Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: Jika terdapat di dalam hatimu suatu perasaan benci atau sayang kepada seseorang, maka telitilah perbuatannya itu berdasarkan Al Qur’an dan Hadis. Jika benci kamu itu sesuai dengan Al Qur’an dan Hadis, maka bergembiralah kamu, kerana kamu bertindak sesuai dengan Allah dan Rasul-Nya. Tetapi, jika benci kamu itu tidak sesuai dgn Al Qur’an dan Hadis, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kamu telah mengikuti hawa nafsu kamu. Jika kamu membenci orang itu kerana terpengaruh oleh hawa nafsu kamu, maka berarti kamu tidak berlaku adil dan kamu telah menentang Allah dan Rasul-Nya.
Oleh kerana itu, kembalilah kamu kepada Allah, bertaubatlah kerana kebencian kamu itu dan bermohonlah kpdNya supaya kamu mengasihi org itu dan org2 lain, yg terdiri atas org2 yg beriman, Wali2Nya, org2 pilihan-Nya dan org2 soleh dari hamba2Nya serta hendaklah kamu menyesuaikan dirimu dengan Allah di dalam mengasihi orang itu. Bersikaplah kamu terhadap seseorang, seperti kamu bersikap terhadap org yg kamu kasihi. Pendek kata, hendaklah kamu meneliti perbuatan orang itu berdasarkan Al Qur’an dan Hadis.
Sekiranya Al Qur’an dan hadis membenarkan dan menyukai perbuatan orang itu, maka kamu pun harus membenarkan dan menyukainya. Tetapi, jika keduanya membencinya, maka kamupun hendaklah membencinya. Jelasnya, kamu harus menyayangi dan membenci sesuai dengan Al Qur’an dan Hadis. Sesuaikanlah perasaan dan perbuatanmu dengan Al Qur’an dan Hadis. Jika kamu mengasihi seseorang, sedangkan Al Qur’an dan Hadis membencinya, maka janganlah kamu mengasihinya, supaya kamu tidak menuruti hawa nafsumu.
Kamu diperintahkan untuk melawan hawa nafsumu, sebagaimana firman Allah: “Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu Khalifah (Penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya org2 yg sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan Hari Perhitungan.” (QS 38:26).
No comments:
Post a Comment