Monday, August 22, 2016

SIFAT ALLAH YANG DIPINJAMKAN

Allah itu bersifat Qadim dan kita bersifat hamba. Namun sebagai hamba, kita diberi sedikit SifatNya dalam menjalani kehidupan sbg manusia. Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayyat, Sama', Basar dan Qidam adalah 7 sifat yang diberi pinjam kpd kita buat sementara waktu. Untuk menggerakkan kita Allah berikan Qudrat, tenaga atau upaya, keupayaan untuk kita bergerak sebagai manusia. Qudrat pula tidak cukup kalau tidak ada Iradat, hasrat atau keinginan, bila dah boleh bergerak dan ada keinginan, boleh dan pasang angan angan apa yg nak dimiliki atau ke mana nak dituju. 

Ada Qudrat dan Iradat pula masih belum cukup tanpa Ilmu, maka Allah berikan kita ilmu pengetahuan, iaitu kelebihan untuk kita berfikir. Bila 3 perkara dah ada, Hayyat perlu ada, tiada Hayyat bererti kita tak hidup atau bernyawa, perlu ada nyawa. Dlm menjalankan satu kehidupan, bila dah ada Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayyat, itu baru utk suatu perbuatan, masih belum sempurna lagi kehidupan. Kemudian Allah swt beri kita pinjam, Sama' atau penglihatan untuk melihat apa yg diinginkan. Beri kita Basar atau pendengaran untuk mendengar apa yg diperkatakan kepada kita. 

Lepas boleh melihat dan mendengar, Allah beri kita Qalam, kebolehan untuk berkata kata. Sbb itu kita boleh bergerak, bercakap, mendengar dan melihat, barulah sempurna kejadian kita sebagai hambaNya yang dikasihi. Namun bila diambil balik kesemua itu, yang tinggal pada kita hanyalah tulang, kulit, darah, daging lendir, otak dan bulu bulu roma, yang akan reput dan kembali semula ke tanah, asal kejadian kita.

No comments:

Post a Comment