Bismillahhirrahmannirrahim. Nasihat dari Ibnu Arabi bahawa diam ialah anak kunci yang membuka pintu makrifat. Wahai Murid !!! Bila kamu hendak berjalan menuju ke jalan ahli makrifat atau ahwal, seharusnya kamu atau siapa pun mengikuti hal-hal sebagai bantuan menuju jalan kebahagiaan kerana makrifat ialah pengetahuan hakiki tentang Allah dan ahwal ialah keadaan rohani atau ciri orang yang telah mencapai makrifat. Salah satu jalan menuju makrifat ialah DIAM.
Ada dua jenis diam iaitu pertama diam lisan (lidah) yg berbicara tentang selain Allah s.w.t dan kedua diam hati dari hal-hal yg muncul di hati mengenal yg maujud, diam sama sekali. Dua jenis diam pula terbahagi kepada empat pecahan diam. Pertama barang siapa yang lisannya diam tapi hatinya tidak diam maka dosanya akan ringan.

Kedua barang siapa yang lisannya diam dan hatinya diam maka yg rahsia akan menjadi jelas baginya dan Allah akan menjadi jelas pula baginya. Ketiga barang siapa yang hatinya diam tapi lisannya tidak diam maka dia akan berkata dengan kata-kata hikmah dan keempat barang siapa yang lisannya tidak diam dan hatinya tidak diam maka itu adalah kekuasaan syaitan dan dia tunduk kepadanya.
Tiga kategori diam yang dimilikki manusia iaitu pertama diam dengan lisan adalah kelas orang awam dan mereka yang melakukan suluk (perjalanan kerohanian), kedua diam dgn hati adalah sifat para muqarrabin (mereka yg didekatkan Allah kepadaNya) dan ketiga diam milik ahli musyahadah (mereka mampu menyaksikan kebesaran Allah).

Hal (keadaan rohani) yg timbul dari diam para murid ialah selamat dari bahaya fitnah sedangkan hal yg timbul dari diam para muqarrabin ialah timbul nya dialog Kalbu yg lentur dan asyik. Barang siapa menjalankan diam dalam segala keadaan maka dia tidak akan sempat lagi berbicara kecuali dengan Tuhannya sebab diam sepenuhnya sama sekali bagi manusia dalam dirinya sendiri adalah mustahil. Bila dia berbicara, bicaranya hanya kerana Allah maka dia akan menjadi orang yang selamat, dekat kepada Allah dan kuat ucapannya.
Bila dia berbicara, dia akan berbicara dengan benar dan pembicaraannya bersumber dari Allah. Firman Allah s.w.t mengenai Nabi Muhammad s.a.w: “Dia tidak berbicara dari hawa nafsu (QS Al-Najm:3). Pembicaraan yang benar ialah hasil diam dari kesalahan, apa pun alasannya. Berbicara dengan selain Allah ialah kesalahan, sementara berbicara tentang selain Allah dilihat dari sudut mana sekalipun adalah keburukan. Salah satu hal yang timbul kerana diam adalah makam (kedudukan) wahyu yang segala macam nya dan diam menghasilkan makrifat kepada Allah kerana di dalam diam terkandung tafakur. “Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadah setahun”.
No comments:
Post a Comment