Tuesday, August 30, 2016

HAKIKAT SOLAT

Ketahuilah Saudara Ku Sekalian, Solat Itu Bukan Menyembah, Namun Ianya Adalah Berdiri, Menyaksikan Diri Sendiri Iaitu Bersaksi Diri Kita Sendiri Bahwa Tiada Yang Nyata Pada Diri Kita, Hanya Allah. Iaitu Diri Batin (Allah) Dan Zahir (Muhammad) Yang Membawa Dan Menanggung Rahsia Allah SWT.

Hal ini terkandung dalam surah Al-Fatihah iatu: Alhamdu (Alif, Lam, Ha, Mim, Dal) Kalimah alhamdu ini diterima ketika Rasulullah Sallahu Alayhi Wasallam isra’ dan mi’raj. Mengambil pengertian akan hakikat manusia pertama yang diciptakan Allah SWT iatu: Adam AS.

Tatkala Roh (diri batin) Adam Alayhi Salam. Sampai ketahap dada, Adam Alayhi Salam pun bersin dan berkata alhamdulillah ertinya: segala puji bagi Allah. Apa yang dipuji adalah: Zat (Allah), Sifat (Muhammad), Asma’(Adam) dan Afa'al (Manusia).

Jadi solat itu bukan bererti: Menyembah tapi suatu istiadat penyaksian diri sendiri dan sesungguhnya tiada diri kita, ianya adalah diri Allah semata. Kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa dan menanggung rahasia Allah SWT. Dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata serta..tiada sesuatu yang kita punya kecuali Hak Allah semata.

Sesuai dengan firman Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 72:  "Inna ‘aradnal amanata ‘alas samawati wal ardi wal jibal. Fa abaina anyah milnaha wa’asfakna minha wahamalahal insanu”. Ertinya: “Sesungguhnya kami telah menawarkan suatu amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung tapi mereka enggan menerimannya (memikulnya) kerana merasa tidak akan sanggup, Lantas hanya manusia yang sanggup menerimanya”

Dan kerana firman Allah inilah kita mengucap: “Asyhaduanlla Ilaaha Illallah Wa Asyahadu Anna Muhammadar Rasulullah”. Ertinya: "Kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita sendiri hanya Allah semata-mata dengan tubuh zahir kita sebagai tempat menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya sampai pada masa yang telah ditentukan”.

Manusia akan berguna disisi Allah jika dapat menjaga amanah Rahsia Allah dan berusaha mengenal dirinya sendiri. Bila manusia dapat mengenal dirinya maka ianya dapat mengenal Allah.

Di dalam Hadits Qudsi, “MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU” Ertinya: "Barang siapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Allah" 

ALIF ITU ERTINYA: NIAT SOLAT
LAM ITU ERTINYA: BERDIRI
HA ITU ERTINYA: RUKU’
MIM ITU ERTINYA: DUDUK

Perkataan pertama dalam solat itu adalah: Allahu Akbar (Allah Maha Besar). Perkataan ini diambil daripada peringatan ketika sempurnanya roh diri Rahasia Allah itu dimasukkan kedalam tubuh Adam Alayhi Salam. Berusaha berdiri sambil menyaksikan keindahan tubuhnya dan berkata: Allahu Akbar (Allah Maha Besar).

Dalam solat harus memenuhi 3 syarat:
a. Fiqli (perbuatan)
b. Qauli (bacaan)
c. Qalbi (Hati atau roh atau qalbu)

MENGAPA KITA SOLAT SEHARI SEMALAM 17 RAKAAT? 

Jawapnya Adalah mengambil pengertian sebagai berikut:

"Hawa, Adam, Muhammad, Allah dan Ah"

1. AH itu menandakan solat subuh, “2” rakaat iatu: Zat dan Sifat.

2. ALLAH itu menandakan solat Zohor “4” rakaat: Wujud, Alam, Nur dan Syahadah.

3. MUHAMMAD itu menandakan solat Asar “4” rakaat: Tanah, Air, Api dan Angin.

4. Adam itu menandakan solat Maghrib “3” rakaat: Ahda, Wahda, dan Wahdia.

5. HAWA itu menandakan solat Isyak “4” rakaat: Mani, Manikam, Madi, dan DI.

MENGAPA KITA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT 9 KALI DALAM 5 WAKTU SOLAT? 

