Friday, August 19, 2016

TANDA-TANDA KESUFIAN

Di antara tanda2 orang Sufi ialah hendaknya dia bersih dalam kata2nya dan perbuatannya dan gerak gerinya dpd daki2 bahaya bahaya nafsu, akhlak dan dunia. Dan juga bersih lintasan hatinya dpd debu2 pengingkaran (penentangan) terhadap Allah taala dan mengalihkan pandangannya dpd Allah kepada selain Dia. 

Juga di antara tanda2nya lagi, hendaklah dia berada dengan jiwanya seperti tanpa ada jiwa, dan bersama makhluk tanpa ada makhluk, dan dengan hati tanpa ada hati, dan dengan ehwalnya tanpa ada ehwal, dan dengan waktu tanpa ada waktu. Hanya hendaklah ia menjadi lurus di atas hamparan perintah Allah, menundukkan diri di bawah keagungan Allah, mencukupi dan tidak memerlukan lagi kepada yang lain selain Allah saja. Hatinya tersiksa oleh perasaan takut akan terputus dan terbiar. Dan batinnya tersiksa oleh perasaan bimbang akan terjauh dan terhalang. 

Jiwanya bercahaya dengan Nur Khidmat, hatinya bercahaya dengan Nur Cinta, dan batinnya bercahaya dengan Nur Makrifat. Lagi, di antara tanda tandanya, hendaklah hatinya berterbangan dengan sayap sayap rindu, segala anggotanya lurus berdiri di atas landasan benar dengan Tuhan Yang Benar dan kerana Tuhan Yang Benar, dan bersedia untuk menunggu dengan penuh kesabaran, dan dengan penuh patah hati, menghadapkan keseluruhan diri kepada tuan punya diri itu, dengan meninggalkan penolehan daripada Tuhan kepada segala yang dimiliki Tuhan, dengan melarikan diri dari manusia kerana terlampau keinginan untuk merasakan kelazatan kemesraan dengan Tuhan semesta alam.

Bila kembali ia kembali kepada Tuhan Yang Benar, bila bergantung ia bergantung kepada Tuhan Yang Benar, dan bila menetap ia hanya dengan Tuhan Yang Benar, tanpa menoleh daripadaNya kepada makhlukNya. Hatinya sentiasa rungsing, bicara ala kalam samawi, ilmunya ilmu ketuhanan, hematnya hanya keseorangan, kehidupannya hanya kerohanian, takdir baginya takdir kenuranian dan maksud dalam hatinya hanya keesaan semata. 

Kesemua kemahuannya adalah bergantung di bawah kemahuan Tuhannya yang disembah, sentiasa bersyukur kepada Allah secara terang terangan dan secara kebatinan, supaya mengelakkan diri terjatuh ke dalam lautan kufur nikmat, sentiasa mengingati Allah dengan hati dan lisan pada setiap waktu dan keadaan utk mengelakkan diri tersebut di dlm jurusan kelupaan. 

Dia sentiasa tahu bahawa Tuhan sedang  memandangnya, dan dari atas ketinggian menjaganya, jadi dia fana (mati) di bawah keagungan pandangan Tuhan, bersatu dengan keseluruhan dirinya di bawah kesempurnaan KudratNya, memendam kesucian waktunya di dalam lautan kekurniaanNya dengan membelakangi semua keenakan dan kemanisan selain dari keenakan dan kemanisan cinta kepada Tuhannya.

Dia sentiasa lurus atas kebenaran perhambaan tanpa melihat siapa yang diperhambakan diri kepadaNya, hatinya kosong dari segala syughul selain kpd Allah dgn penuh tawakkal dgn hati kepada Allah, selalu merendah diri terhadap kaum yg beriman, sentiasa berdiri di atas hamparan kedukacitaan, sehinggalah datang kepadanya rasa keyakinan, yakni maut, dgn memperoleh keampunan dan keredhaan. Lisan seperti sama dengan hatinya, dia sentiasa benar dalam tutur katanya dan perbuatannya, bukan seperti disifatkan Allah, dalam firmanNya: “Mengapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak melakukan?” (As Shaf:2). 

Bersedia bersyukur atas nikmat yang sedikit, bersabar di atas cubaan yang banyak, redha dgn takdir Rabbul Izzah (Tuhan Yang Maha Perkasa), sentiasa mengawasi hati terhadap Allah dgn bukti. Dia tidak takut selain Allah,dan tidak mengharap selain kpd Allah dan tidak mahu kecuali Allah, kerana dia mengetahui bahawa tiada yg memberi mudharat atau manafaat, tiada yg mengangkat dan menolak, tiada yg memuliakan dan menghinakan, melainkan Allah Yang Esa, yg tiada sekutu bagiNya. Sentiasa menjejaki perjalanan Nabi pilihan Muhammad saw dan mencontohi kelakuannya dan perjalanan para Sahabatnya.

Sentiasa bimbang dpd keburukan kesudahan, sentiasa syughul diri dgn Tuhan yg mentakdirkan ketika manusia ramai syughul dgn takdir, selalu syughul dgn Tuhan yg mentadbirkan, manakala manusia ramai syughul dgn apa yang ditadbirkan, duduk atas hamparan khidmat dgn penuh malu, bersandar di atas kasur kefakiran dan kepapaan, memerhatikan lingkungan lingkungan kedekatan dan kelihatan, meminum dan gelas kemesraan dan kecintaan, selalu memanjangkan diamnya, menahan marahnya, mengalahkan syahwatnya, menjauhi kerehatannya tanpa menoleh terhadap apa yg dikerjakan oleh hatinya kpd Allah itu.

No comments:

Post a Comment