Di antara tanda2 orang Sufi, ialah hendaknya dia bersih dalam kata katanya dan perbuatannya dan gerak gerinya dpd daki daki bahaya bahaya nafsu, akhlak dan dunia dan juga bersih lintasan hatinya daripada debu debu pengingkaran (penentangan) terhadap Allah taala dan mengalihkan pandangannya daripada Allah kepada yang selain Dia.
Juga dari tanda tandanya lagi: Hendaklah dia berada dengan jiwa seperti tanpa jiwa dan bersama makhluk tanpa ada makhluk dan dgn hati tanpa ada hati, dan dengan ehwalnya tanpa ada ehwal, dan dgn waktu tanpa ada waktu. Hanya hendaklah ia menjadi lurus di atas hamparan perintah Allah, menundukkan diri di bawah keagungan Allah, mencukupi dan memerlukan lagi kepada yang lain selain Allah saja. Hatinya tersiksa oleh perasaan takut akan terputus dan terbiar. Dan batinnya tersiksa oleh perasaan bimbang akan terjauh dan terhalang.

Jiwanya bercahaya dengan nur khidmat, dan hatinya bercahaya dengan nur cinta dan batinnya bercahaya dgn nur makrifat. Di antara tanda tandanya lagi: Hendaklah hatinya berterbangan dengan sayap sayap rindu, segala anggotanya lurus berdiri di atas landasan benar dgn Tuhan yang Benar dan kerana Tuhan yang Benar dan bersedia untuk menunggu dgn penuh kesabaran dan dgn penuh patah hati, menghadapkan keseluruhan diri kepada Tuan punya diri itu, dgn meninggalkan penolehan daripada Tuhan kepada segala yang dimiliki Tuhan, dgn melarikan diri dari manusia kerana terlampau keinginan utk merasakan kelazatan kemesraan dengan Tuhan Rabbul alamin (semesta alam). Bila kembali, ia kembali kepada Tuhan yg Benar, bila bergantung, ia bergantung kpd Tuhan yg Benar dan bila menetap hanya dgn Tuhan yg Benar, tanpa menoleh dpdNya kpd makhlukNya.
Hatinya sentiasa runsing, bicaranya ala kalam samawi (langit), ilmunya ilmu ketuhanan, hematnya hanya keseorangan, kehidupannya hanya kerohanian, takdir baginya takdir kenuranian dan maksud dlm hatinya hanya keesaan semata. Kesemua kemahuannya adalah bergantung di bawah kemahuan Tuhannya yang disembah, sentiasa bersyukur kpd Allah secara terang2an dan secara kebatinan, supaya mengelakkan diri terjatuh ke dalam lautan kufur nikmat, sentiasa mengingati Allah dengan hati dan lisan pada setiap waktu dan keadaan untuk mengelakkan diri tersesat di dlm jurusan kelupaan.
Dia sentiasa tahu bahawa Tuhan sedang memandangnya, dan dari atas ketinggian menjaganya, jadi dia fana' (mati) di bawah keagungan pandangan Tuhan, bersatu dengan keseluruhan dirinya di bawah kesempurnaan kudratNya, menendam kesucian waktunya di dalam lautan kekurniaanNya dgn membelakangi semua keenakan dan kemanisan selain dari keenakan dan kemanisan cinta kpd Tuhannya.
Dia sentiasa lurus atas kebenaran perhambaan tanpa melihat siapa yang diperhambakan diri kpdNya, hatinya kosong dari segala syughul selain kepada Allah dengan penuh tawakkal dengan hati kepada Allah, selalu merendah diri terhadap kaum yg beriman, sentiasa berdiri di atas hamparan kedukacitaan, sehinggalah datang kepadanya rasa keyakinan, yakni maut, dengan memperoleh keampunan dan keridhaan.
Lisannya persis sama dgn hatinya, dia sentiasa benar dalam tutur katanya dan perbuatannya, bukan spt yg disifatkan Allah: "Mengapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak melakukan? “ (As Shaf: 2). Bersedia bersyukur atas nikmat yang sedikit, bersabar keatas cubaan yg banyak, redha dgn takdir Rabbil izzah (Tuhan Maha Perkasa), sentiasa mengawasi hati terhadap Allah dgn bukti.

Dia tidak takut selain Allah, dan mengharap selain kpd Allah, dan tidak mahu kecuali Allah, kerana dia mengetahui bahawa tiada yang memberi mudarat atau manafaat, tiada yang mengangkat dan menolak, tiada yang memuliakan dan menghinakan, melainkan Allah yg Maha Esa, yang tiada sekutu bagiNya. Sentiasa menjejaki perjalanan Nabi Muhammad saw dan mencontohi kelakuannya dan perjalanan para sahabatnya.
Sentiasa bimbang dpd keburukan kesudahan, sentiasa syughul diri dengan Tuhan yang mentakdirkan ketika manusia ramai syughul dgn takdir, selalu syughul dgn Tuhan yg mentadbirkan, manakala manusia ramai syughul dgn apa yg ditadbirkan, duduk di atas hamparan khidmat dengan penuh malu, bersandar di atas kasur kefakiran dan kepapaan, memerhatikan lingkungan lingkungan kedekatan dan kelihatan, meminum dengan gelas kemesraan dan kecintaan, selalu memanjangkan diamnya, menahan marahnya, mengalahkan syahwatnya, menjauhi kerihatannya tanpa menoleh terhadap apa yg dikerjakan oleh hatinya kepada Allah itu. (Saiyid Ahmad ar Rifa’i).
No comments:
Post a Comment