Langkah sembah bermaksud ibu segala permainan atau ibu kaedah bagi silat. Baik zahir mahupun batin, hakikat atau makrifat. Bukan pandai-pandai buat atau suka suka buat melainkan setiap gerakan ada makna dan rahsia tertentu.
Langkah sembah, gabungan permainan langkah, letak kekuatan badan, gerak nafas, pandangan diri zahir, serta pandangan diri batin.
Dalam gerak bunga sembah terdapat ciri-ciri asas kaedah silat iaitu seperti ‘Langkah’, ‘Kekuda’, ‘Jalan’, ‘Gerak’, ‘Garik’, ‘Sikap’, dan ‘Arah’. Tujuh ciri-ciri asas tersebut merupakan rahsia yang terkandung dalam bunga sembah.
Kita buka sikit rahsia, Jangan dibanyak sangat, kita beri huruf LAM ALIF, rahsia pandai pandai lah cari sendiri.
Bergerak dalam kalimah. Mudah-mudahan kita sentiasa ingat pada Dia.
"Tumpuan hati berdiri atas diri terperi. Gerak atas gerik. Rasa atas resa..
“AGAM... aku gerak ALLAH menggerak”
Hebatnya orang MELAYU ni..Bukan sahaja dalam ilmu perang, bahkan dalam pembuatan rumah, busana, dan macam² yang lain..semua aplikasi tauhid tahap tinggi.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment