Diberitakan daripada Abu Yazid al Bisthami rah.: “Aku memandang kepada keadaan peribadatanku, dan aku dapatinya bercampur baur. Kemudian aku lihat kepada diriku dari segi pembersihannya, maka aku dapati kesemuanya terhubung dengan berbagai bagai bala bencana, dan aku dapati tidak sepi daripada disekutukan dengan yang lain, dan aku sudah tahu bahawa Allah taala tidak akan menerima apa yang disekutukan. Maka aku berkata kepada diriku itu: Wahai tempat segala kejahatan! Sudah beberapa banyak kali Allah menyeru kau kepada pentauhidan, tetapi kau tidak memperdulikannya! Maka menjadi keraslah penyakit penyekutuan itu di dalam hatiku.
Lalu aku pun menangkap diriku dan memasukkannya ke dalam kawah pembakaran untuk membakarnya dengan api kebenaran, kemudian aku letakkan dia di atas tempat ketukan besi bakar, dan aku bawa alat alat pentauhidan padanya, lalu aku mengetuknya dengan tukul amar makruf nahi munkar. Sungguh berat penanggunganku dalam proses perbaikanku terhadap diriku ini. Apabila selesai, aku pun memeriksanya, aku dapati dia masih tetap dengan penyakit penyekutuannya itu. Aku pun berkata: Inna lillahi wa inna ilahi rajiun, sesungguhnya jiwaku ini tidak suci dgn kekerasan, barangkali mudah mudahan dia akan menjadi bersih dgn lemah lembut dan pujuk rayu.
Maka aku pun kembalikan dia ke taman syukur atas nikmat, dan aku letakkan di sisinya bau bauan penglihatan kelembutan dan kemuliaan, dan aku pun bersenang senang dengan majlis majlis kerinduan dan pengucapan hal hal yang baik dan perbaikan, dan aku terpaksa menanggung kesukaran yang lama dlm proses perbaikanku terhadap diriku ini, namun setelah selesai semua ini, aku pun memeriksanya dan aku dapati dia masih lagi berselaput dgn penyakit penyekutuan itu. Aku pun berkata lagi: Wahai tempat segala kejahatan dan bala! Rupanya engkau tidak akan menjadi bersih dengan kekerasan dan tidak juga dgn kelembutan.
Maka aku menyerahkannya kpd tukang sepatu, supaya memukulnya di atas batu sifat keesaan, kemudian membasuhnya dgn air kesucian sifat keperkasaan, lalu dia memukulnya dgn harapan agar jiwaku itu akan dapat dibersihkan dpd penyakit penyekutuan itu, dan berat sekali penanggunganku terhadap perbaikan ini. Selesailah proses perbaikan ini, dan apabila aku melihatnya, aku dapati dia masih tetap dgn penyakit penyekutuannya itu.
Aku pun berkata lagi: Kami semua adalah kepunyaan Allah. Barangkali perbaikan jiwaku ini mesti dibuat dengan cara yang lain. Aku cuba menganggapnya seperti wanita yang 'mustahadhah' ( yang tidak putus darah haidnya), maka aku terus memerhatikannya seperti seorang yang bingung terpaksa, dan aku memerhatikan terhadap kesukarannya sehingga aku putus asa kepadanya. Kini barulah aku tahu aku tidak ada jalan untuk bersenang dengannya lagi, maka aku pun mentalaknya tidak talak sekaligus, dan aku pun meninggalkannya sama sekali.
Aku kini seorang diri menuju kepada Tuhanku. Maka aku cuba menyeruNya: “Wahai Kemuliaanku! Aku memohon kepadamu dengan pohonan seorang yang tidak punya siapa pun selain Engkau, untuk meminta lepasan belengu dari perhambaan diriku kepada selain daripada Engkau”. Apabila Allah taala tahu kebenaran pohonanku kepadaNya, dan aku kini telah putus asa kepada diriku sendiri, bahawa Dia telah melupakanku dari diriku sama sekali.
No comments:
Post a Comment