Wednesday, January 13, 2010

AYAH KEPADA TAN SRI DATO MUHYIDDIN

Ayah kepada Tan Sri Dato Muhyiddin ni bukan calang-calang orang, Ayah beliau yang bernama Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Bin Muhammad ni adalah seorang Tokoh Ulama terkenal di Muar Johor. 

Al-Marhum Tuan Guru Haji Muhammad Yassin berasal daripada Siak, Sumatera, Beliau lahir pada tahun 1902 dan meninggal pada tahun 1975 ketika berusia 73 tahun di muar Johor. 

Sepanjang hayatnya beliau dianugerahkan anak seramai 46 orang dari hasil perkahwinan 4 orang isteri. Tan Sri Dato Muhyiddin adalah anak dari isteri kedua beliau yang bernama Allahyarhamah Hajjah Khadijah Binti Kassim. 

Kebanyakan ahli keluarga Al-Marhum Tuan Guru Muhammad Yassin kini menetap di Batu 1 1 atau4 Jalan Bakri, Muar, Johor. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. 

Sepanjang hidupnya Beliau banyak mengajar di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar malah sehingga ke Chohong Melaka dan Pengajaran beliau kebanyakannya tertumpu kepada kitab-kitab tasawwuf dan ilmu tauhid.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menadah kitab kepada ulama besar Muar satu ketika dahulu iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor.

Beliau dikatakan telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam MELAYU di bawah pengawasan gurunya itu. Antara kitab yang berjaya dikhatam dihadapan gurunya itu ialah Faridatul Faraid karangan masyaikh gurunya iaitu Al-Marhum Syeikh Ahmad al-Fathani yang sangat terkenal di Alam MELAYU pada abad ke-19 Masehi.

Gurunya iaitu Al-Marhum Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau. Pandangan beliau terhadap gurunya seperti yang dicatatkan oleh Allahyarham Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah diungkapkan seperti berikut, “Ketika aku akan belajar ilmu kemegahan dunia di Sumatera, setelah diketahui oleh Abu Bakar Alim, aku lalu dinasihatinya supaya belajar kepada beliau sahaja. Sekiranya aku melanggar nasihat beliau, mungkin aku menjadi seorang yang jahat.”

Sumbangan Al-Marhum Tuan Guru Haji Muhammad Yassin di sekitar Muar amatlah besar. Beliau telah mengasaskan dua buah sekolah untuk tujuan penyebaran ilmu kepada anak-anak tempatan. Sekolah tersebut ialah:

- Sekolah Menengah Md. Yassin di Batu 1 1 atau4 Jalan Bakri, Muar Johor. 

- Sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1 atau2 Jalan Bakri Muar Johor. 

Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, Al-Marhum Tuan Guru Haji Muhammad Yassin telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh penting selepasnya. Antaranya ialah seperti Allahyarham Tuan Guru Haji Azman bin Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor dan mempunyai pengikut yang bertaburan di serata negeri Johor.
Bissirril Al-Fatihah.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment