Berdiri Ibrahim as dan puteranya melihat Kaabah Seraya berdoa, Moga ALLAH SWT menerima amal kami. Kaabah adalah simbol kepada Ketauhidan Ibrahimiah.
Awal tauhid beriman pada ALLAH SWT Yang Esa. Kemuncak tauhid hanya ALLAH jua yang ada.
Nabi Ibrahim as menyeru pada seluruh Bani Adam agar tunduk serah cinta dan kebenaran Wujud hanya pada ALLAH SWT. “Labbaika Allahumma labbaik”
Aku tunduk kepada Mu dengan penuh ketundukan..
Aku menyerah diri kepada Mu dengan penuh penyerahan...
Aku serah cinta kepada Mu dengan penuh kecintaan...
Alam tiada, yang ada hanya tajalli Wajah Mu...
Aku tiada, yang ada hanya tajalli Wujud Mu...
Qalbu mukmin adalah Baitullah
Tempat dibangunkan Tauhid dan Makrifat
Mekah adalah bumi Muhammad saw
Menyatu Ibrahim as dan Muhammad saw
Untuk menjadi pegangan umat akhir zaman
Tauhid Ibrahim as tanpa Muhammad saw
Ia adalah dusta dan penyewengan
Muhammad saw adalah pintunya
Ibrahim as adalah rumahnya
Ibrahim as mentauhidkan ALLAH
Muhammad saw beradab fana pada ALLAH
Tauhid tanpa hamba adalah hampa
Hamba tanpa tauhid adalah batil
Tauhid dan Fana berganding wajib
Tanpa Tauhid, engkau tiada akan fana
Tanpa fana engkau tiada akan mencapai kemuncak Tauhid..
Nabi Ibrahim as sebagai pendiri Kaabah
Pemilik tauhid yang sejati
Berkorban apa sahaja
Demi Cinta yang suci
Tauhid yang benar
Pasti akan lalui pengorbanan
Dengan penuh kenikmatan
Walau air mata dan darah yang mengalir
Lantaran ia pancaran dari cinta yang bergolak
Pada Tuhan Yang Esa..
Jangan bicara cinta
Jika tiada mahu berkorban
Sembelih nafsu dan kecintaan mu yang rendah
Kerana dengannya akan tercapai Cinta yang Agung dan Mulia.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment