Pernah dikatakan kepada Yahya bin Mu'az Ar Razi rahimahullah taala: “Bilakah kehidupan orang mukmin itu menjadi baik?”
Jawabnya: “Jika dia redha apa yang datang daripada Allah taala terhadap segala apa yang diqadha'kan dan ditakdirkanNya, terhadap segala apa yang dihukumkan dan ditakdirkanNya”.
Ditanyakan lagi: “Bilakah sang hamba itu menjadi redha terhadap hal ini?”
Jawabnya: “Apabila berkata sang hamba itu kepada Tuhannya: “ILAHI! Engkau berikan kepadaku, aku berterima kasih. Jika Engkau menahannya aku redha. Jika Engkau menyeruku aku menyahutMu. Dan, jika Engkau meninggalkanku aku menyembahMu”.
Dan ingatlah, zuhud itu ada 10 bahagiannya, dan setinggi2 darjat zuhud itu adalah warak dan warak itu pula ada 10 bahagiannya dan setinggi tinggi darjat warak iaitu serendah rendah darjat yakin dan yakin itu pula ada 10 bahagiannya dan setinggi tinggi darjat yakin itu ialah serendah rendah darjat redha, kerana redha itu adalah setinggi tinggi darjat ubudiyah (perhambaan) dan Allah taala menjadikan ketenangan dan kerehatan pada sifat redha, dan menjadikan sifat risau dan runsing pada sifat sungutan.”
No comments:
Post a Comment