Sunday, August 21, 2016

MENCAPAI MAKAM HAKIKAT DI DALAM SOLAT

Solat adalah pembersihan jiwa raga tertinggi, setinggi2 makam makrifat seorang hamba dalam mengenali dirinya. Semakin tinggi seorang hamba mendekati Allah, semakin hampir Allah dengan hambanya. Di dalam solat, ruang kalbu menjadi luas sehingga kalbu mampu menerima rahsia2 yang melimpah. Lalu cahaya2 pun bersinar terang. Apabila cahaya menyinari kalbu maka kalbu akan menjadi lapang, terbuka untuk memerima berbagai ilmu dan makrifat. 

Sabda Rasulullah s.a.w: “Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat Nya tetapi jika engkau tidak melihat Allah maka sesungguhnya Allah melihat engkau”. Maka dalam solat, ihsan ialah engkau menyembah Allah, engkau melihat Allah tetapi jika engkau tidak melihat Allah maka Allah melihat engkau kerana dengan menyembah Allah di dalam solat, engkau melaksanakan kewajipan tanggung jawab pengabdian seorang hamba kepada Khalik Pencipta nya kerana hanya seorang hamba sahaja yang menyembah Penciptanya. 

Hakikatnya ihsan ialah engkau menyembah Allah di dalam solat terkandung kunci rahsia penyaksian iaitu ENGKAU MELIHAT ALLAH iaitu di mana Allah akan membersihkan kalbu hambaNya dengan kurnia kemampuan syuhud (penyaksian) iaitu penyaksian (rahsia/rasa/melihat) iaitu penyaksian kita kepada Allah ialah Engkau melihat Allah ketika menyembah Allah di dalam solat. Hakikatnya rahsia rasa/melihat mata kah yang melihat Allah atau rasa yang melihat Allah. Rasalah yang melihat Allah. Jadi rasa itu apa? Rasa itu Sirr (rahsia). Sirr (rahsia) itu apa? Sirr (rahsia) itu Allah. 

Para ahlul makrifat yang telah mengenal dirinya (kosong) segala amal ibadat yg dilakukan ialah mereka tidak akan merasai punyai ibadah. Dia tidak mempunyai wujud bagi dirinya. Diri mereka telah kosong sekosong2nya, tidak ada bahagian untuk mereka kerana rohaniah dan jasmaniah semua ada milik Allah semata-mata iaitu apabila mereka melaksanakan ibadah, segala amal baik ibadah mereka ialah dari Allah dengan Allah untuk Allah semata-mata. Apabila ahlul makrifat berzikrullah, mereka akan mencapai makam hakikat. Tidaklah kamu berzikir melainkan Allah berzikir utk dirinya (Allah) melalui lisanmu (Ibnu Atha’illah). Hakikatnya stinggi-tinggi makan makrifat ialah apabila manusia telah mencapai makan hakikat. 

Fana di dalam solatnya ialah apabila dia telah mengenal rahsia di dalam rahsia iaitu rahsia kepada jasad ialah roh dan rahsia kepada roh ialah Allah. Apabila dia mengenal ke dua-dua rahsia ini, rahsia kepada jasad ialah roh maka dia akan fana apabila dia mengenal dan rahsia kepada roh ialah Allah maka dia akan fana billah. Tika inilah apabila ahlul makrifat bersolat, mereka akan mencapai makam hakikat. “La Failun Filsolati Bihakikati Illahllah (Tidak ada perbuatan dlm silat itu melainkan Allah)” iaitu tidaklah kamu bersolat melainkan Allah bersolat untuk dirinya (Allah) melalui perbuatanmu. 

Ahlul makrifat akan mengalami “Fana Billah Wa Baqa Billah”. Yang mati itu makhluk (mati sebelum mati - kosong), Yang hayat itu Allah. Yang fana itu hamba (fana al fana - kosong se kosong-kosongnya) Yang baqa itu Allah. “Manlam Yasuk Lam Ya’rif (Barang siapa yang belum merasa, maka dia belum mengenal. Barang siapa yang tidak merasai, maka dia tidak mengenal)”. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment