :
a. Makhluk paling sempurna diciptakan Allah.
b. Manusia itu menanggung Amanah Allah.
c. Manusia itu adalah rahsia Allah.
d. Manusia itu adalah umat / keturunan Muhammad.
e. Manusia itu adalah keterpaduan Dua Muhammad menjadi satu.
f. Manusia itu adalah pentajallian akhir Allah yang paling sempurna.
PECAHAN MANUSIA: Manusia itu terdiri dari dua perkara. Ianya terdiri dari benda dan bukan benda. Yang dikatakan benda ialah tubuh atau jasad atau zahirnya. Yg dikatakan bukan benda ialah batinnya yaitu nyawa atau rohnya. Ilmu Hakikat mengatakan bahawa manusia itu terdiri dari dua Muhammad. Kenapa pula dipanggil Muhammad?Ada dua sebab. Pertama manusia itu dicipta oleh Allah mengikut Ejaan Nama Muhammad itu sendiri.
Mim pertama ialah kepalanya, Ha pula tangannya, Mim kedua pula pusatnya dan Dal merupakan kakinya. (Dgn satu Muhammad manusia itu belum boleh berdiri kerana tangannya hanya ada satu) Maka ia memerlukan satu lagi Muhammad yg melengkapkannya menjadi Insan Yg Sempurna. Kedua ialah kerana Roh Manusia itu yaitu Muhammad Awal berasal dari Ruh Agung yaitu Sifat Allah Yg Agung Nur Muhammad yaitu Nabi kita Muhammad. (Rujuk Hadist).

MUHAMMAD ZAHIR/MUHAMMAD AKHIR: Yang pertama ialah Muhammad Zahir atau Muhammad Akhir yaitu Batang Tubuh atau Jasadnya yg zahir yg dpat dilihat dgn mata kepala. Tubuh atau Jasad ini disebut sbg Manusia Sementara Yang Zahir. Ianya jga dirujuk sebagai Adam. Jasad atau tubuh manusia ini terdiri dari pelbagai anggota. Anggota atau organ2 ini juga bisa dibagi dua yaitu anggota luar badan dan anggota dlm badannya. Anggota anggota itu pula terdiri dari jutaan sel sel atau molekul yg halus halus dan seni.
MUHAMMAD BATIN/MUHAMMAD AWAL: Yang kedua ialah Muhammad Batin atau Muhammad Awal yaitu Nyawanya. Yang dikatakan Nyawa atau Batin itu juga terdiri dari dua perkara, Pertama disebut sbg RUH dan yg kedua ialah yg disebut sebagai Diri Rahsia atau Diri Sebenar atau Diri Hakiki manusia itu.
RUHANI/ROH: Yang dikatakan roh itu terdiri dari Lapisan Lapisan Balutan Cahaya Cahaya yg terdiri dari Balutan2. Ruhani Yang Batin itu tidak dapat dilihat tetapi terasa oleh kita akan wujudnya karena nyata pada kita akan kesan kesan kewujudannya. Hal begini dikatakan ghaib. Ada pelbagai nama yg digunakan didalam Ilmu Hakikat untuk merujuk apa yg dikatakan Roh itu.
Ada yg memanggilnya Muhammad Mustafa Rasullullah, Ruhani, Al-Latifah Rabbaniah dan lain lain lagi. Tugas utama Ruhani ialah menghidupkan Jasad melalui Jantung. Ruhanilah yg menyebabkan Jantung manusia itu berfungsi. Ruhani jugalah yg menyampaikan Hak Allah kepada Jasad yaitu Sifat2 MaaniNYA yang tujuh itu. Jadi Ruhani jga dirujuk sbagai Rasul. Maka sesuailah gelarannya sebagai Muhammad Mustafa Rasullullah.

DIRI HAKIKI: Begitu jga halnya berkaitan Diri Hakiki manusia itu. Banyak namanya. Ada yg merujuknya sebagai Diri Rahsia, Diri Yang Sebenarnya Diri, Diri Tajalli, Tiflul Maani dan lain lain. Allah pula merujuknya didalam Al-Quran sebagai Ruhku yaitu Ruh Al-Qudsi Allah. Allah swt juga merujuknya sebagai Akulah Rahsianya didalam Hadith Qudsi yg telah dinyatakan sebelum ini.
Yang pasti ianya adalah Roh Allah yg memilikki Sifat Sifat Allah Yang Agung. Dialah yg merupakan Sumber Maha Hidup yg menghidupkan Nyawa atau Ruhani manusia itu yg seterusnya menghidupkan sel sel anggota anggota Jasad hingga ianya boleh berfungsi seperti yg dikehendakki oleh Penciptanya.

BALUTAN2 CAHAYA: Kekuatan Rahsia Allah ini hanya Allah saja yg mengetahui sepenuhnya. Oleh krn itu RohKu ini telah dibalut oleh Allah dgn pelbagai balutan agar ianya tidak membakar Jasad dan agar kekuatan dan Keagungannya dibataskan sesuai dgn cara kehidupan manusia itu sendiri. Dari segi ilmunya balutan balutan ini dikatakan sbg Balutan Cahaya mengikut kedudukan alamnya. Butirannya spt berikut :
a. Lapisan Balutan pertama dirujuk sebagai Balutan Cahaya Lahut dan ia dikenali sebagai Roh Al-Qudsi.
b. Lapisan Kedua ialah Balutan Cahaya Jabarut dan ia dikenali sebagai Roh Sultani.
c. Lapisan Balutan Ketiga ialah Balutan Cahaya Malakut dan ia dikenali sebagai Roh Ruhani.
d. Manakala Lapisan Keempat dan terakhir ialah Balutan Cahaya Mulki dan ia dikenali sbg Roh Jasmani.
Seperti anggota2 jasad juga balutan2 cahaya ini merupakan Zat Serba Zat yang seni2 yang hanya diketahui Allah. Ia merupakan Sumber Hidup manusia itu sendiri.
TEMPAT RUH DI DALAM BADAN: Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani tempat tempat Ruh Ruh diatas didalam Jasad manusia adalah seperti berikut :
a. Ruh Jasmani letaknya antara kulit dan daging.
b. Ruh Ruhani di dalam jantung manusia itu.
c. Ruh Sultani Di Baitillah Mukmin yaitu satu bahagian khusus di jantung manusia itu.
d. Ruh Al-Qudsi Didalam rasa.
Roh-roh yg merupakan Balutan2nya itulah yg dirujuk sebagai Diri Batin Manusia itu dan Roh Al-Qudsi itu pula dirujuk sebagai Diri Sebenar atau Diri Hakiki Manusiaitu yg oleh Allah dirujuknya sebagai Rahsia dan Rahsianya adalah Allah sendiri. Maka inilah yg dirujuk oleh Allah didalam Al-Quran: “Jika mereka bertanya tentang Aku Ya Muhammad maka katakanlah Aku Dekat dan menyahut seruan org yg memanggil Aku”. Diri inilah yg diperintah oleh Allah untuk dikenali oleh manusia itu melalui Hadis: “Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu (Yang demikian jika manusia itu dapat mengenal Diri ini maka kenal ia akan Tuhannya Allah swt)”. Maka sudahlah ianya menunaikan Perintah Allah. (Shahibul Karib).
No comments:
Post a Comment