Salah satu isu-isu besar yang mencetuskan kontoversi dalam dunia tasauf sehingga kini ialah Wahdatul Wujud. Pemahaman dalam konsep ini masih sering diperbincangkan. Kita sering mendengar perkataan Wahdatul Wujud tetapi kurang mendengar orang menyebut perkataan Wahdatul Syuhud. Kekadang kita tidak jelas dan kurang faham apa yang dikatakan Wahdatul Wujud itu.
Fahaman atau doktrin Wahdatul Wujud itu merupakan satu terma atau satu nama atau satu sebutan bagi merujuk kepada hubungan wujud Allah dengan wujud makhluk. Ahli Sunah wal Jamaah antaranya Syeikh Abdul Wahab Sya’rani dan Imam Sayuti menyatakan bahawa wujud makhluk itu azali dan abadi; zat dan sifat Allah itu qadim. Ibn Arabi dalam Kitabnya Al-Futuhat al-Makkiyyah mengatakan bahawa Allah itu wujud mutlak. Azali bermakna wujud Allah sudah ada pada ilmu Allah.

Hamzah Fansuri berkata, manusia itu ‘daripada ada kepada ada”. Allah wujud dalam ilmuNya, tak perlu masa atau peringkat2 kejadian. Manusia itu pula ada pada ilmu Allah kepada ada pada zahirnya sekarang. Wujud Allah itu tersendiri, adanya Allah itu tersendiri dari segi zatNya, dari segi sifatNya, dari segi af’alNya dan dari segi asmaNya. Wujud Allah itu sebagai Khaliq, zat yang ‘wajibal wujud’. Imam Sayuti berkata dalam memberi pencerahan kepada ‘salah faham’ tentang wujud Allah itu bersatu dengan wujud makhluk ; yang sebenarnya wujud makhluk itu terlalu lemah.
Dicontohkan seperti cahaya lampu itu memang lemah di waktu siang hari. Apabila matahari cukup terang maka cahaya lampu itu akan hilang kerana adanya cahaya matahari. Orang menyangka cahaya lampu itu bersatu dengan cahaya matahari tetapi sebenarnya cahaya lampu itu tetap cahaya lampu tersendiri dan cahaya matahari itu juga tersendiri. Jadi tanggapan bahawa makhluk dan Allah itu bersatu ‘tidak berlaku!’ Kalau kita kata berlaku , kita akan ‘menyengutukan Allah’ , berfaham Khululiah dan terkeluar dari Islam.

Dicontohkan lagi seperti kejadian Nabi Musa ketika di Bukit Tursina. Apabila hijab Nabi Musa dibuka; bukit itu tidak ada apabila Allah Taala tajallikan diriNya seolah-olah seperti Bukit Tursina dan Allah itu telah bersatu tetapi sebenarnya bukan begitu; Allah tetap Allah dan makhluk tetap makhluk.Begitu juga kejadian hulul yang terjadi pada Mansur al-Halaj.
Fahaman Wahdatul Wujud ini terbahagi kepada 2 golongan: Golongan Pertama adalah orang yang betul-betul sampai kepada hakikat mengESAkan Allah. Merekalah yang dikatakan berpegang kepada fahaman wahdatul wujud. Mereka adalah golongan tahkik dalam tauhid. Mereka benar2 mencapai peringkat muwakhid, mengESAkan Allah dgn sebenar2nya. Golongan Kedua pula adalah golongan zindik, terkeluar dari Islam kerana syirik, menyengutukan Allah dengan makhluk.

Golongan ini nampak seolah-olah mengESAkan Allah tetapi mengatakan Allah dan makhluk itu wujudnya satu. Wujudnya Allah itu hulul dan ittihad maka di sinilah timbulnya fahaman Ittihadiyah dan Khululiah. Kumpulan ini terkeluar dari Islam malah ada sesetengah orang yg menyamakan golongan ini dgn mereka yg berfaham wahdatul wujud sedangkan sebenarnya tidak.
Doktrin/aliran atau Wahdatul Wujud menjadi sangat kuat pengaruhnya pada zaman Ibu Arabi (Muhyiddeen al-Arabi) tetapi kemudiannya muncul doktrin Wahdatul Syuhud yg dipelopori oleh Syeikh Ahmad Sirhindi sebagai kritikan kepada doktrin yg pertama. Istilah Wahdatul Wujud (wujud Allah bersatu dgn wujud makhluk) tidak pernah digunakan oleh Ibnu Arabi tetapi istilah ini dicipta oleh Ibn Taimiyyah yg merupakan pengkritik terhadap Ibn Arabi.

Namun, menurut Shah Waliyullah al-Dihlawi (1703-1762) seorang ulama’ dan mujaddid abad ke 18 mencadangkan supaya satu interprestasi baru terhadap konsep Ibn Arabi ini perlu dilakukan bagi menggelak dari kekeliruan yang berpanjangan. Beliau ( Shah Waliyullah ) telah bermimpi Rasulullah S.A.W menyuruh beliau untuk mendamaikan dua fahaman ini.
Interprestasi ini perlu kerana Ibn Arabi tidak mengatakan Tuhan dan alam ini adalah satu tetapi interprestasi itu dilakukan oleh dua orang pengikutnya iaitu Sadr al-Din al-Qunawi dan Abd Rahman Jami kerana mentafsirkan teori jadi begitu. Kedua-dua aliran/doktrin ini pada zahirnya nampak berbeza namun intipatinya sama iaitu; Kedua-duanya mengakui bahawa Allah ( Subhanahuwa Ta’ala ) adalah Wujud Mutlak. Ahmad Sirhindi bukan menyangkal Ibnu Arabi tetapi menyangkal salah fahaman konsep tersebut sahaja.

WAHDATUL WUJUD: Ibnu Arabi melalui pengalaman kerohaniannya mengatakan bahawa alam ini adalah menifestasi Tuhan (mazhar). Contoh: Ingatkan dlm minda bahawa Tuhan itu ada. Cuma baru wujud dlm minda sahaja, yakni wujud hakiki; bukan wujud yg sebenar (wujud mutlak). Alam dan isinya ini mempunyai satu perkongsian diri yg telah sedia ada dlm ilmu Tuhan spt matahari dan cahaya. Ia tidak terpisah ttpi bukan bersekutu. Ttpi konsep ini menganggapnya satu.Dengan itu ia juga mempunyai ciri-ciri yang sama.
WAHDATUL SYUHUD: Syeikh Ahmad Sirhindi pula melalui pengalaman kerohaniannya mengatakan ianya adalah bayangan Tuhan ( zill ). Contoh mudah : Syeikh Ahmad Sirhindi mengatakan ada dua wujud yakni wujud Tuhan dan wujud alam ini dari bayangan Tuhan.Alam ini wujud seperi imej bayangan pada cermin.
Objek di dalam cermin itu tidak mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri imej sebenar malah ia mempunyai ciri-ciri yang bertentangan seperti dicontohkan tidak boleh mencium bau, tidak boleh bercakap dan seumpama nya. Menifestasi dan bayangan adalah dua perkataan yang agak sama kerana kedua-duanya (menifistasi dan bayangan) adalah wujud yg tidak hakiki yg bergantung kepada wujud mutlak (wujud yg sebenarnya).

Syeikh Ahmad Sirhindi telah bersuluk secara serius membolehkannya mencapai satu maqam yang lebih tinggi daripada apa yang dicapainya sebelum ini. Iaitu satu maqam yang lebih tinggi daripada Wahdatul Wujud yang kemudiannya diistilahkan oleh Sirhindi sebagai Wahdatul Syuhud atau penyaksian secara rohaniah. Sirhindi menyifatkan bahawa konsep Wahdatul Wujud itu menyimpang dari konsep asal
Ibn Arabi berdasarkan kepada 5 aspek:
i) Wahdatul wujud bukanlah tauhid yg diajar oleh Nabi dan Rasul kerana mereka mengajar Tuhan Itu Esa manakala perkataan wujud itu tidak membawa maksud satu.
ii) Konsep ini bertentangan dgn prinsip asas Islam jika disalah tafsirkan spt keharusan Menyembah berhala, tiada kejahatan yg sebenar kerana semua perlakuan makhluk itu dari Allah belaka (jabbariyah), harga minyak atau gula semua naik kerana takdir Allah, dan seumpamanya.
iii) Konsep ini adalah perkara yang subjektif dan boleh ditafsirkan mengikut kefahaman masing2.
iv) Konsep ini adalah yang baru dalam ilmu kesufian dan tidak pernah disebut oleh mana-mana ahli sufi.
v) Konsep ini tidak memerlukan latihan suluk untuk mencapai fana’; berlainan dengan Wahdatul Syuhud yang memerlukan suluk dan keikhlasan hati yang tidak berbelah bagi kepada Allah ( Nafi Isbat ).
Tokoh Mujaddid, Shah Waliyullah al-Dihlawi cuba mengharmonikan (tatbiq) antara pandangan Ibn Arabi dengan Ahmad Sirhindi dan mempunyai pegangan yang sama dalam konsep ketuhanan iaitu wujud yang mutlak. Percangahan berlaku adalah disebabkan oleh penekanan terhadap maudu’ yang berbeza disamping salah interprestasi oleh pengikut2nya. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment