Bukan kita jadi Tuhan atau sama dengan Tuhan. Diri makrifat sebenarnya ialah roh kita. Allah menjadikan diri kita yang zahir (jasad iaitu sifat) dan batin (roh iaitu zat). Roh kita ialah zat diri kita yang sebenarnya semntara jasad kita ialah sifat diri kita. Hakikatnya roh kita ialah zat diri kita sebenarnya yang diciptakan Allah untuk menyembah zat yang Maha Esa iaitu Allah.
Dua zat yang berbeza, zat yang mencipta iaitu Allah (disembah) dan zat yang dicipta Allah iaitu roh (yang menyembah). Ketahuilah bahawa zat yang dicipta Allah itu diri makrifat. Diri makrifat itu menghimpunkan semua af’al, asma, sifat dan diri. Diri makrifat juga menghimpun semua jasad, hati, nyawa dan rahsia.

Diri makrifat itulah yang menggerakkan zat, sifat, asma dan af’al. Diri makrifat ini rahsia Allah yang ada pada Adam (diri kita). Jadi diri makrifat itu sifat Tuhan juga rahsia Allah pada diri kita. Siapakah sebenarnya diri makrifat itu pada diri kita? Diri makrifat sebenarnya ialah roh kita. Kelakuan zahir ini kelakuan dari mana? Dari batin. Kelakuan batin itu kelakuan siapa? Kelakuan zat.
Siapa yang bekelakuan pada zat itu? Tentu lah zat nya zat. Itulah Tuhan iaitu Allah. Maka ilham Allah pada roh yang musyahadah pastinya benar namun bukan zat Allah bersatu dalam roh kerana roh adalah makhluk (mustahil zat Allah bersatu dalam makhluk Nya).

Sedangkan Allah adalah “Qadim Laisa Kamislihi Syaik (Tiada permulaan wujud Nya, tiada menyerupai dengan sesuatu pun)”. Diperjelas/ diperkukuh dgn Firman Allah: “Tidak ada sesuatu apa pun yang serupa dengan Dia dan Dia lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Asy-Syura:11)”. Orang yang mengenal diri nya sebenar dirinya mengenal hakikat yang menguasai diri iaitu suasana ketuhanan yang menguasai kewujudan dan penghidupannya.
Mengetahui hakikat ketuhanan yang menguasai diri (tidak menjadikan diri itu Tuhan). Tuhan tetap tuhan tidak berubah menjadi hamba. Hakikat ketuhanan adalah pemerintah. Hamba adalah makhluk yang diperintah. Diri tetap berada pada taraf kehambaan walaupun telah mengenal hakikat ketuhanan. Hakikatnya memahami rasa ketuhanan bukan kita jadi Tuhan atau sama dengan Tuhan. Sedangkan mengaku diri kita sebagai Nabi pun adalah menjadi kesalahan (dosa besar) kepada diri kita apatah lagi mengaku diri kita adalah Tuhan.

Kita tetap juga hamba dari alam dunia sehingga ke alam akhirat insyaAllah sehingga ke syurga Allah sebagaimana yang digambarkan dalam Firman Allah: “Wajah2 (org2 mukmin) pada hari itu berseri2 kepada Tuhan nyalah mereka melihat (QS Al-Qiyamah:22-23). Allah memilikki syurga yg di dalam nya tidak ada bidadari dan istana, tanpa madu dan susu, kenikmatan di syurga itu hanya satu iaitu melihat zat Allah.
Apabila Allah telah mengurniakan ilmu nya kepada kita sehingga kita telah mengenali rahsia2nya, mengenal ke dua-dua rahsianya iaitu rahsia dalam rahsia (rahsia kepada jasad ialah roh dan rahsia kepada roh ialah Allah) sehingga kita dapat mengenal Allah. Bukan nya bermakna kita menjadi Tuhan walupun kita telah mengenal rahsia2 Nya, kita telah mengenal Allah. Kita sebenarnya hanya menanggung rahsia2 Nya bukan kita menjadi Tuhan atau kita sama dengan Tuhan kerana Allah tetap Allah, hamba tetap hamba. Mustahil Allah bersatu dengan makhluknya dan makhluk bersatu dengan Allah.
No comments:
Post a Comment