Sebuah kumpulan khas yang digelar MAGNIFICIENT 12 telah ditubuhkan oleh DSP Kulasingam yang menjadi perancang utama untuk menangkap Botak Chin. Ahli Magnificent 12 adalah pegawai dan anggota detektif TERBAIK yang dipilih khas bagi memburu Botak Chin. Ia dianggotai Tuan Gilbert Ang, Tuan Gui Poh Choon, Tuan Kenny Woodworth, Tuan Bahwandi Hiralal, Tuan G. Ralingam, Tuan Ong Kim Hock, Sarjan Chong Kam Wah, Koperal Leong See Fook dan empat orang lagi tak pasti siapa namanya.
Dalam tempoh hanya dua minggu pasukan khas itu ditubuhkan, iaitu pada 16 Februari 1976, mereka berjaya mengesan Botak Chin dan konco-konconya bersembunyi di sebuah kilang papan Eng Leong Swmill di Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada pukul 10 malam, team Tuan Gilbert menyerbu di bahagian depan manakala team Tuan Kenny menyerbu di bahagian belakang. Lalu berlakulah kejadian berbalas tembak yang sangat bersejarah selama hampir 2 jam di mana akhirnya dua pengikut Botak Chin berjaya ditembak mati manakala dua lagi termasuk Botak Chin parah ditembusi peluru.
Kehebatan MAGNIFICIENT 12 akhirnya berjaya menumpaskan serta melumpuhkan terus kekejaman penjenayah Botak Chin yang telah sekian lama diburu. Namun sayang sekali, yang diangkat adalah Botak Chin kononnya dia penjenayah ala Robin Hood kerana memberi wang kepada orang miskin sedangkan jasa-jasa ahli kumpulan MAGNIFICIENT 12 ini dilupakan.
“Kita ditipu sekian lama kononnya Botak Chin itu bagi duit untuk orang miskin, hakikatnya duit itu diberi sebagai upah kepada orang ramai agar memberi maklumat padanya jika ternampak kehadiran polis, " - Tuan Kenny
Siapa yang anggap Botak Chin adalah ibarat Robin Hood korang kena tipu selama ini, Robin Hood apa dia yang membunuh. Botak Chin ni aggressive, licik dan keras kepala. Masa Botak Chin kena tangkap dan dimasukkan ke Penjara Pudu dulu, dia pernah nak rancang untuk BOM penjara berkenaan. Untuk itu sedikit demi sedikit dia sediakan bahan-bahan letupan seperti paku dan karbad, yang dibawa masuk ke penjara secara beransur-ansur oleh mereka yang melawatnya. Bahan-bahan letupan ini disimpan di dalam tandas. Bila warden penjara dapat tahu, dia pukul dan tikam warden penjara tu setengah mati!
Seorang Timbalan Menteri Dalam Negeri pernah diarah berjumpa dengan Botak Chin kat Penjara Pudu untuk selesaikan masalah ‘keras kepala’ dia ni, tahu apa Botak Chin buat? Dia boleh offer pulak Timbalan Menteri ni duit rompakan yang dia simpan janji dia dibebaskan dari penjara. Dia pulak nak ‘psiko’ Timbalan Menteri ni.
Dan bila Timbalan Menteri tadi enggan layan rancangannya itu, dia maki hamun Timbalan Menteri tu sebab kononnya melengahkan proses hukuman mati yang dikenakan ke atasnya. “Pasal apa simpan gua, kasi makan, buang duit government. Gantung gua, bakar gua punya body dan buang semua habuk dalam parit dan longkang. Apa tunggu lagi? Takut kah?,” jerit Botak Chin pada Timbalan Menteri tu.
Bila diterangkan pada Botak Chin yang tali gantung masa tu kehabisan stok untuk menggantung lehernya, sekali lagi Timbalan Menteri itu dimarahi Botak Chin. Timbalan Menteri itu memberitahunya, tali gantung (ketika itu) terpaksa ditempah di England dan ia mesti disalut dengan baldu bagi mengurangkan kesakitan yang ditanggung pesalah.
Ternyata penerangan itu membuatkan Botak Chin lagi panas hati. Botak Chin terus tanya, “Mana lu tahu sakit kah tak sakit kah? Yang sudah mati kena gantung ada cakap sama lu?’
Untuk itu Botak Chin mencadangkan WAYAR untuk menggantung dirinya sebagai langkah alternatif. Ganas tak? Tapi yelah, ganas macam manapun Botak Chin tak dapat lari daripada takdir. Akhirnya pada 11 Jun 1981, pada usia 28 tahun, Botak Chin menemui ajalnya setelah digantung sampai mati di Penjara Pudu. Berakhirlah riwayat salah seorang penjenayah paling kejam dan licik di Malaysia.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment