Tuesday, August 30, 2016

KETUHANAN DIRI

Firaun mengaku Tuhan bukan mengaku dirinya sama rupa dengan Dzat Tuhan, tetapi mengaku di atas mempunyai sifat yang sama dengan Allah. Jika Allah ada kuasa, dia juga ada kuasa. Begitu juga sifat yang lain. Tuhan ialah apabila kita meyakini sesuatu itu ada kekuasaan yang sama dengan Allah dan kita amat bergantung pada kekuasaannya.

Apabila tiada ilmu mengenal diri sendiri, ramai manusia mengaku Tuhan di atas sifat tanpa disedari. Apabila seorang itu beribadah dengan melihat ibadah datang dari kekuasaan dirinya, maka dia telah ‘mengaku’ dirinya Tuhan di atas sifat kekuasaan Tuhan. Dia adalah penyembah Allah yang dusta kerana menduakan sifat keTuhanan dengan dirinya sendiri, sebagaimana kaum Quraisy tawaf di Ka’abah dengan penuh berhala.

Begitu juga ramai yang beribadah tetapi penuh berhala dalam dirinya sendiri. Mereka memperTuhankan diri mereka sendiri dengan merasa memiliki sifat Allah.

Fahamilah kalimah Ahad bukan Wahiid. Ahad adalah tunggal dalam Dzat, Sifat, Asma dan Afaal-Nya dan tiada sekutu dengan yang lain. Pelajarilah ilmu Tauhid dan mengenal diri hingga tiada lagi unsur mengaku Tuhan dalam diri sendiri. Ia adalah sebesar kejahilan dan kesombongan yang amat dimurka Allah.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment