Sunday, August 21, 2016

FIKIR & ZIKIR

Dua kunci yg membuka rahsia ilmu Allah ialah Fikir (tafakkur) yg merupakan pintunya dan juga Zikir yg merupakan gerbangnya. “Bertafakkur sesaat lebih baik dpd beribadat setahun”. Tafakkur ialah ketika akal minda kita merenung, menumpukan, memusatkan daya fikir dgn mendalam sehingga akal fikir kita mampu mencapai titik penyemadian fikiran dalam menghening cipta sesuatu renungan. 

Akal ialah makhluk selain roh, nafsu, nafas yg dicipta Allah. Otak mengandungi ribuan saraf yg menjadi kediaman akal. Setiap saraf otak berfungsi dgn tugasan sendiri. Saraf otak mengandungi manik iaitu Nur yg mencerap, Menangkap ilmu dgn cepat dan jelas di mana dalam manik terkandung fikir membezakan yg benar dan yg batil. Dalam fikir terkandung sukma yg membezakan haiwan dan manusia. Dalam sukma terkandung budi, timbang rasa, sifat kemausiaan. Dalam budi terkandung rasa, perasaan tanggung jawab. 

Akal yg mengandungi nur, ilmu yg haw dari Allah akan sentiasa memikirkan siapakah diri kita sebenarnya? Siapa pencipta kita? Apa tujuan kita diciptakan? Ke mana asal kita akan dikembalikan? Akal bebas berfikir tanpa batasan tetapi manusia tidak boleh melaksanakan keputusan akal jika keputusan akal melanggar perintah Allah kerana akal tertakluk kepada hukum Allah. Sepintar mana pun akal berfikir, akal akan tetap dipandang rendah sekiranya tidak berilmu, tidak tunduk kepada hukum Allah, tidak mengenal yg halal dan haram iaitu akal yg tidak mengandungi nur, ilmu yg haq kerana ilmu itu dari sunnah Allah dan sunnah Rasul. 

Hakikatnya martabat ilmu mengatasi akal. Akal memang dapat dikuasai oleh nafsu yg jahat jika akal tidak diisi dengan nur dan ilmu yg haq. Nafsu yg jahat akan menguasai akal disamping nafsu yg ditemani iblis syaitan akan sentiasa mendorong akal supaya diri melakukan perbuatan onar kerana akal membuat keputusan mengikut nafsu nya sendiri. 

Manusia diberi akal utk berfikir dan berikhtiar. Haiwan diberi akal tanpa fikir ttpi punyai ikhtiar. Firman Allah s.w.t: “Iaitu org2 yg sentiasa mengingati Allah pada saat berdiri, ketika sedang duduk mahupun waktu berbaring dan mereka bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi” (QS An-Nisa:103). Firman Allah” “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan segala sesuatu yg berada di antara kedua-duanya terdapat tanda2 kekuasaan Ku bagi para Ulil Albab (QS Al-Imran:190). Firman Allah: “Jika kamu mampu menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi maka lintasilah. Kamu tidak akan mampu menembusinya kecuali dgn kekuatan” (QS Ar-Rahman:33). 

Ayat-ayat ini membawa maksud Allah mencabar manusia untuk merungkai misteri dan rahsia alam ciptaanNya dgn kekuatan iaitu kekuatan akal, minda, fikir yg bertafakkur. Manusia yg menyahur cabaran ini ialah Ahlul Albab yg sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah dan ciptaanNya akan mampu menemukan citra diri nya sebagai insan yg mampu menakluk jagat raya apabila dia memilikki kekuatan akal fikir dalam menghening cipta sesuatu renungan. Bertafakkur dlm mewujudkan ilmu. Hakikatnya tafakkur ialah kunci membuka pintu ilmu makrifatullah. Zikrullah ialahkunci yg membuka gerbang ilmu hakikatullah. 

No comments:

Post a Comment