Berkata diri Rohani pada diri Jasmani tika mahu menyatu
Atas perintah TUHAN..
Duhai diri Jasmani ku
Engkau dicipta dari tanah lumpur
Keturunan mu daripada Adam a.s
Keturunan ku daripada Muhammad saw
Tugas mu adalah berkhidmat pada ku
Tika di alam yang sebentar ini
Untuk Makrifat, tasbih dan sujud
Pada Kekasih Ku Ar-Rahman
Pada kedua mata mu
Khidmatlah aku untuk menyaksikan wajah ALLAH
yang telah dizahirkan dalam pelbagai bentuk dan rupa
yang telah dizahirkan dalam pelbagai bentuk dan rupa
Pada kedua telinga mu
Khidmatlah aku untuk mendengar kalam bicara Tuhan,
bicara Muhammad, suara keindahan Asma’-Asma’Nya
dalam pelbagai bunyi dan suara
bicara Muhammad, suara keindahan Asma’-Asma’Nya
dalam pelbagai bunyi dan suara
Pada hidung mu
Khidmatlah aku untuk bernafas dengan Sifat Al-HayatNya dan berzikir padaNya pada setiap detik nafas serta dapat mencium keharuman Asma’-Asma’Nya
Pada mulut dan lisan mu
Khidmatlah aku untuk tasbih, tahmid, membaca kalam Tuhan dan Sabda Muhammad, berselawat dan bicara yang manfaat
Pada otak mu
Khidmatlah aku untuk merakam dan menyimpan segala maklumat serta apa jua ilmu yang baik, agar ku fahami keagungan Sifat Tuhan, menjadi khalifahNya dan berada pada kebenaran
Pada Qalbu mu
Khidmat pada ku untuk hanya berkemahuan pada ALLAH SWT, mengingati, merasai dan menyaksikan ALLAH SWT pada setiap degupan jantung mu
Dan diri mu tiada menjadi hijab aku dengan Tuhan dek kegelapan nafsu ammarah mu
Pada seluruh anggota mu
Khidmatlah aku untuk berdiri, rukuk dan sujud pada ALLAH SWT dimana jua dan melakukan kebaikan demi mencapai cinta ALLAH SWT
Aku tidak berlama dengan mu di alam ini
Hanya sebentar demi memikul amanah menyaksikan dan sujud pada ALLAH SWT dalam rupa yang zahir
Di alam ini kita menyatu sementara
Di alam Barzakh berpisah sementara, engkau ku tinggalkan di dalam tanah
Di alam akhirat kita akan menyatu kembali untuk sama-sama berdiri dihadapan Tuhan
Jika dicintai dan diampuni ALLAH SWT
Aku dan engkau bersama ke Syurga
Jika dimurkai dan tiada diampuni ALLAH SWT
Aku dan engkau bersama di dalam Neraka
Duhai tubuh dari tanah lumpur
Khidmat dan bantulah aku
Aku mahu memandang, memuji dan sujud pada Tuhan di alam dunia ini
Ia adalah amanah dan janji kepadaNya
Ada pun urusan makan minum, keluarga, harta dan apa jua rupa dunia,
Ia bukan urusan UTAMA ku,
Ia hanya hiasan dan keperluan diri mu sahaja yang sementara
Moga engkau menjadi teman dan kekasih ku yang setia dalam Musafir mencari cinta di alam ini
Tiada engkau menjadi teman yang menentang hingga aku terkurung dalam kehendak dan kegelapan lumpur mu..
Amin.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment