Monday, August 29, 2016

WIRID YANG PENUH KEBERKATAN

1- Aurad Qusysyasyi atau Aurad Madaniyah
2- Ratib al-'Attas
3- Ratib al-Haddad

Ini urutan keutamaan amalan yang sesuai bagi wilayah Nusantara, dengan penekanan bahawa Aurad Qusysyasyi sama sekali tidak boleh ditinggalkan, kerana ia sudah diamalkan bagi keseluruhan Nusantara lebih 400 tahun hingga kini. 

Penting ditegaskan di sini, bahawa ketiga-tiga amalan penuh barakah ini mempunyai asas dan dalil berdasarkan hadith-hadith Baginda Nabi shollallahu 'alaihi wa sallam, apatah lagi ketiga-tiga tokoh penyusun ini, bukan sahaja hebat dalam keilmuan dan berjiwa sufi, malah mereka juga merupakan leluhur Ahlul Bait Rasulillah. Rugilah bagi siapa yang meninggalkan ketiga-tiga amalan ini, sama ada sekali gus atau pun meninggalkan salah satu daripadanya. 

Apabila wirid selepas sembahyang atau Aurad Madaniyah atau Aurad Qusysyasyi diabaikan oleh umat Islam Nusantara, maka semakin nampak jelas berbagai unsur kesesatan bersemarak ligat mutakhir ini. 

Oleh itu, istiqomahlah dengan wirid ini supaya kita, keluarga dan masyarakat terpelihara zahir dan batin.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment