Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Empat perkataan itu tidak asing bagi mereka yg sdg menjalani pengajian Mengenal Allah. Pelbagai tafsiran dan penerangan dari Guru-Guru Pembimbing untuk memberi kefahaman berkenaan empat kata tersebut.
Secara kasarnya, empat kata tersebut adalah pecahan besar Ilmu Islam. Keempat-empat ilmu tersebut adalah Fardhu bagi tiap-tiap manusia. Bila ia dikatakan Fardhu, maka adalah wajib bagi setiap manusia mempelajari 4 ilmu tersebut.
Ramai di kalangan kita masih belum pernah mendengar pecahan ilmu tersebut. Kerana hal ini tidak pernah diajar di peringkat persekolahan. Apa yang diajar di peringkat persekolahan tidak lain hanyalah tingkatan Syariat sahaja. Tarekat, Hakikat dan Makrifat hanya boleh dipelajari melalui Guru Pembimbing.
Guru Pembimbing bukanlah sebilangan orang. Guru pembimbing adalah Guru yang layak mengajar anak muridnya 'Mengenal Allah'.
Mengapa Tarekat, Hakikat dan Makrifat tidak kita pelajari di Sekolah? Kerana ilmu ini adalah terkait dengan Ilmu Rohani. Ilmu rohani sangat sulit diajarkan dlm persekolahan kerana ia banyak bersangkut-paut dengan perkara2 ghaib. Ghaib di sini bukanlah bermaksud makhluk halus spt hantu, ghaib di sini bermaksud perkara2 yg tidak terjangkau dengan pancaindera zahir.
Perkara2 ghaib hanya boleh ditangkap dengan menggunakan pancaindera batin, iaitu Hati.
Ada juga yang mengatakan keempat-empat ilmu ini tidak diajarkan oleh Rasulullah SAW. Benarkah kenyataan ini? Mari kita singkap Sirah Nabi SAW. Nabi Muhammad SAW mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi adalah pada umur Baginda 40 tahun. Pada tahun ke-11 keNabian, terjadinya peristiwa Israk Mikraj. Setahun lebih selepas itu, Baginda diperintahkan berhijrah ke Madinah. Baginda wafat pada umur 63 tahun.
Perhatikan, dakwah Nabi SAW adalah selama 23 tahun iaitu bermulanya dari umur Baginda 40 sehingga umur Baginda 63 tahun. Peristiwa Israk Mikraj adalah pada tahun ke-11 keNabian. Ini bermakna peristiwa Israk Mikraj ini adalah dipertengahan dakwah Baginda. Di mana 23 bahagi 2 adalah 11 tahun 6 bulan.
Peristiwa Israk Mikraj adalah titik tolak bermulanya perintah Syariat yang dimulai dengan perintah Solat kepada manusia. Sebelum peristiwa Israk Mikraj apakah ilmu yang didakwahkan oleh Nabi SAW? Ilmu Hakekat lah yang didakwahkan Nabi SAW. Yang dikatakan Ilmu Tauhid, Ilmu Tasawwuf semuanya terkandung dalam Ilmu Hakekat.
Lihatlah perincian turutan ilmu yang disampaikan dan didakwahkan Nabi SAW di bawah:
1. Ilmu Makrifat: Ketika mendapat wahyu pertama di Gua Hira’
2. Ilmu Hakikat: Sebaik keluar dari Gua Hira’
3. Ilmu Tarekat: Ketika peristiwa Israk Mikraj
4. Ilmu Syariat: Selepas peristiwa Israk Mikraj sehingga Baginda wafat.
Inilah turutan ilmu yang didakwahkan Nabi SAW. Inilah buktinya 4 ilmu ini pernah diajarkan oleh Nabi SAW kepada manusia.
Hal ini sesuai dengan ungkapan yang cukup popular di kalangan mereka yang mendalami Ilmu Ketuhanan:
"Awaluddin Makrifatullah" yang bermaksud
"Awal Agama adalah Mengenal Allah”.
