TULAH ni maksud dia balasan akibat buruk yang akan menimpa seseorang atau kelompok akibat mengingkari perintah Sultan atau keturunan dia yang mempunyai Daulat. "Kesetiaan Kepada Raja" yang termaktub dalam Perlembagaan itu bukannya saja-saja. Ada orang kata Sultan bukan Tuhan, buat apa nak taat perintah Sultan? Baik taat perintah Allah.
Ya memang betul Sultan bukanlah Tuhan, Baik taat perintah Allah. Tetapi Sultan adalah bayangan Allah di muka bumi dan juga petunjuk arah. Mereka-mereka ini telah ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi petunjuk dan ikutan, sebab itu pendakwah beratus tahun dahulu ketika datang ke alam Melayu, mereka akan fokus berdakwah kepada Raja dahulu.
Sebab bila Raja masuk Islam, secara tak langsung semua rakyat akan ikut. Para Raja atau Sultan telah ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi ketua agama di tempat-tempat yang tertentu, Sebab itu payung rakyat adalah Sultan dan Ketua agama kita adalah Sultan.
Sudah tentu Rasulullah Saw adalah sebaik-baik petunjuk dan ketua agama bagi seluruh umat Islam. Manakala Sultan pula adalah ketua agama bagi sesebuah negara Islam. Sebab itu adanya gelar "Paduka Baginda" yang membawa makna berkuasa manapun seseorang Raja atau Sultan itu kedudukan mereka dibanding dengan Rasulullah Saw adalah "Capal atau Selipar" Baginda Nabi.
Jangan meremehkan Daulat Sultan, kerana keberkatan dalam darah Sultan-sultan terdahulu masih mengalir ke dalam darah daging para Sultan yang ada pada hari ini. Tapi tak semua kerabat Sultan yang Daulat nya masih kuat. Kalau nak tahu tanda anak cucu dia masih ada Daulat, mulut Tok Nenek mereka 'masin'.
Sebab apa masih berkekalan Daulat itu? Jawapannya adalah kerana Doa dan Amalan-amalan kerohanian khusus yang telah mereka amalkan sehingga Allah makbul doa mereka dan Allah menjaganya. Sebab itu orang melayu menggunakan ayat "Masin mulut kau" bila terjadinya sesuatu perkara yang dia ucapkan.
Apapun Hanya Allah lah yang Maha Kuasa menentukan takdir seseorang. Hanya Allah lah yang Maha Mengetahui Segalanya.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment