Seorang orang kampung saya bercerita, "Dua tiga orang Bangla yg lalu di tepi rumah saya, memaut ranting buah rambutan dan makan. Tak minta, main ambik saja, macam harta bapa depa."
Saya cuba jawab masalah ini sekadar yg saya tahu dan kongsi dengan anda semua, moga bermanfaat. Harta seseorang itu ada 3 peringkat pemilikannya:
Saya cuba jawab masalah ini sekadar yg saya tahu dan kongsi dengan anda semua, moga bermanfaat. Harta seseorang itu ada 3 peringkat pemilikannya:
Pertama, harta milik peribadi, di mana pemilik berhak untuk memiliki dan menguasai harta itu. Contoh: anda memiliki kereta yg anda boleh menggunakan sendiri. Orang lain tidak boleh menggunakannya melainkan dengan izin anda, jika tanpa izin digunakan, maka ia termasuk kezaliman. Firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu.” (QS. an-Nisa: 29)
Kedua, harta milik peribadi, tapi diizinkan syariat untuk diambil sebahagian manfaatnya jika perlu oleh orang lain, walaupun tidak ada izin dari pemiliknya.
Asalnya barang ini juga perlu izin tetapi kerana orang perlukan atau mengharapnya untuk memanfaatkannya, maka ia dikecualikan izin. Hal ini berkaitan bagi buah-buahan di kebun orang atau susu dari binatang ternakan orang. Maksudnya sesiapa dlm perjalanan dan merasa lapar atau berkeinginan kepada buah di kebun orang, dibolehkan makan buah di kebun tersebut, tidak boleh dibawa pulang atau merosakkan pokoknya. Sandaran bagi hal ini adalah hadis dari Ibnu Umar radhiyAllahu ‘anhuma, Nabi s.a.w bersabda,
مَنْ دَخَلَ حَائِطًا فَلْيَأْكُلْ وَلا يَتَّخِذْ خُبْنَةً
Siapa yang masuk ke kebun milik orang, silakan makan buahnya, dan jangan dibawa pulang. (HR. Turmudzi 1334 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth)
Dalam riwayat lain, Nabi s.a.w mengatakan,
إِذَا مَرَّ أَحَدُكُمْ بِحَائِطٍ فَلْيَأْكُلْ وَلا يَتَّخِذْ خُبْنَةً
Apabila kamu melalui kebun, silakan makan buahnya dan jangan dibawa pulang. (HR. Ibnu Majah 2301 dan dishahihkan al-Albani)
Kedua-dua hadis sahih ini menunjukkan jika kita melalui kebun orang dan terasa teringin buahnya, bolehlah dimakan di situ juga, walau tanpa izin, tetapi tidak boleh dibawa keluar dari kebun. Mungkin hal ini sedikit bercanggah dgn adab orang Melayu, tetapi kena dibetulkan kerana ada hadis. Dalam kes Bangla di atas, kekadang kita merasa kita hebat, kita nak hina orang lain, tetapi tidak sedar diri kita lebih teruk dari orang lain. Dalam konteks ini, Bangla itu lebih reti hukum dari tuan buah tersebut. Dalam riwayat lain, disuruh juga memanggil tuan kebun, jika dijawab, mohonlah izin, jika tidak dijawab, boleh terus dimakan.
Hadis dari Abu Said al-Khudri radhiyAllahu ‘anhu, Nabi s.a.w bersabda, ertinya:
"Apabila kamu masuk ke kebun orang lain, dan ingin makan buahnya, hendaknya kalian panggil, “Wahai pemilik kebun…” sebanyak 3 kali. Jika ada respon, silakan minta izin. Jika tidak ada respon, silakan makan…… (HR. Ahmad 11045 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth)
Mungkin kita bertanya, kenapa tidak perlu mohon izin. Hal ini disandar juga kepada kaedah tetamu di mana tuan rumah wajib menjamu tetamunya, bahkan tetamu boleh meminta jamuan. Hak tetamu adalah selama 3 hari. Nabi s.a.w mengatakan,
وَالضِّيَافَةُ ثَلاَثَةُ أَيَّامٍ ، فَمَا كَانَ وَرَاءَ ذَلِكَ فَهْوَ صَدَقَةٌ عَلَيْهِ
Jamuan tamu itu selama 3 hari. Lebih dari itu statusnya sedekah. (HR. Bukhari 5673 & Muslim 48)
(Huraian hak tetamu secara lebih terperinci akan di buat di tulisan yg lain)
Jadi, mereka yg datang ke kawasan tanaman kita adalah ibarat tetamu. Lagi pun ganjaran bagi orang yg menanam pokok lalu buahnya dimakan burung atau orang adalah menjadi sedekah yg tentu lebih besar dari nilai buah pada sisi Allah. Sabda nabi, "Tak ada seorang muslim yang menanam pohon atau menanam tanaman, lalu burung memakannya atau manusia atau hewan, kecuali ia akan mendapatkan sedekah kerananya.” [HR. Al-Bukhoriy dalam Kitab AL-Muzaro’ah (2320), dan Muslim dalam Kitab Al-Musaqoh (3950)]
Ketiga, barang milik bersama, contohnya seperti pohon yang ada di tepian jalan, yang itu dimiliki oleh pihak berkuasa bandaran atau kerajaan. Pokok begini boleh diambil manfaatnya oleh orang ramai, tetapi tidak boleh menguasainya atau memilikinya. Ini disandar kpd qiyas dari hadis sebelum ini, jika pokok milik individu pun boleh dimanfaat oleh orang lain, maka yg milik umum lagilah boleh, kerana kerajaan itu milik rakyat. Tetapi tidak boleh mengambil pokok yg ditanam dgn maksud menghilangkan atau merosakkannya, seperti mencabut pokok bunga utk dibawa balik.
Kadangkala, kita merasa kita telah mengetahui sesuatu hanya dengan kebiasaan, adat, sedangkan kita disuruh hidup dengan cara yg ditetap oleh Islam,mengikut sunnah, ajaran yg dibawa oleh nabi. Merasa kita dah mengetahui, rasa dah berilmu, tak perlu belajar itu termasuk dlm erti bodoh tetapi sombong. WAllahua'lam abdghaniharon.
Catatan: Tidak sempurna suatu ilmu seringkas bahasa sms. Sesungguhnya mereka yg tidak mahu membaca kerana panjangnya tulisan, telah menegah dirinya dari mengetahui sesuatu secara berilmu.
No comments:
Post a Comment