"Berzikir dan berselawat tidak dibatasi dengan jumlah, Ianya boleh diucapkan sebanyak berapapun tidak kiralah duduk selepas solat, berdiri mahupun berbaring.”
Jadilah Ulil Albab wahai manusia dan janganlah mendengar dari sebelah pihak semata-mata dan janganlah menjadi orang yang terlalu taksub dengan sesuatu pendapat tanpa mendengar hujah orang lain dan janganlah pula kita duk mentaqlid buta.
Sedangkan Imam Syafie Rahimatullah Ta'ala pun pernah berkata : "Jika ada hadis yang bertentangan dengan pendapatnya, Maka campakkanlah pendapatnya ke dinding".
Perdalami Ilmu dan Luaskanlah Ilmu dengan tidak menutup minda dari mendengar Hujah orang lain yang mempunyai Fakta atau Kebenaran. Fahamilah sumber Ilmu itu tidaklah terhenti setakat satu kitab ataupun seorang mufti. Ilmu itu bukan sekadar dihafal tetapi yang memberi manfaat.
Kadang-kala kita ni terlalu taksub dengan pendapat seseorang ustaz atau mufti. Seolah-olah pendapatnya lebih tinggi dan paling dipercayai berbanding Al-Quran. Kalau dia cakap zikir tak boleh lebih 33 kali lepas solat, Korangpun semua duk ikut. Sedangkan ada banyak Kalam Allah yang memerintahkan kita untuk perbanyakkan zikir.
Contohnya surah An-Nisa ayat 108, Allah berfirman: "Apabila kalian telah selesai mendirikan solat, Maka berzikirlah kalian kepada Allah diwaktu berdiri, duduk dan berbaring."
Surah Ali-Imran ayat 4: ”Dan sebutlah Nama Tuhan mu sebanyak-banyaknya, Serta bertasbihlah di waktu pagi dan petang."
Surah Ali-Imran ayat 109: ”Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring."
Surah Al-Ahzab ayat 41-42: ”Wahai orang-orang yang beriman, Berzikirlah dengan sebanyak-banyak zikir, Dan bertasbihlah kepadaNya waktu pagi dan petang."
Surah Al-Baqadah ayat 114: ”Dan siapakah yang lebih aniya daripada orang-orang yang menghalang menyebut nama Allah dalam masjid atausurau."
Dan masih banyak lagi dalil mengenai zikir. Tidak ada larangan satupun mengatakan zikir tidak boleh melebihi atau dibatasi dengan hanya 33 kali.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment