Sunday, August 21, 2016

HAKIKAT HIKMAH HAKIKI SYURGA YANG TIDAK KESAMPAIAN

Setiap kali selesai bersilat, rutin hidup manusia ialah taat berdoa, memohon kepada Allah dgn sepenuh pengharapan, diampunkan segala dosa-dosa, diterima segala amalan2 ibadah, dimatikan dalam khusnul khatimah, dimasukkan ke dlm syurga tanpa hisab serta dijauhkan dari azab siksa api neraka. 

Di ikhlaskan segala amalan pengabdian, penyerahan bulat2 rohaniah dan jasmaniah sbg makhluk hamba, pengabdian diri kpd Khalik penciptanya Allah dan berjihad mencari keredhaan Allah sepanjang hayat hidup di muka bumi Allah dan setulus hati sepenuh jiwa tanpa mengharapkan ganjaran balasan walaupun seberat zarah dari Allah kerana hanya mengharapkan rahmat Allah semata-mata utk masuk ke syurga. Sehingga ditiadakan pengharapan balasan syurga dari dlm diri kerana mahu mencapai makam ikhlas sebenar2nya. 

Sebenarnya manusia terkhilaf kerana manusia terlalu cinta untuk mendapatkan syurga Ku (makhluk ciptaanKu) dari cinta manusia untuk bertemu dengan Ku (Aku pencipta makhluk) dengan menatap wajahku di syurgaKu. Di sinilah letaknya kebenaran di sebalik hakikat. Tersembunyi rahsia hikmah hakiki yang sebenar2nya. 

Cinta hakiki manusia kepada penciptanya Allah ialah mencapai kemutlakan fana hakiki manusia kepada penciptanya ialah bertemu dengan Ku, menatap wajahku di syurga Ku. Bukannya kerana terlalu mengharapkan syurgaKu sehingga melebihkan syurgaKu (makhlukKu) dari cinta nya kamu manusia kepada Aku sebagai pencipta kamu (manusia). Siapakah yang lebih kita cintai? Allah kah atau syurga Allah. Untuk mengenal Allah:

1). AWALUDIN MA’RIFATULLAH (Artinya: Awal Agama mengenal Allah).

2). LAYASUL SHALAT ILLA BIN MA’RIFAT (Artinya: Tidak sah solat tanpa mengenal Allah).

3). MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU Artinya: (Barang siapa mengenal dirinya dia mengenal Tuhannya).

4). ALASTU BIRAB BIKUM QOLU BALA SYAHIDNA (Artinya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Betul Engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi. (Al-A’raf:172).

5). AL INSANNU SIRRI WA ANNA SIRRUHU (Artinya: Manusia itu RahsiaKu dan Akulah Rahsianya).

6). WAFI AMFUSIKUM AFALA TUBSIRUUN (Artinya: Di dalam dirimu mengapa kamu tidak melihat).

7). ANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ (Artinya: Aku lebih dekat dari urat nadi lehermu).

8). LAA TAK BUDU RABBANA LAM YARAH (Artinya: Aku tidak akan menyembah Allah apabila aku tidak melihatnya terlebih dahulu).

No comments:

Post a Comment