Monday, August 22, 2016

TUHANMU MAHA PENGAMPUN

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawa engkau bangun (solat Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari org2 yg bersama2mu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dgn tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yg terdahulu (dgn memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam solat). 

Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu org2 yg sakit; dan yg lainnya org2 yg musafir di muka bumi utk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi org2 yg berjuang pada jalan Allah (membela AgamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kpd Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sbg bekalan utk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yg sebaik2nya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [ Al-Muzzammil : Ayat 20 ].

No comments:

Post a Comment