Thursday, April 7, 2016

MARILAH MENJADI AHLI BERZIKIR

"Siapakah orang yang berakal? Mereka ialah orang yang berzikir kepada Allah s.w.t ketika berdiri, duduk, dan baring. Keadaan tiga simbol ini kepada setiap keadaan, dan tidak terhad kepada tiga posisi ini sahaja, contohnya orang yang membongkok. Keadaan tiga ini simbol bahwasanya setiap saat orang berakal sentiasa ingat pada Allah s.w.t”. “Ada dua tafsiran makna perkataan 'yazkurunallah, yakni ‘mereka alah orang-orang yang berzikir. Antara ciri-ciri orang yang berakal ialah Orang yang berzikir. Dan orang yang berzikir itu solat kerana firman Allah s.w.t dalam Al-Quran nul Kareem yang bermaksud; “Tunaikan solat untuk ingat aku.”

"Dan antara Zikir yang dimaksudkan ialah zikir-zikir yang warid dan juga tujuan daripada zikir itu dijadikannya zikir. Contohnya: tasbih, tahlil, tahmid, takbir, Quran dan semuanya zikir. Jenis zikir ada banyak tapi objektifnya satu iaitu mengingati yang disebut. Bila sebut ‘Subhanallah’, seseorang akan ingat kepada kesucian Allah. Bila sebut ‘La ila ha illallah’, seseorang akan ingat kepada Ketuhanan Allah”. “Bila sebut ‘Allahu Akbar’, seseorang akan ingat kepada Kebesaran dan Keagungan Allah s.w.t dan seterusnya. Maka, orang-orang yang berakal ialah orang yang menjaga solat dan zikirnya, iaitu zikir lisan, dan zikir dalam hati. Apa bezanya zikir lisan dan zikir dalam hati? Zikir lisan ialah apa yang disebut, dan zikir hati ialah penghayatan di hati dan tafakur dengan apa yang dizikirkan dengan lisan”. (Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid).

No comments:

Post a Comment