Ilmu mula-mula yang diterima oleh Nabi SAW adalah Ilmu Makrifat. Ilmu yang mula-mula didakwahkan Nabi SAW ialah Ilmu Makrifat. Lihatlah betapa pentingnya bagi manusia untuk mengenal Allah terlebih dahulu. Makrifat bukanlah kemuncak bagi ilmu. Bukanlah ilmu penghabisan.
Tujuan manusia untuk belajar ilmu Agama untuk bermakrifat adalah salah sama sekali. Makrifat adalah mula-mula perlu dipelajari.
ILMU MAKRIFAT:
Adalah ilmu pengenalan kepada Allah. Apa yang dipelajari adalah bagaimana untuk menyatakan keberadaan Allah. Dapat merasai dekatnya Allah. Allah itu meliputi. Dan lebih dekat dari urat leher. Kenal bukan sekadar nama. Kenal sehingga mengenal akan Zat Allah. Sifat, Af’al (perbuatan) dan Asma’ (nama) adalah jalan untuk mengenal Zat.
ILMU HAKIKAT:
Hakikat adalah berasal dari kata Haq iaitu Kebenaran. Hakikat adalah pancaran dari Ilmu Makrifat. Menyatakan kebenaran serta menghapuskan kebatilan. Apa yang dipelajari adalah hikmah. Setelah kenal, manusia diperintahkan untuk menyembah Allah. Bagaimana untuk menyembah? Menyembah adalah dilakukan oleh tubuh batin. Dipimpin oleh Roh. Ilmu Hakikat digunakan oleh diri batin untuk menyembah dan sampai kepada Allah.
ILMU TAREKAT
Tarikat bermaksud jalan. Jalan di sini merujuk kepada jalan mengenal Allah. Jalan untuk bertemu dengan Allah. Nabi SAW telah menunjukkan bahawa satu-satunya jalan untuk bertemu dengan Allah adalah melalui Israk Mikraj.
Ilmu Tarekat adalah ilmu yang luas. Bukan sebatas ilmu yang diajarkan selama satu malam. Apa yang dipelajari adalah bagaimana hendak mengalami Israk dan Mikraj dengan melewati 7 tingkat langit seterusnya bertemu Allah di Sidratul Muntaha. Mikraj bertemu Allah ini dinamakan “Kemuncak Makrifatullah”
ILMU SYARIAT
Ilmu Syariat adalah ilmu yang bersangkut-paut dengan tubuh zahir iaitu Jasad. Salah satu tujuan diperintahkan Syariat adalah untuk menzahirkan Ilmu Hakikat yang dipelajari. Hakikat bersangkutan dengan perkara ghaib, manakala Syariat bersangkutan dengan zahir. Setiap perintah Syariat pasti ada Hakekat. Ia juga dikatakan Hikmah. Hikmah disebalik perintah Syariat.
Sebagai contoh, tubuh zahir mengerjakan Solat manakala batin mendirikan Solat. Mengerjakan dan mendirikan adalah 2 perkara berbeza namun ia wajib dilaksanakan seiring.
Inilah serba sedikit pengenalan terhadap Ilmu Empat Segi yang dimaksudkan. Mengapa 4?
Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Ia sesuai dengan:
1. 4 penjuru Kaabah
2. 4 huruf Asma Allah (Alif, Lam, Lam Ha)
3. 4 huruf Asma Nabi SAW (Mim, Ha, Mim, Dal)
4. 4 unsur Tubuh (Api, Angin, Air, Tanah)
5. 4 arah Bumi (Utara, Selatan, Timur, Barat)
6. 4 gerakan Solat(berdiri, rukuk, sujud,duduk)
7. Dan banyak lagi (boleh tolong sambungkan)
Wallahu’alam...
No comments:
Post a Comment