Para ulama soleh telah mengajar kepada kita niat-niat yang dianjurkan untuk dibuat sebelum masuk kedalam bulan Ramadhan supaya lebih besar rahmat dan ganjaran pahala yang akan diperolehi. Niat adalah umpama pili air. Semakin besar dan semakin banyak niat yang dibuat maka semakin besar pili rahmat dan pertolongan itu dibuka untuk tercurah kepadanya. Niat yang dimaksudkan disini adalah selain dari niat puasa pada malam hari kerana itu hukumnya wajib manakala yang sedang kita bincangkan ini niat-niat yang berbentuk azam. Antara niat /azam yang dianjurkan ialah ;
* Kami berniat sebagaimana niat Nabi Muhammad, salaf soleh dari ahlul bait dan seluruh sahabat Nabi Muhammad SAW.
* Kami berniat melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya. Dengan cara yang diinginkan dan diredhai Allah s.w.t.
* Kami berniat untuk berusaha mengisi waktu dengan beribadah selama bulan Ramadhan dan menjaga diri dari perbuatan dosa dan kemaksiatan.
* Kami berniat untuk membaca al-qur'an dan memperbanyak zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
* Kami berniat untuk menjauhi perbuatan ghibah (mengumpat), namimah (adu domba), berdusta dan segala perbuatan yang menggugurkan pahala puasa.
* Kami berniat untuk memperbanyak sedekah, menyantuni janda, orang faqir dan anak yatim.
*Kami berniat untuk menjalankan adab dan akhlaq islam dan melaksanakan sholat lima waktu dengan berjama'ah di waktu-waktunya.
* Kami berniat sebagaimana niat orang soleh di 10 malam pertama, kedua dan terakhir. Juga sebagaimana niat mereka ketika malam Lailatul Qadar.
Niat-niat ini adalah terbaik untuk diniatkan untuk setiap hari dan malam pada bulan Ramadhan. Barang siapa yang memasang satu niat baik didalam dirinya maka Allah bukakan untuknya 70 pintu menuju kebaikan. (Oleh Al-Habib Abu Bakar al-Adni, Susunan: Tn. Hj. Ir Alias Hashim Asy-Syattari).
No comments:
Post a Comment