(Aku itu merujuk kepada Allah, Yakni Allah amatlah dekat dengan kita),
Aku Mungkin Terlihat Jauh.
(Manusia percaya bahawa Allah jauh daripadanya),
Sebenarnya Aku Terlalu Rapat Denganmu.
(Sedangkan Allah amat dekat dengan kita, lebih dekat daripada urat leher kita),
Aku Mungkin Terlihat Berpisah.
(kita merasakan antara kita dan Allah terpisah, ianya adalah sangkaanmu, sedang Allah itu begitu dekat),
Begitu Jelas Dalam Keadaan Terbuka.
(Pengzahiran akan Wujud Allah di alam ini sejelas jelas wujud. Mereka yang disingkapkan matahari akan dapat melihat pengzahiran Wajah-Wajah Allah),
Aku Kelihatan Tersembunyi.
(Sedang Allah itu amatlah nyata diriNya pada diri kita dan alam ini. Segala yang ada di alam ini menunjukkan akan sifatNya, Nama NamaNya yang indah dan perbuatanNya).
Jadi, Diamlah, Kerana Aku Berterusan Berinteraksi Dengan Mu. (Diamlah itu membawa maksud, duduklah, perhatikanlah dengan mata hatimu akan segala yang ada disekililingmu. Tafakurkanlah segalanya, bukankah segala yang ada pada dirimu dan alam ini adalah pengzahiran Wajah WajahNya yang mulia?)"
Firman Allah, "Dan Aku lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Surah Al-Qaff:16)
Manfaatkanlah Bulan Ramadhan ini dengan bukan sahaja mengosongkan perut, tapi banyakkanlah tafakur dan tawajuh mengosongkan fikiran dan jiwa selain dari ALLAH.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment