Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam: “Hal yang membuatmu kecewa ketika tidak diberi adalah kerana engkau tidak memahami hikmah Allah di dalamnya”. Syekh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa jika kau masih merasa kecewa dan sedih kerana tidak diberi oleh-Nya, itu bertanda kau tidak memahami hikmah di balik pemberian Allah.
Seandainya Allah memberimu pemahaman, nescaya kau akan menikmati keadaanmu itu. Jika kau faham mengapa kau tidak diberi, tentu kau akan sedar bahawa dengan penolakan-Nya itu, Dia ingin membimbingmu menuju pintu-Nya dan membuatmu bergantung kepada-Nya sehingga kau menjadi salah seorang yang dicintai-Nya. Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan melindunginya dari perkara2 duniawi.
Kau juga akan memahami bahawa Allah mendorongmu untuk menempuh jalan para Muqarrabiin. Syeikh Fudhail pernah berdoa: "Ya Rabb, Engkau buat aku dan keluargaku lapar. Engkau buat aku dan keluargaku telanjang(kurang memiliki pakaian). Engkau lakukan ini hanya untuk hamba-hamba-Mu yang khusus. Lalu, dengan cara apa lagi aku memohon kebaikan ini dari-Mu?” Jika kau faham mengapa kau tidak diberi, tentu kau sedar bahawa dunia ini fana dan kenikmatannya akan pergi sehingga kau keluar dari sana dengan membawa bekalmu untuk akhirat kelak. Jika kau faham mengapa kau tidak diberi, tentu kau akan menyedari bahawa penolakan Allah itu adalah kurnia dari-Nya.

No comments:
Post a Comment