Monday, August 22, 2016

FAHAMILAH TAUHID PARA GURU SUFI

Oleh : Ustaz Iqbal Zain

Imam Al-Qusyairi mengatakan: “Ketahuilah, wahai hamba2 yg dikasihi Allah, sesungguhnya para guru kaum sufi telah membangun kaedah2 ajaran sufi di atas prinsip ketauhidan yg benar. Mereka menjaganya dari bid’ah; mendekatkannya dgn tauhid yg mereka perolehi dari para salaf dan ahli sunnah. Ajarannya tidak mengandungi unsur tasybih (menyerupakan dgn makhluk) mahupun ta’thil (mengabaikan makna). Mereka mengerti apa yg menjadi hak Allah Zat Yang Maha Dahulu. Mereka memahami benar ‘ketiadaan’ yg menjadi karakter dasar makhluk. 

Oleh kerana itu, seseorg guru kaum sufi, Imam al-Junaid, semuga Allah selalu merahmatinya, berkata, “Tauhid adalah pengesaan Tuhan yg Maha Dahulu oleh makhluk ciptaan-Nya.”  Kaum Sufi menguatkan dasar2 keyakinan akidah mereka dgn dalil2 yg jelas dan bukti2 yg kuat. Dalam hal ini Imam Ahmad bin Muhammad al-Jariri (semoga Allah merahmatinya) berkata, “Barang siapa belum menguasai ilmu tauhid beserta hujah2nya, maka telapak kaki yg tertipu pasti akan tergelincir ke dalam kerosakan hawa nafsu.” Ertinya, barangsiapa yang hanya mengandalkan taqlid dan tidak berusaha merenungi hujah2 tauhid, dia mudah menyimpang dari jalan yg dapat menyelamat kannya dan tertawan di lembah kerosakan. 

Sedangkan bagi org yg mau merenungi pernyataan2 para guru sufi lalu mengamatinya dan saksama, secara keseluruhan mahupun sebahagiannya, maka dia akan menjumpai sesuatu yg menjadi kuat dgn perenungannya, bahawa kaum sufi tidak dapat melalaikan hakikat kebenaran dan tujuan akhir dan mereka tidak akan dapat mengalami peningkatan rohaniyah (mi’raj) dlm pencariannya dgn berpijak pada kelalaian.” (Risalah Al-Qusyariyah, Imam Al-Qusyairi An-Naisaburi).

No comments:

Post a Comment