“Sebab diri batin manusia mempunyai 9 wajah”.

Dua kalimah syahadat pada:

SOLAT SUBUH 1 kali itu memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIRU SIRR (Rahsia di dalam Rahasia). 

SOLAT ZOHOR 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIR dan AHDAH. 

SOLAT ASAR 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat WAHDA dan WAHDIA. 

SOLAT MAGHRIB 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat AHAD dan MUHAMMAD. 

SOLAT ISYA 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat MUSTAFA dan MUHAMMAD. 

MENGAPA KITA HARUS BERNIAT DALAM SOLAT? 

Kerana: niat itu merupakan kepala solat. Hakikat niat letaknya pada martabat aliff dan ataupun kalbu manusia di dalam solat itu kita lafazkan di dalam hati: Niat, “aku hendak solat menyaksikan diriku kerana Allah semata-mata.”

Dalilnya:

"LA SOLATAN ILLA BI HUDURIL QALBI” Ertinya: Tidak Sah Solat Nya Kalau Tidak Hadir Hatinya (Qalbunya). 

"LAYASUL SOLAT ILLA BIN MA’RIFATULLAH” Ertinya: Tidak sah Solat Tanpa Mengenal Allah. 

"WAKALBUL MU’MININ BAITULLAH” Ertinya: Jiwa Orang Mu’min Itu Rumahnya Allah. 

"WANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ” Ertinya: Aku (Allah) Lebih Dekat Dari Urat Nadi Lehermu. 

"IN NAMAS SOLATU TAMAS KUNU TAWADU’U” Ertinya: Hubungan Antara Manusia Dengan Tuhannya Adalah Cinta.

"Cintailah Allah Yang Kerana Allah lah Engkau Hidup Dan Kepada Allah Engkau Kembali. (H.R. Tarmizi)

"AKI MIS SOLATA LI ZIKRI” Ertinya: Dirikan Solat Untuk Mengingat Allah (QS. Taha: 145)

Sedangkan:

Al-Fatihah ialah merupakan tubuh solat
Tahiyyat ialah merupakan hati solat
Salam ialah merupakan kaki tangan solat

HAKIKAT AL-FATIHAH DALAM SOLAT

Membersihkan hati daripada syirik kepada Allah SWT. Mengingat kita bahawa tubuh manusia itu mempunyai 7 lapis susunan jasad iatu:

a. Bulu
b. Kulit
c. Daging
d. Darah
e. Tulang
f. Lemak
g. Lendir

7 ayat dalam Al-Fatihah merupakan tawaf 7 kali keliling ka'abah.

HAKIKAT ALLAHU AKBAR DALAM SOLAT IALAH:

“Mengambil makna ucapan Nabi Adam Alayhi Salam. Ketika berdiri menyaksikan dirinya sendiri dan Nabi Adam Alayhi Salam mengucap kalimah Allahu Akhbar.

Peristiwa ini merupakan tajjali (perpindahan) diri rahsia Allah sehingga dapat di tanggung oleh manusia dengan 4 perkara iaitu:

1. Wujud
2. Ilmu
3. Nur
4. Syahadah. 

Perkataan Allah pada Allahu Akhbar mengandungi makna atau martabat zat sedangkan perkataan “Akhbar” pada Allahu Akhbar mengandungi makna atau martabat sifat. Jadi zat dan sifat itu tidak boleh berpisah. Zat dan sifat sama-sama saling puji memuji.

DALAM SOLAT ITU JUGA MENGANDUNGI HAKIKAT ZAKAT.

Hakikat zakat dalam solat ialah:

Mengandungi makna“Pembersih hati“ daripada syirik kepada Allah SWT. “iyya Kanak Budu Wa Iiya Kanasta’in” "Hanya kepada Allah lah aku menyembah dan hanya kepada Allah lah aku mohon pertolongan”.

Wallahua'lam.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment