Duhai diri yang dibelah dada
Mata ku menangis untuk memandang wajah mu
Duhai Penunggang Buraq
Telinga ku merintih untuk mendengar suara mu
Namun siapakah aku untuk mendengar suara mu
Duhai Imam para Nabi
Tangan ku gementar mahu menyentuh tubuh mu
Namun siapakah aku untuk menyentuh tubuh mu
Duhai pembelah langit
Aku amat rindu mahu hampir dengan mu
Namun siapakah aku mahu berada disisi mu
Duhai penjejak Sidaratul Muntaha
Tanpa kasih sayang mu siapalah kami disisi Allah
Walaupun lautan ilmu dan amal kami
Duhai Ghafarru Rahim
Sudilah kiranya memberi cinta kepada kami
Walaupun siapalah kami untuk menerima cinta mu.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment