Redup sepi malam ini..
Nan indah bintang-bintang..
Kebisingan terkurung sunyi..
Angin sepoi dingin merindu..
Alam diam bersujud riang..
Langit membuai kalimah suci..
Malaikat turun membawa sakinah..
Cahaya putihnya menyinar isyraq..
Malam yang lebih baik dari seribu bulan..
Jibril menemui RASUL yang sempurna..
Insan dilahirkan kembali..
Kepada fitrah alam Musyahadah..
Lahut dan Mulki menyatu..
Kalam Ar-Rahman menyentap Qalbu..
Menyedarkan dari kelenaan..
Membebaskan dari kejahilan dan kegelapan..
Ia memberi jawaban siapa aku…
Dari mana asal diri?
Apa tujuan berada di hamparan dunia ini?
Ke mana pergi selepas badan dikandung bumi?
Insan dibawa tenggelam..
Dalam kalimah al HAQ..
Hadiah CINTA yang Agung..
Dari Yang Maha Agung..
Pada umat di penghujung dunia..
Beruntung mereka yang menggapainya..
Siapa yang tiada menghargainya..
Dirinya tiada memuliakan ALLAH SWT dan Rasul Nya..
Duhai LAILATUL QADAR..
Kau yang amat didambakan..
Dapatkah kita bertemu lagi..
Pada ramadhan tahun ini..
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment