Monday, January 16, 2023

KETURUNAN DARI NUR-I-MUHAMMAD

Riwayat ini adalah dari Kaab Al-Akhbar, yang dikenal sebagai Abu Ishaq. Kaab adalah seorang ulama dari kalangan orang Yahudi dan selama kehidupan Rasulullah s.a.w yang diberkati, beliau tinggal di tanah Yaman. Beliau tidak beriman dengan Baginda s.a.w selama hidup Baginda tetapi setelah Baginda wafat di masa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq atau menurut pendapat lainnya semasa Umar Al-Khattab barulah beliau memeluk Islam. Beliau juga ada meriwayatkan beberapa hadith yang telah diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Baginda s.a.w yang mulia. 

Salah seorang sahabat Baginda s.a.w ialah Sahif bin Umar Al-Ansari mengatakan telah mendengar dari ayahnya Amru bahawa selama masa hidup Nabi s.a.w, ayahnya berkenalan dengan Kaab, sering bertemu dengan Kaab di beberapa majlis. Kaab juga berniat untuk mejumpa dengan Rasulullah s.a.w di dalam majlis-majlis Baginda s.a.w namun tidak pernah bertemu tetapi Kaab sering digambarkan oleh ayahnya bagaimana sifat-sifat yang ada pada Baginda s.a.w itu dan Kaab menegaskan bahawa memang Baginda s.a.w itu penutup para Nabi. 

Suatu hari beliau mengatakan kepada kami bahawa beliau akan berangkat untuk menemui Baginda s.a.w dan berharap akan dapat menemui Baginda. Beliau mempercepatkan persiapannya lalu berangkat. Pada suatu malam ketika di perjalanan, beliau kelihatan gelisah keluar dan masuk dari khemah beliau ketika waktu rehat. Sekejap2 beliau menatap tajam pada langit malam dan menangis deras. Menyedari keadaan beliau maka aku menyapanya: “Wahai Abu Ishaq, apa kah yang telah menimpa kamu? Mengapakah kamu menghabiskan malam dengan menatap langit dan menangis? Apakah hikmah yang telah berlaku?” Dia berpaling kepada saya dan menjawab, “Pada malam ini seorang Nabi (s.a.w) di Madinah akan diangkat dari dunia ini kepada yang berikutnya (wafat). Aku menatap ke langit dan melihat pintu-pintu syurga terbuka lebar untuk menerima dia dan saya melihat semua malaikat hadir dan berdiri merayakan kedatangan Baginda dengan nyanyian, pujian yang penuh kehormatan dan diseluruh tempat di bumi ini tidak ada yang lebih berbahagia da baik dari tempat di mana jenazah Baginda dimakamkan, itulah tempat yang terpilih dari semua tempat di dunia ini”. Demikian beliau berbicara dan bersumpah dengan nama Allah.  

Aku tercengang dan terdiam mendengar penjelasan beliau itu dan aku mencatatkan dengan tepat tarikh dan waktu ketika beliau mengucapkan kata kata itu. Ketika kami tiba di Madinah, benar lah bahawa memang pada malam itu Rasulullah s.a.w telah wafat dan tinggal di tempat yang kekal abadi. Namun begitu saya tidak bertemu dengan Syaidina Abu Bakar As-Siddiq, hanya setelah kewafatan Syaidina Abu Bakar di masa kekhalifahan Syaidina Umar Al-Khattab baru lah saya berangkat ke sana semula dan menemui Khalifah. Bertemu dengan Khalifah dan memberi salam, beliau menatapku dan memuliakanku sebagai tetamu dan kemudian mengumumkan kepada semua para sahabat Rasulullah s.a.w yang berkumpul tentang apa yang saya telah dapatkan dari Kaab Ul-Akhbar. Setelah dikhabarkan, semua orang kehairanan dan menganggap Kaab itu seorang ahli sihir namun Kaab yang turut ada di sana membantah dengan berkata “Tuhan melarang saya melakukan sihir dan tenung, Allahu Akbar” dan dia mengambil dari bawah tempat duduknya sebuah kotak kecil yang menyerupai mutiara putih, dikunci oleh sebuah kunci emas dan diikat dengan ikatan emas juga. 

Dia mematahkan ikatan dan membuka kotak yang mengandungi sepotong kain sutera yang dilipat dengan banyak lipatan. “Apakah kau tahu apa ini? Tanya beliau kepada semua yang hadir. “Kami tidak tahu” jawab mereka. Dia mengatakan, “Dalam dini dibungkus bahagian dari kitab-kita Ilahi yang dipetik dari Taurat dan Injil di mana diterangkan tanda-tanda serta peribadi setiap Nabi yang telah ditetapkan oleh wahyu dari Yang Maha Kuasa”. Maka kami semua berseru, “Oh Abu Ishaq! Semoga Allah s.w.t mengampuni kamu, adakah ianya memberitahu dari awal penciptaan ketika para Nabi diciptakan?”. Dia menjawab dengan mula bercerita: “Sesungguhnya ketika Allah s.w.t bermaksud untuk menciptakan yang paling mulia dari semua anak-anak Adam, Dia telah memerintahkan kepada Jibrail, malaikat yang paling dipercaya untuk membawa jumlah tanah yang mencukupi dari tanah liat dari tempat yang paling murni dan paling mulia di atas muka bumi. Jibrail adalah makhluk yang tertinggi di syurga luhur telah turun ke bumi dan mengambil sejumlah tabah liat dari tempat-tempat yang sekarang merupakan tempat permakaman Nabi s.a.w yang berbau harum kerana tidak ada yang lebih baik lagi di bumi ini melainkan tempat di mana Baginda s.a.w dimaqamkan. 

Allah s.w.t kemudiannya mengambil sedikit dari tanah liat ini dan dicampur dengan air dari Sungai Tasnim yang mengalir di syurga. Ia membentuk sesuatu yang mirip dengan mutiara putih. Selanjutnnya mutiara itu dicelupkan ke dalam semua sungai dan aliran di dalam syuraga dan menjadikan mutiara itu memilikki sifat-sifat luarbiasa sungai dan aliran tersebut. Kemudiannya mutiara ini ditunjukkan kepada semua penghuni tujuh lapisan langit dan bumi dan mendapat pujian serta pengaguman seperti hujan. Kemudian diumumkan kepada semua mereka bahawa zat ini telah mendapat penghormatan tertinggi di hadapan Ilahi dan itulah makhluk yang terbaik yang diciptakan dari bahan terbaik. 

Setelah Adam a.s diciptakan, cahaya telah ditempatkan di dahiny dan satu suara seperti derasnya suara sungai keluar dari dahinya. Adam bertanya kepada Allah s.a.wt, “Ya Tuhanku, segala pujian ke atasMU, suara apakah yang terdapat pada dahiku ini?” Allah s.w.t menjawab, “Itu adalah suara pujian dan pengagungan kepada Muhammad s.a.w. Cahaya itu meletakkan Baginda s.a.w pada kedudukan yang tinggi dan ini akan diteruskan oleh keturunan kamu. Oleh kerana itu, kepada keturunanmu, nikahilah wanita yang suci dan berbudi luhur untuk menjadi isteri mereka dan untuk menahan diri mereka dari kebodohan dan perilaku buruk sehingga sampai waktu bagi pemilik cahaya itu memasukki dunia”. Adam a.s berjanji dan bersumpah akan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh dan dari saat itu cahaya Muhammad s.a.w yang diberkati bersinar terang pada dahinya.

Juga diceritakan bahawa pada saat Adam a.s awal diciptakan, cahaya itu pertama kali ditempatkan di belakang bahu beliau. Kemanapun Adam pergi, malaikat akan berbaris baris mengikutinya dan mengagumi sinar cahaya tersebut. Akhirnya Adam bertanya kepada Allah s.w.t, Ya Allah, mengapakah para malaikat begitu ramai berkumpul di belakang ku, apa kah hikmah sebenarnya?” Allah s.w.t menjawab, “Wahai Adam, kerana Aku telah meletakkan cahaya Muhammad pada belakangmu dan para malaikat ini memberi penghormatan kepada cahaya itu”. Kemudian Adam berkata, “Ya Allah, janganlah Engkau menempatkan cahaya yang diberkati dan dihormati di belakang ku, tetapi letaklah dihadapanku supaya para malaikat tidak selalu berada di belakang ku”. Allah mengabulkan permintaan beliau dan meletakkan cahaya Muhammad s.a.w di dahi Adam a.s.

Sekarang para malaikat selalu pula berdiri menghadap Adam a.s kerana menghormati cahaya yang diberkati tersebut sehingga Adam dapat merasakan keberadaan cinta dan pengabdian para malaikat untuk cahaya ini sampai akhirnya beliau membuat permohonan kepada Allah s.w.t dengan berkata, “Ya Allah, tidakkah aku berhak istimewa sekali untuk melihat cahaya ini yang indahnya dipuja oleh para malaikat tidak henti-hentinya?” Allah mengabulkan doanya dengan meletakkan cahaya terang Muhammad s.a.w pada jari telunjuk tangan kanannya (yang disebut Shahada). Menerima cahaya itu menyebabkan jari telunjuk Adam a.s berdering disebabkan merasa keuntungannya dan Adam serta seluruh para malaikat dapat mendengarnya dan jari itu bernama ‘sajah’. Kesemua mereka kemudiannya memuji cahaya Muhammad s.a.w itu dengan membaca selawat yang paling mulia dan paling sempurna dari semua para Nabi dan tidak hanya para malaikat tetapi semua ciptaan mulai memuji akan cahaya Muhammad s.a.w ini. 

Pada saat Adam dan isterinya Hawa diperintahkan oleh Allah diusir dari tempat tinggal mereka yang diberkati didalam syurga Firdaus, pakaian syurga mereka dilucutkan dari mereka sehingga mereka menyedari telah bertelanjang dan merasa malu. Mereka telah berusaha untuk berlindung di sebalik pohon-pohon tetapi semua pohon-pohon menolak mereka kecuali pohon Ud (gaharu). Allah bertanya kepada pohon ini, mengapa kamu melindungi Adam dan Hawa sedangkan tidak ada pohon-pohon lain yang melakukannnya? Maka dijawab oleh pohon Ud, “Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Kau telah menempatkan cahaya Muhammad s.a.w pada Adam a.s dan Kau telah memerintahkan semua ciptaan memuji cahaya indah ini dengan ketinggiannya. Adam a.s telah datang kepadaku dengan cahaya ini dan memohon untuk berteduh. Untuk kepentingan cahaya suci ini, bagaimana mungkin aku dapat menolaknya. Aku merasa malu untuk menolaknya dan aku terima mereka berteduh”. Allah s.w.t menjawab, “Wahai pohon Ud, kerana kau begitu memuliakan cahaya terang kekasihKu itu, Aku akan menjadikan kau lebih sangat terhormat oleh hamba-hambaKu di kalangan manusia berbanding pohon-pohon yang lain dan Aku akan membuat daun mu menjadi putih, namun begitu kerana kau telah bertindak diluar kebenaranKu maka kau tidak akan dapat mengeluarkan haruman kecuali dengan kau terbakar menjadi abu. 

Menurut riwayat lain ketika Adam dan Hawa dicabut pakaian mereka dan diperintahkan untuk turun ke bumi dan meninggalkan tempat tinggal mereka di syurga, mereka telah menangis kerana menyedari dengan jelas yang mereka akan kehilangan segala-gala keajaiban dan keindahan syurgawi. Segala pohon-pohon disyurga menangis bersama mereka kecuali pohon Ud (gaharu) tersebut. Allah s.w.t bertanya kepada pohon Ud, “Mengapa dari sekelian pohon di Syurga yang menangisi Adam dan Hawa kecuali kau?” Pohon itupun menjawab, “Wahai Tuhanku, mereka dikeluarkan dari syurga adalah atas perintahMu dan kerana menghormati apa yang Engkau perintahkanlah maka aku tidak menangis untuk mereka”. Kemudian Allah s.w.t berfirman, “Kerana kau telah menunjukkan rasa hormati terhadap perintah Ilahi, Aku memutuskan bahawa di bumi ini mereka tidak akan mendapatkan sebarang keuntungan dari keharumanmu sampai mereka membakar kayumu”. Pohon itu kemudian bertanya, “Wahai Tuhanku, Mengapakah Engkau menghendakki aku dibakar?” Allah s.w.t berfirman, “Kerana kau telah tidak menunjukkan belas kasihan terhadap Nabi Ku dan juga kerana keputusan itu dibuat untuk keperluan mereka kelak”. 

Ketika Adam dan Hawa berdiri telanjang, mereka mencari-cari pohon yang mungkin boleh mereka ambil daunnya untuk menutupi ketelanjangan mereka. Semua pohon di sekitar mereka mengangkat dahan-dahan mereka mengelak dari diambil malahan pokok yang berdaun tunggal juga sehingga mereka berputus asa. Mereka pun datang kepada pohon ara. Pohon ini merasa kasihan dan memberi mereka beberapa daun untuk menutupi tubuh mereka tetapi daun yang diambil itu dengan pantas menjadi hitam dan rapuh berkecai menjadi sia-sia. Menyaksikan itu mereka telah menangis dengan tangisan yang lebih keras lagi. Kemudian mereka mendengar panggilan dan mereka memahaminya: “Ketahuilah bahawa siapa saja yang Tuhan telah lucutkan dari pakaian mereka, tidak ada yang memilikki kekuatan untuk berpakaian. Hamba yang ditingglkan oleh Tuhannya tidak akan dapat menerima bantuan dari mana-mana pihak sekalipun”. Setelah kata-kata itu didengar, Adam telah berpaling kepada Tuhannya, sumber Maha Kuasa segala hal dan berdoa kepadaNya untuk memberi mereka kurnia untuk menutup ketelanjangan mereka. Sekali lagi mereka datang kepada pohon ara dan dengan rela memberi mereka beberpa helai daun. 

Adam menggoncang pohon ara dan tiga helai daun jatuh daripada pohon. Dengan daun itu dia menutupi dirinya sendiri. Kemudian beliau menggoncangkan pohon untuk kedua kalinya dan kali ini lima helai daun gugur dan Hawa menggunakan ini untuk menutupi tubuhnya. Sejak saat itu telah menjadi kebiasaan untuk membungkus jenazah manusia untuk dimakamkan menggunakan tiga potong kain bagi lelaki dan lima potong kain bagi wanita. Kemudian Allah berfirman kepada pohon ara, “Seperti yang kau kasihan kepada Adam ketika aku murka kepadanya, aku akan membuatmu sangat rapuh dan hampa dari dalam sehingga tidak seorang pun lelaki yang akan naik pada mu mahupun menggunakan kayu untuk tujuan apa pun dan tidak pula mereka membakar kau sebagai bahan bakar. Daunmu akan Ku buat rapuh dan keras dan tidak ada makhluk hidup di bumi yang akan merasakan kau lazat atau manis”.

Ketika Tuhan semesta alam mengeluarkan perintah IlahiNya supaya Adam turun dari syurga dan menetap di atas bumi, Adam merasakan kesulitan yang sangat banyak. Beliau telah berdoa dengan memanggil nama jiwa-jiwa dari semua Nabi-nabi yang menjadi keturunannya dan akhirnya dia menyerukan kepada jiwa mulia Muhammad s.a.w, penutup para Nabi untuk bersyafaat dengan Tuhan atas namanya dan dia menangis begitu lama sekali. “Apa erti yang tersembunyi dari semua ini? bahawa Tuhan telah menciptakanku dan menempatkan aku di dalam taman Firdaus hanya untuk menghapuskanku sekarang dari tempat tinggal kebahagiaan dan membuat aku hidup di dunia yang lebih rendah… di bumi?”

Allah s.w.t yang Maha Kuasa menjawab ratapannya, “Wahai Adam! Dalam keagunganKu, Aku telah menjadikanmu wakilKu di bumi ini. Sebab pertama kali aku membuat kehidupanmu dalam taman-taman syurga ini dari mula sehingga ke akhirnya supaya semua keturunanmu dapat melihat ke alam kebahagiaan ini bahawa ianya nyata dan benar dan adalah tanah air mereka. Supaya hati mereka dapat berubah ke arah itu dengan penuh kerinduan dan keinginan dan supaya mereka percaya dengan keTunggalanKu dan membenarkan pesanan semua Nabi dan RasulKu, menerima kata-kata mereka dan bekerja untuk perintahKu. Dengan demikian mereka akan mengerahkan diri mereka untuk mendapatkan kembali tanah air mereka di syurga”.

Oleh kerana itu beberapa orang ulama telah menafsirkan perkataan Nabi s.a.w, “Cinta tenah air seseorang adalah bahagian dari iman” sebagai merujuk kepada syurga, rumah asli dari manusia dan pepatah ini adalah tanda kepada rahsia ini. Adam a.s ketika menerima perkataan Tuhannya mengerti akan maksudnya lalu turu dari atas Gunung Sarandib di Sri Lanka sedangkan Hawa datang ke dunia diturunkan di Jeddah. Iblis juga diusir tetapi ramai berbeza pendapat ke tempat mana ianya di turunkan, ada yang mengatakan di Basra, ada yang mengatakan di Nusantara malahan ada yang mengatakan Iblis hinggap tanpa tempat tertentu sama sekali. Ketika Iblis diusir bersama-sama Adam dan Hawa, Iblis telah memasang niat yang sangat jahat, “Aku telah berhasil mengeluarkan Adam dan pasangannya dari syurga ke bumi, sekarang apakah kerosakkan yang dapat aku lakukan kepada dia, siapa kah yang akan bekerjasama dengan ku melawan dia di sana?”

Maka Iblis telah bertemu dengan semua binatang-binatang liar yang hidup di bumi dan mengatakan kepada mereka bahawa kedatangan Alam kelak akan menghasilkan keturunan dan akan memenuhkan dunia ini, mereka akan memburu binatang-binatang liar untuk memusnahkannya. “Celakalah kita” teriak mereka “Apa yang harus kita lakukan?” Iblis menjawab, “Inilah yang seharusnya kamu lakukan, kumpulkan semua binatang-binatang liar di tempat di mana Adam akan diturunkan dan dengan segera setelah dia sampai, seranglah kalian semua dan robek-robeklah tubuhnya. Itu akan mengakhiri hidupnya”. Iblis sangat gembira apabila semua binatang liar akan menghabiskan riwayat Adam sebelum dia sampai ke bumi. 

Ketika Adam menginjakkan kakinya ke tanah, beliau melihat semua binatang liar telah berkumpul di sekelilingnya dan siap untuk menyerangnya. Ketika itu Adam bingung dan tidak tahu harus berbuat apa. Datanglah Malaikat Jibrail kepadanya dan berkata, “Wahai Adam, hulurkan tanganmu dan pukullah kepala anjing itu dan saksikan kuasa Allah s.w.t yang aneh dan menakjubkan”. Adam melakukan seperti yang dinasihati dan tidak lama setelah dia memukul kepala anjing itu, anjing telah bebalik melawan binatang-binatang liar tersebut dan kesemua mereka menjauhkan diri dari Adam a.s. Semenjak itu anjing adalah musuh kepada semua binatang liar pemangsa yang lain dan menyerang mereka di mana saja ada kesempatan. Adam a.s telah menghabiskan tahun pertamanya di bumi dengan menangis terus menerus memohon keampunan dari Yang Maha Kuasa dan menunjukkan rahmatNya. 

Akhirnya beliar berdoa kepada Allah untuk menyatukan kembali dia dengan isterinya Hawa. Doanya kemudian diterima dan telah tertulis bahawa Allah sendiri mengilhamkan kepada Adam untuk doa tersebut yang membuat doanya diterima. Ada dua pendapat tentang ini, pertama daripada Syaidina Ali r.a yang menceritakan bahawa Adam a.s telah berdoa untuk pengampunan dengan doa ini: “La ilaha illa anta, subhanaka Rabi, a'amiltu su'an wa nafsi wa anta zalamtu Arham-ur-Rahimin. (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, Tuhanku, aku telah melakukan salah, aku telah menganiaya diriku sendiri dan Engkau Maha Penyayang dari mereka yang menunjukkan belas kasihan). Rasulullah s.a.w mengatakan bahwa Allah s.w.t akan mengampuni orang yang menyerah diri dengan  kata-kata ini, bahkan jika dosa-dosanya menjadi banyak seperti buih di atas ombak laut, atau butiran pasir gurun sekalipun. Kedua daripada Hasan dari Basrah menceritakan bahwa kata-kata diberikan kepada Adam adalah ayat-ayat Al-Qur’an: “Tuhan, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak  mengampuni kami dan mengasihani kita, kita pasti akan menjadi orang yang sesat”.

Ketika Adam memohon keampunan kepada Allah s.w.t dengan kata-kata ini, Allah s.w.t telah mengampuninya dan diturunkan kepadanya dari syurga sebuah rumah yang telah dibuat di syurga yang disebut Baitul Makmur, rumah syurgawi. Terdapat dua pintunya, salah satunya dibuka di sebelah timur dan yang satu lagi di sebelah barat dan diletakkan di tempat di mana hari ini berdirinya Kaabah di Mekah. Adam a.s diperintahkan melalui wahyu untuk mengelilingi rumah tersebut dan diajarkan ibadah haji dan saie oleh Malaikat Jibrail a.s sendiri. Setelah menyelesaikan tawaf dan saie, beliau dibawa ke Arafah untuk bertemu kembali dengan Hawa. Beliau menghabiskan masa bertahun-tahun mencari Hawa di tempat ini dengan kerana ini tempat pertemuan maka kemudiannya dikenal sebagai ‘Arafat’ yang bererti ‘untuk mengenal’. Kemudian Jibrail a.s bertanya kepada mereka, apa yang mereka harapkan dari Tuhan mereka dan mereka menjawab, “Kami mengharapkan pengampunanNya” dan oleh kerana itu tempat ini disebut kemudian sebagai Muna (berharap, ingin, keinginan). 

Sekarang, setiap kali Adam ingin mendampingi isterinya Hawa, mereka akan melanjutkan dengan memurnikan diri mereka sendiri dan membuat persiapan sehingga cahaya luhur Muhammad s.a.w yang ditempatkan di dalam tubuh Adam berpindah ke tubuh Hawa di dalam tempoh pemurnian ini. Setiap kali Hawa hamil, dia akan melihat suaminya dan ketika dia merasakan terang cahaya Muhammad di dahinya maka dia tahu bahawa ianya belum dipindahkan kepadanya. Hawa hamil 20 kali dan setiap kali ianya melahirkan anak kembar sepasang lelaki dan perempuan. Sampai suatu ketika dia mengandungkan bapa kepada para Nabi iaitu Nabi Seth a.s, dia kemudian melihat cahaya pada dahi Adam telah hilang dari tempatnya dan berpindah kepada dirinya. Ianya disambut dengan gembira. 

Allah s.w.t telah menciptakan Seth a.s sebagai kelahiran tunggal dalam rahimnya sebagai satu penghormatan untuk cahaya Muhammad s.a.w. Ini adalah petanda bagi mereka bahawa pemilik cahaya tersebut akan segera lahir ke dunia dan bahawa meskipun dianya manusia, dianya hampir sempurna. Ketika lahir mereka menaminya Setah dan makna dari nama itu ialah “pemberian Allah”. Ketika Hawa telah melahirkan anaknya Seth, dia menatapnya dan melihat cahaya Muhammad s.a.w bersinar di dahinya. Allah s.w.t juga meletakkan hijab antara Seth a.s dan Iblis sehingga beliau terlindung dan terhindar dari tipu muslihatnya. Para malaikat mengelilingi beliau dan menghormatinya dan dari langit terdengar suara, “Khabar baik kepadamu wahai bumi dan semua penghuninya, bukti dari cahaya Muhammad s.a.w telah bersinar lagi pada Seth a,s dan menerangi langit dan bumi. Cahaya ini akan terus menerus murni sampai saat pemilih yang sebenar muncul di kalangan manusia”. Suara syurgawi ini terdengar setiap hari sehinggalah Seth mencapai usia remaja. 

Adam a.s kemudian memanggil anaknya Seth a.s, menatap dahinya dan berkata kepadanya, “Wahai anakku, Allah s.w.t yang Maha Perkasa dan Maha Mulia telah berjanji kepadaku bahawa cahaya Muhammad s.a.w yang di atas keningmu tidak akan diambil dari dunia dan tidak akan menghilang. Namun kamu harus tahu bahawa hal ini berlaku hanya melalui seorang wanita yang sangat suci dan murni dan kebajikan yang luar biasa”. Setelah itu Adam a.s telah berpaling kepada Tuhannya dan berdoa, “Ya Allah, aku telah menerima janji dari hamba ini bahawa dia akan berhati-hati mewariskan cahaya mulia ini dan aku bersaksi tentang hal ini, inilah kesungguhhnya. Ya Allah, berikanlah saksi untuk sumpah perjanjian ini” Maka dikirimkan Jibrail a.s bersama 70 ribu malaikat yang membawa sepotong sutera putih dan pena dari syurga. 

Mereka memberi hormat kepada Adam dan berbicara kepadanya, “Allah yang Maha Kuasa berpesan bahawa waktunya sudah dekat untuk cahaya Muhammad s.a.w yang tercinta untuk melakukan perjalanan turun temurun dan kerana ini persiapkanlah membuat wasiat kamu untuk anakmu Seth a.s. Biarkan dia bersumpah bahawa dia juga akan mewasiatkan kepada keturunannya dan seterusnya sampai waktunya tiba untuk pemilik sebenar cahaya yang mulia datang ke dalam dirinya sendiri. Para malaikat dari syurga ini akan menjadi saksi sumpah janji khidmat yang kamu lakukan untuk memastikan bahawa cahaya ini dipindahkan dari sati keturunan ke satu keturunan yang lain oleh mereka yang murni dan bersih, yang menahan diri dari segala macam keburukan dan tindakan dosa dan berusaha untuk menjaga garis murni keturunan ini”. Hari ini sumpah ini disaksikan oleh para malaikat dan ditulis di atas sutera putih dari syurga tersebut. 

Jibrail datang membawa kotak dari syurga di mana disimpan uraian para Nabi dan Rasul. Sutera itu diletakkan di dalamnya. Kemudian dua jubah merah di bawa dan Seth a.s berpakaian dengannya. Kemudian beliau dinikahkan dengan seorang wanita bernama Al-Baida Nahwailat yang kecantikkan dan sifatnya mirip ibunya Hawa. Jibrail a.s melakukan upacara nikah dan membacakan khutbah untuk mereka dan dengan demikian mereka telah menjadi suami isteri. Ketika wanita ini hamil dari anak Seth, dia mendengar suara yang menyerunya, “Wahai Nahwaila Al-Baida, khabar baik untukmu, kamu telah mengandungkan penerus cahaya terang yang ada di atas dahi suamimu”. Dia berteriak gembira dan ketika dilahirkan, mereka menamakannya Enush. Anak ini dilindungi dari tipu muslihat Iblis yang terlaknat oleh cahaya yang mulia itu. Ketika anak ini sudah remaja, ayahnya Seth a.s telah berkata kepadanya, “Wahai anakku, ketika kamu bernikah kelak, nikahilah wanita yang murni dan suci kerana kamu adalah penggantiku”. Enush membenarkan kata-kata ayahnya dan dalam waktu pewarisannya, dia memberikan kepercayaan kepada anaknya Kan’aan dan dari Kan’aan kepada anaknya Mahalaleel dan dari Mahalaleel kepada anaknya Yered. 

Yered turun kepada isterinya seorang wanita bernama Barra yang mengadungkan Henokh yang kita kenal sebagai Idris a.s. Yered mewariskan kepada Henokh semua sumpah janji yang tertulis dan beliau menikahi seorang wanita bernama Barukhanan dah beranakkan Methusalah dan beliau ini beranakkan seorang bernama Lamaq. Lamaq adalah sebagai anak yang sangat cerdas, berbakat dan sangat kuat. Dia menikahi isterinya Kaswir dan menjadi ibu dan bapa kepada Nuh a.s dan mewariskan kepada Nuh a.s semua yang dimilikkinya. Nuh a.s menikah dengan Na’ama dan berputerakan Sam dan dia mewariskan kepadanya kepercayaan suci yang datang kepadanya dari zaman Adam. Sam memiliki seorang putra dengan nama Arfaksad dan  Arfaksad berputrakan seorang bernama Shalach. Shalach menikah Marhana dan memiliki seorang putra bernama Abir (dikenali sebagai Hud a.s). Abir menikah dengan seorang wanita bernama Munshaha dan memiliki seorang putra bernama Peleg. Peleg memiliki seorang putra bernama Arghu dan putra Arghu yang bernama Saruq. Anak Saruq adalah Nahor. Nahor memiliki seorang putra dan memanggilnya Terah. Terah menikahi seorang wanita bernama Edna murni dan berputerakan Ibrahim a.s. Ketika Ibrahim a.s lahir ke dunia dua sepanduk cahaya didirikan, satu di timur dan satu di barat. 

Ibrahim a.s meningkat dewasa dan menyedari akan suara yang datang dari tangannya yang memuji cahaya Muhammad s.a.w yang dipegang ditangannya yang diberkati. Dia memohon dengan Yang Maha Kuasa untuk menjelaskan tentang suara ini dan Allah s.w.t menjawab, “Ini adalah suaran terang kekasihku yang tercinta Muhammad s.a.w dan ianya mengucapkan pujian atas Kemuliaan dan KeEsaanKu. Sekarang giliran kamu telah datang untuk mewariskan cahaya ini  yang telah turun kepadamu sejak dari saat Adam a.s. Kamu adalah warisan berikutnya untuk menyebarkannya”. Ibrahim a.s telah memberitahu kepada isterinya Sarah apa yang telah Allah s.w.t beritahu kepada beliau dan untuk waktu yang sangat lama Sarah mengharapkan dialah yang menjadi penerus cahaya tersebut. 

Ketika saat Hagar (Siti Hajar) hambanya mengandungkan pewaris kepada cahaya yang dimaksudkan maka Sarah merasa kecewa dan cemburu kerena kehilangan kehormatan tersebut yang meneruskan waris Ibrahim a.s yang tunggal. Suaminya menghiburkannya dengan berkata, “Jangan lah menyerah kepada kesedihan, Allah s.w.t dengan penuh kasih dan kurnianya tidak membatalkan janjiNya. Ini adalah ketentuan bahawa kau jugak akan diberkati dengan kebahagiaan”. Jadi Sarah bersabar menunngu waktunya dan Allah mengurniakannya dengan anaknya Ishaq. Ketika Ishaq mencapai remaja, Ibrahim a.s memanggil kesemua enam orang anaknya dan mereka berkumpul mengelilingi beliau dan menunjukkan kotak warisan moyangnya Adam a.s. Dia membuka kotak itu untuk mereka dan di dalamnya mereka melihat kotak kecil sebanyak adanya Nabi dan Rasul yang diutus ke dunia ini. 

Setiap dari isi kota terdapat keterangan mengenai sorang Nabi. Kotak yang terakhir mengandungi gambaran dan keterangan tetang penutup para Nabi dan Rasul, Muhammad s.a.w. Baginda ditampilkan dalam kedudukan Qiam (berdiri dalam solat). Di sisi kanannya berdiri Abu Bakar As-Siddiq yang pada dahinya tertulis kata-kata, “Dia adalah orang pertama yang percaya kepadaKu”, di kirinya ada Umar bin Khattab yang didahinya tertulis kata-kata, “Dalam kesalehannya dia takut tidak menyalahkan dan suka menyalahkan”. Di belakangnya berdiri Uthman Al-Affan dan didahinya tertulis, “Kesederhanaan adalah kebajikan”, di depannya berdiri Ali bin Abi Thalib yang tertulis di dahinya kata-kata, “KebajikanNya adalah kemurahan hati dan dalam iman dia adalah saudara dari Nabi Muhammad s.a.w”. Di sekitarnya berdiri bapa-bapa saudara dan para sahabat dan orang-orang tua masyarakat Madinah dan nama mereka tertulis pada rajah wajah mereka. 

Ibrahim a.s menunjukkan pada semua anaknya pohon keluarga dan rantai warisan pada Nabi. Mereka melihat bahawa mulai sekarang, semua Nabi itu harus berasal dari saudara mereka Ishaq dengan satu pengecualian iaitu penutup para Nabi akan lahir dari garis Ismail. Nabi Ibrahim berbicara kepada anaknya Ismail, “Seperti yang kamu tahu, kebanggaan seluruh alam dan penutup para Nabi adalah turun melalui kamu, oleh kerana itu sangat berhati-hatilah untuk diri sendiri dan memerintahkan kepada keturunanmu untuk menikah hanya dengan wanita yang paling murni dan soleh dari semenjak usia kamu sehingga cahaya yang tak tertandingi ini akan datang ke keturunan pamiliknya dan sah sebelum kotor”. 

Nabi Ismail menikahi seorang wanita bernama Ri’lah dan dia mengandung dan melahirkan seorang anak bernama Qaydar. Qaydar tumbuh menjadi pemuda yang kuat dan tampan, yang terbaik antara pelempar tombak dan juga juara penggusti. Ismail merasakan cahaya Muhammad s.a.w pada dahi Qaydar dan beliau mewariskan kotak yang diwarisinya dari ayahnya dan membuat ahli warisnya. Qaydar berfikir adalah lebih baik dia menikah dengan seorang dari suku Ishaq, memilih seorang wanita dari garis tersebut dan dia menikah tidak kurang dari seratus kali. Selama 200 tahun dia tinggal dengan mereka tetapi mereka melahirkan baginya bukan anak tunggal. Suatu hari ketika dia kembali dari perburuan, haiwan-haiwan liar mengelilinginya dan menyapanya dan bercakap dalam bahasa yang berbeza dan fasih. “Wahai Qaydar, kenapa dengan engkau? Engkau sudah berjaya dalam sebahagian besar kehidupan di bumi ini tetapi mengapa sampai sekarang penerus cahaya pada dahi engkau belum juga muncul? Mungkin kah engkau hanya membuang-buang waktu kau? Dan bagaimana dengan sumpah khidmat kau yang kau buat untuk ayahmu”. 

Setelah mendengar kata-kata itu Qaydar merasa gusar dan gelisah dan membelakangkan semua kesenangan duniawi sampai lah dia dapat menyelesaikan masalah ini. Satu saat ketika dia sedang mengembara dalam kebingungan, Allah s.w.t mengutus seorang malaikat untuk berbicara kepadanya dalam bentuk seorang pemuda dan berkata kepadanya, “Wahai Qaydar, dalam waktu yang singkat Allah s.w.t akan menghiasi kau dengan kekuatan baru dan kau akan membawa kepadamu kekuasaan kota-kota besar. Kau juga akan memberikan cahaya suci yang disimpan dalam simpanan kau dengan seorang wanita murni yang bukan dari suku Ishaq namun Allah menuntut pengorbanan darimu sehingga kau mendapat petunjuk tentang wanita yang ditakdirkan untuk kau”. Qaydar kemudian menyembelih 700 ekor kambing biri-biri jantan sebagai korban bagi Tuhan nya dan dari langit turun api seberkas cahaya putih dan membakar korbannya. Terdengar suara dari langit mengatakan, “Wahai Qaydar, pengorbanan yang kau buat telah diterima dan doamu dikabulkan. Kotak yang kau warisi itu ada denganmu dan bimbingan akan datang kepadamu melalui mimpi mu”. 

Pada malam itu Qaydar melihat dalam mimpinya, diberitahu bahawa Nabi yang akan menjadi pewaris cahaya suci akan datang dari suku-suku Arab berdarah tulen dari Saudi. Dia diberitahu untuk pergi kepada suku tersebut dan melamar seorang bernama Fakhira untuk dinikahi dan melaluinya lah tujuan tersebut tercapai. Qaydar terbangun dengan gembira, memuji Allah s.w.t dan bersyukur kepadaNya. Dia mengirim pengintai dan utusan kepada semua kepala suku orang Arab untuk meminta dicarikan wanita tersebut tapi gagal. Akhirnya dia sendiri berangkat dan mencari di antara suku-suku Arab. Dia telah menemui suku Jurhum bin Zuhri bin Amir bin Yaru bin Qahtan dan mendapat tahu bahawa kepala suku ni memang punyai seorang anak perempuan bernama Fakhira dan wanita ini adalah seorang yang mulia dan berbudi luhur. Dia langsung melamarnya dan dinikahkan. Qaydar kembali ke tempat asalnya dengan membawa isteri barunya. Kemudian dia berharap dapat membuka kota yang telah diwarisnya tetapi ada suara melarangnya, “Sesungguhnya hanya tangan para Nabi yang dapat memuka kotak ini, berhentilah jangan sampai merugikan kalian”. Qaydar menahan dirinya. 

Sementara itu isterinya Fakhira telah melahirkan seorang anak lelaki yang dinamkan Hamil. Setelah dewasa, ayahnya berkata kepada Hamil, “Marilah ikut aku dan akan ku tunjukkan tempat-tempat sudi pengibadatan”. Mereka pun berangkat ke rumah suci Baitullah dan ketika mereka sampai ke tempat yang dikenali sebagai Sabil berhampiran dengan Bitullah, mereka bertemu dengan malaikat maut yang menjelma sebagai manusia, “Ke mana kamu akan pergi” beliau bertanya Qaydar. Qaydar menjawab, “kami akan pergi ke rumah suci Tuhan supaya aku boleh menunjukkan tempat-tempat suci kepada anakku dan mengajarkannya beribadat”. Malaikat maut berkata kepadanya, “Datanglah kepadaku, aku perlu untuk memberitahu kau secara peribadi”. Qaydar melangkah ke arahnya dan malaikat itu mengambil jiwanya sebelum bercakap dengan dia.  Hamil melihat ayanya rebah dan bergegas untuk menyerang pembunuhnya tetapi malaikat maut membalas kepada beliau, “Sekurang-kurangnya periksalah apakah dia benar-benar telah mati” dan sementara Hamil membongkok untuk memeriksa ayahnya, malaikat itu lenyap. Ketika Hamil mendongak barulah Hamil sedar bahawa dia telah berbicara dengan malaikat. Pada waktu itu dengan kasih kurnia Allah, beberapa orang dari suku Ishaq telah datang ke tempat itu. 

Mereka membantu menguruskan jenazah Qaydar dan memakamkannya. Hamil kemudiannya kembali ke rumahnya dan melalui kehidupan sehingga dewasa dan menikah dengan seorang wanita bernama Javda yang kemudiannya mengandungkan seorang anak bernama Lais. Lais kemudiannya berputerakan Hamisa dan Hamisa berputerakan Adnan dan ini adalah rantai keturunan Nabi Adam a.s ke Hamisa dan Nabi Muhammad s.a.w. Namun perselisihan pendapat mengenai silsilah ini sentiasa menjadi perdebatan yang tak berpenghujung. Rasulullah s.a.w sentiasa menceritakan garis keturunan sampai kepada Adnan dan tidak pernah menceritakan lebih lanjut dari pohon keturunan sebelum itu. Ibnu Abbas menceritakan bahawa dari Ishaq ke Adnan terdapat tiga puluh generasi tetapi tidak menyebutkan nama-nama mereka. Dia berkata, “Jika Allah s.w.t ingin memberitahu maka Dia akan mengajarkannya tentang mereka melalui Nabi s.a.w” dan tidak ada kesepakatan mengenai rantai silsilah dari Adnan ke Muhammad bin Abdullah. Adnan memilikki seorang putera bernama Ma’add, Ma’add berputerakan Nizar, Nizar menikah Saudah binti Adnan dan berputerkan empat orang bernama Mudar, Rabi, Yaman dan Ayar. 

Beberapa sumber mengatakan bahawa Saudah binti Adnan adalah ibu dari semua keempat-empat orang anak tersebut sementara yang lain mengatakan bahawa dia hanya ibu kepada Mudar sementara saudara-saudara lainnya adalah anak kepada kakaknya Shafiqa binti Adnan. Mudar adalah seorang pemburu yang hebat dan beliau boleh membaca dan membacakan secara tertib dan hormat akan kitab-kitab suci yang diturunkan sejak dari zaman Nabi Adam a.s. Beliau sangat bersungguh dalam tugas menyampaikan cahaya Muhammad s.a.w dan mewariskannya kepada anaknya. Ini tertulis dalam bentuk janji khidmat yang tergantung di atas Kaabah. Anak-anaknya telah menikah dengan perempuan murni dan layak untuk melindungi kesucian cahaya Muhammad. Mudar berbangsa sama dengan Nabi Ibrahim a.s dan cahaya Muhammad s.a.w nampak bersinar cerah sehingga sesiapa pun yang bertemu dengan beliau dapat merasakan kasih  sayang di dalam hati mereka. Beliau juga memilikki suara yang paling indah. 

Ketika Nizar mendekati kematiannya, beliau mengumpulkan anak-anaknya disekelilingnya untuk memberi mereka berkat dan saran terakhirnya. Untuk Mudar dia mewariskan sebuah khemah dari kulit merah dan menetapkan bahawa setiap dari khemah semacam ini harus menjadi miliknya. Selepas itu dia dikenali sebagai Mudar Merah. Nizar juga memilikki kuda kelabu dan ini diberikan kepada Rabi dan menghendakki semua kuda yang sama diberikan kepada Rabi. Oleh kerana itu kemudiannya dia dipanggil Rabi dari kuda-kuda. Nizar memilikki seorang hamba dan diberikan kepada Yaman dan menghendakki bahawa semua seperti dia harus menjadi milik Yaman. Terakhir dia memilikki kasut hitam dan diwariskan kepada anak terakhirnya Ayar dan semua yang mirip seperti itu adalah milik Ayat. Apabila timbul perselisihan tentang harta warisan mereka, dia menyarankan mereka untuk pergi ke Af’a, beliau terkenal sebagai seorang peramal dan penilik yang hebat yang tinggal di Bahrain. 

Dan setelah Nizar meninggal, perbedaan pendapat muncul antara mereka dan mereka berangkat menuju ke Bahrain menaikki unta masing-masing. Dalam perjalanan mereka, mereka telah sampai ke sebuah padang rumput yang telah dimakan. Mudar mengatakan kepada saudara-saudaranya, “Seekor unta telah merumput di sini dan unta itu buta sebelah mata iaitu mata kirinya”. Rabi menambah, “Dan kaki kanannya lumpuh”, Yaman menyambung, “Dan ekornya terpotong”, dan terakhir Ayar menyimpulkan, “Dia telah melarikan diri dari pemiliknya”.  Beberapa lama kemudian mereka bertemu dengan seorang Arab yang sedang menunggang untanya. Mereka bertanya kepadanya, “Siapakah kau?” Dia menjawab, “Aku Uni, aku telah kehilangan unta ku dan sedang mencarinya”, Mudar bertanya, “Barangkali unta itu buta pada mata kirinya?”, kemudian Rabi menambah, “Dan kaki kanannya lumpuh?”, “Memang” kata Uni. Yaman kemudiannya berkata, “Dan ekornya terpotong?”, “Ya itulah dia” jawab Uni. Akhirnya Ayar berkata, “Dan untamu terlepas dari lari daripada mu?” “Ya, yang itu pasti” kata Uni lagi. 

Kemudian mereka berkata kepadanya, “Unta kau telah melalui tempat sekian dan sekian, pergi lah dan temukanlah ia di sana”. Sebaliknya Uni berkata, “Pasti kamu semua telah mencuri unta ku dan membawa pergi, bagaimana kamu semua boleh tahu unta ku dengan begitu tepat sekali?” Mereka semua membantah dan mengatakan bahawa mereka kenal semua itu dari tanda-tanda pengembalaan unta tersebut dan mereka bersumpah kerananya tetapi Uni tak percaya. “Tidak” katanya, “Kamu semua telah memberitahu tentang unta ku dengan begitu terperinci dan tepat sekali, pasti kamu semua mengambilnya dan aku menuntut kembali”. Mereka meyakinkan Uni lagi dan lagi dan berkata, “Kami tak pernah melihat untamu itu”. Kemudian Uni bertanya arah tujuan mereka. “Kami menuju ke Bahrain untuk bertemu seorang peramal bernama Af’a”. Uni kemudiannya memutuskan untuk mengikuti mereka dan mereka berkuda bersama menuju Bahrain. Ketika mereka telah bertemu dengan A’fa, Uni berkata kepadanya, “Wahai Af’a, bantulah aku, keempat pemuda ini telah melarikan unta ku yang telah hilang di padang pasir”. 

Peramal itu kemudiannya beralih kepada saudara berempat itu dan bertanya, “Kamu semua mengaku tidak pernah melihat unta itu, jadi bagaimana kamu semua boleh tahu begitu banyak tentangnya?” Dijawab oleh Mudar, “Saya tahu unta itu buta pada mata kirinya kerana di mana pun dia merumput, yang dimakan hanya rumput sebelah kanan”, ditambah Rabi, “Aku tahu dari jalur geraknya bahawa untuk itu lumpuh kaki kanannya kerana jejak kaki kanannya samar sedangkan jejak kaki kirinya jelas”. Kemudian Yaman berkata, “Aku tahu bahawa ekornya sudah dipotong kerana menjadi kebiasaan unta untuk menyepahkan najisnya dengan  ekor setelah membuang tetapi unta ini tidak melakukannya, kerana itu saya menyimpulkan bahawa ekornya telah dipotong”. Terakhir Ayar berbicara, “Aku melihat unta ini telah merumput ke sana sini dengan senang hati, kerana itu aku menyimpulkan bahawa dia telah melarikan diri dari tuannya”. Af’a mendengarkan kesaksian saudara-saudara itu mengagumi kebijaksanaan mereka. 

Af’a berpaling kepada Uni dan berkata kepadanya, “Pergilah sekarang dan carilah unta mu, kerana saudara-saudara ini telah berkata benar, mereka tidak mencuri untamu” lalu bertanya kepada empat saudara itu, “Siapakah kalian dan mengapa kalian datang kesini? Jawab mereka, “Kami adalah anak Nizar dan kami menghadapi masalah dan berharap tuan sedia membantu”. Af’a mengundang mereka untuk tinggal bersamanya pada malam tersebut sebagai tetamunya dan akan mendengar masalah mereka esok hari. Af’a menghidangkan mereka roti dan anak domba panggang bersama sebuah bekas berisi minuman anggur untuk diminum. Kemudian mereka pun makan tanpa tuan rumah, dia bersembunyi di satu sudut di mana dia dapat mendengarkan perbualan mereka. Dia mendengar Mudar berkata, “Minuman ini sangat baik tetapi buah anggur ini tumbuh di tanah perkuburan.” Saudaranya Rabi menambah, “Anak domba ini dipanggang dengan baik tetapi domba ini telah diberi susu anjing”. Kemudian Yaman berkata, “Ini adalah roti yang sangat baik tetapi adunan nya diramas oleh seorang wanita yang dalam haid”. Terakhir Ayar juga berbicara, “Tuan rumah ini adalah seorang yang baik meskipun dia adalah seorang anak luar nikah”. 

Mendengar kata-kata mereka, Af’a keluar dari rumahnya untuk mencari kebenaran kata-kata mereka. Dia bertanya kepada pemuda yang membawa anggur, di mana anggur itu ditanam. Pemuda itu berkata, “Sudah tidak ada anggur lain lagi jadi aku membawa anggur yang tumbuh di kuburan ayahmu”. Kemudian dia pergi ke gembala domba dan bertanya tentang anak domba tersebut. Pemuda itu berkata, “Itu anak domba yang kematian ibu dan tiada domba betina lainnya di kawasan menyusu, jadi saya memberikannya kepada seekor anjing yang menerimanya dan menyusui anak domba itu. Ketika anda mahu membeli, hanya itu anak domba yang tinggal”. Kemudian Af’a menuju ke dapur dan bertanya kepada hamba perempuan yang meramas adunan roti hari itu dan hamba itu mengakui bahawa dia sedang haid. Akhirnya dia menemui ibunya dan bertanya, apa kah benar bahawa dia ini anak luar nikah? Jawab ibunya, “Ayahmu adalah gabenor daerah ini dan dia adalah seorang yang sangat kaya serta berkuasa tapi dia tak mampu memilikki anak untuk mewarisinya. Aku bimbang setelah kematiannya nanti mereka akan melantik gabenor baru dan semua kekayaannya akan hilang. Oleh kerana itu suatu malam seorang pengembara telah datang ke rumah kami dan aku menghabiskan malam bersamanya dan aku telah hamil daripadanya, begitu lah bagaimana aku hamil wahai anakku”. 

Af’a kemudian menemui seorang teman yang paling dipercayainya dan menceritakan tentang semua kisah yang baru diketahuinya. Dia meminta kepada temannya untuk menemui tetamunya dan tanya kan bagaimana kah mereka tahu tetang semua hal-hal yang tersembunyi tersebut. Temannya itu menemui saudara berempat tersebut dan bertanya kepada mereka tetapi saudara berempat itu tahu bahawa dia adalah utusan Af’a. Meskipun begitu mereka tetap menjawab pertanyaannya. Mudar berkata, “Biasanya ketika seseorang minum anggur, segala hal-hal yang berat difikiran akan hilang tetapi minuman yang dihidangkan telah menyebabkan fikiran saya semakin berat dan gagal menghilangkan rasa dahaga. Dari situ saya tahu bahawa anggur ini telah tumbuh di atas sebuah kuburan”. Kemudian Rabi menjawab, “Lemak domba ditemukan dibahagian atas daging yang dibakar sedangkan lemak anjing ditemukan dibahagian bawah daging, kemudian di bawahnya ada lemak domba semula. Jadi saya tau dia telah diberikan susu anjing”. Lalu Yaman berbicara, “Bila anda mencelupkan roti ke dalam kuahnya, kuah itu akan membasahkan roti tersebut tetapi ini tidak berlaku jadi saya tahu bahawa yang meramas adunan roti ini sedang dalam haid pada masa itu”. Terakhir Ayar mengatakan, “Saya tahu bahawa tuan rumah ini adalah seorang yang baik tetapi anak luar nikah kerana anak yang lahir sah akan duduk dan makan bersama dengan tetamunya tapi beliau tidak melakukannya dan akan menemui kami bukan untuk makan bersama, kerana itu aku tahu dia bukanlah anak yang lahir secara sah”. 

Af’a yang turut mendengar penjelasan mereka merasa hairan terhadap tajamnya kecerdasan dan kebijaksanaan mereka. Dia keluar mendapatkan mereka dan menyatakan kekagumannya. Saudara berempat itu berkata, “Apakah tuan sudah sedia mendengarkan masalah kami sekarang dan bersedia membantu kami?” Af’a menjawab, “Bagaimanakah mungkin saya boleh membantu orang-orang seperti kalian semua yang memiliki kebijaksanaan yang sedemikian hebat? Apakah tidak mungkin kalian sendiri memecahkan kebuntuan tersebut?” Kemudian mereka berkata, “Setelah kematian ayah kami, beliau menghendakki bahawa kamu harus pergi kepada tuan sehingga tuan boleh membantu kami mengagihkan dengan adil apa yang telah kami warisi dari ayan kami”. Af’a kemudian berkata, “Apakah yang telah ditinggalkan oleh ayah kalian?” “Untuk salah seorang dari kami, beliau telah meninggalkan khemah kulit berwarna merah dan yang lain kuda berwarna kelabu, yang lain hamba dan yang terakhir ialah katil berwarna hitam”. Kemudian Af’a berkata, “Waris ini adalah kiasan tetapi jelas bagi ku, sebanyak mana adanya emas merah, diwariskan kepada Mudar. Semua kuda, sapi, unta dan domba diwariskan kepada Rabi. Untuk Yaman diwariskan semua kain perak dan barang-barang perhiasan yang mahal dan untuk Ayar diwariskan seluruh kebun anggur dan ladang”. Mereka semua menerima keputusan ini dengan senang hati menurut bahagian masing-masing. Ibnu Abbad menceritakan bahawa Nabi s.a.w berkata kepada para sahabatnya, “Jangan melawan Mudar dan Rabi kerana mereka menjadi muslim”.

Menyusul peristiwa ini, Mudar kemudiannya menikah dengan seorang wanita bernama Karima yang lebih dikenali sebagai Ummu Habib dan dengannya dia memilikki seorang putera bernama Iliyas. Seperti bapanya, Iliyas adalah seorang yang memegang tauhid. Dalam kitab Muntaqa memberitakan tentang hal suara dengung lebah yang sering terdengar ketika Iliyas melewati sesiapa pun dan ini adalah suara daripada cahaya Muhammad s.a.w yang membaca Talbiyah (Labbaik Allahumma Labbaik). Iliyas menikahi seorang wanita bernama Fatha dan berputerakan Mudrika. Mudrika menikahi Quz’a dan berputerakan Khuzayma. Khuzayma bermimpi menikahi Barra binti Adwin yang juga disebut Tabiha. Apabila beliau terbangun, beliau terus mencari wanita ini dan menikahinya dan berputerakan Kanan. Kanan pula menikahi seorang wanita bernama Rayhana dan berputerakan Nadhir. 

Nadhir kemudiannya dikenali sebagai Quraisy disebabkan mimpi ayahnya Kanan. Di dalam mimpi itu dia melihat sebuah pohon yang tumbuh di punggungnya. Pohon itu memilikki banyak cabang serta dedaunan yang hijau banyak melimpah. Pohon itu tumbuh tinggi dan menyebar ke langit. Tiba-tiba seorang lelaki berwajah pucat muncul dan memeluk cabang-cabang pohon tersebut. Ketika Kanan terbangun dari mimpi itu, dia langsung berjumpa dengan seorang pentafsir mimpi dan menceritakan mimpi tersebut. Pentafsir mimpi itu berkata, “Jika mimpi kamu itu adalah gambaran yang benar bererti kamu ditakdirkan untuk menjadi leluhur dari Nabi besar terakhir. Manusia dari seluruh dunia akan tunduk kepadanya, menghormati dan memuliakannya dan mengikuti agamanya”. Apabila kaumnya mendengarkan tentang mimpi Kanan tersebut, masing-masing terkejut dan mengatakan, “Lihatlah Kanan ini, dia hanya ingin menaikkan kepentingan anaknya Nadhir di antara kita sedangkan dia hanya seorang Quraisy”. 

Istilah “Quraisy” bermaksud ikan laut kecil yang mengejar dan memakan makhluk dan ikan lain yang lebih besar. Nadhir anak Kanan menepati julukan tersebut, beliau menunjukkan kekuatannya dalam mengatasi segala masalah. Nadhir yang kemudiannya disebut Quraisy telah menikah dengan Petunjuk binti Adwan dab berputerakan Malik. Malik menikahi Jedlaka binti Ghalib dan berputerakan Fihr. Fihr menikahi Selma binti Said dan berputerakan Ghalib. Ghalib menikahi Wahshia binti Madih dan berputerakan Luay. Luay menikahi Selma binti Harits dan berputerakan Kaab. Kaab menikahi puteri Shadwan dan berputerakan Murrah. Murrah menikahi Nu’ma binti Saad dan berputerakan Kilab. Kilab menikahi Fathimah binti Saad dan berputerakan Qushay. Qushay menikahi Atiqa binti Murrah dan berputerakan Hasyim. 

Inilah Hasyimnya yang merupakan leluhur kepada Nabi akhir zaman yang telah terkenal di kalangan orang Arab waktu itu dengan kekayaan dan kekuasaannya. Semua suku ingin dihubungkan melalui perkahwinan  dengan suku yang berdarah tulen dan kuat. Hasyim banyak ditawarkan dengan ramai perempuan untuk dinikahi bahkah Kaisar Byzantine iaitu Konstantinus telah mengirimkan utusan kepada Hasyim dan mengatakan, “Saya memilikki satu anak perempuan yang sangat aku kasihi yang dikurniakan dengan keindahan yang tidak tertandingi di antara para wanita di zaman ini. Aku akan memberi tangan puteri ku ini dalam pernikahan, jika dia datang kepadaku maka kemungkinan besar dia telah mengetahui nya di dalam Injil bahawa Nabi akhir zaman, Muhammad s.a.w akan dilahirkan dari suku Hisyam bin Abdul Manaf.

Untuk mendapatkan kehormatan yang berhubung dengan Nabi akhri zaman itu lah maka Kaisar telah ingin menikahkan anak perempuannya dengan kepala suku itu dan dia telah mengirimkan utusan dengan hadiah serta pujukan dan janji yang banyak. Tapi Hasyim sedar akan janji khidmat leluhurnya untuk hanya menikahi wanita yang murni dan bersih dan kerana itu dia tidak tergoda atau terpengaruh oleh lamaran Kaisar. Dia menolak tapi dia tertanya-tanya, bagaimana untuk memenuhi janjinya dan dengan siapa dia harus menikah. Sementara dia dalam kebingungan maka diperlihatkan di dalam mimpinya iaitu Puteri Umrah bernama Selma bin Zaid dari suku Jurshum. Di dalam mimpi itu dia diperintahkan untuk melamar dan menikahinya. 

Dia segera bertindak dan melangsungkan pernikahan. Selma ini adalah seorang gadis yang mirip dengan Khadijah Al-Kubra iaitu dia memilikki kekayaan dan martabat, kefasihan berbicara dan berbudaya tinggi. Dia menikahi Hasyim dan berputerakan Shayba yang kemudiannya dipanggil Abdul Mutthalib. Abdul Mutthalib mempunyai keperibadian dan karisma yang besar. Matanya ‘mukahhal’ sejak lahir bermaksud berbingkai gelap. Setelah meningkat dewasa, ayahnya Hasyim telah menikahkannya dengan Wasifa binti Jundub dari suku Sa’sa. Abdul Mutthalib memilikki seorang putera bernama Harits (kerana itu Abdul Mutthalib juga dikenali sebagai Abu Harits). 

Ketika usianya 25 tahun, ayahnya Hasyim jatuh sakit dan memanggil anaknya. “Kumpulkan semua kepala suku dari suku Nadhir”, perintah beliau kepada anaknya. Kepala suku Nadhir termasuk Abdu Syams, Bani Mahzum, Bani Luay, Bani Fahri dan Bali Ghalib. Abdul Mutthalib melakukan seperti perintah ayahnya dan ketika kesemuanya berkumpul, Hasyim lalu berucap kepada mereka, “Wahai kamu semua kepala suku Quraisy! Kamu adalah keturunan dari Nabi Allah Ismail dan Allah s.w.t telah memilih kamu semua menjadi penjaga kepada tempat-tempat suci Masjidil Haram di Mekah ini. Aku adalah pemimpin kamu dan di saat ini dengarkanlah wasiat dariku. Kesemua jabatan kehormatku ini aku wariskan kepada anakku Abdul Mutthalib, bendera Ismail, pembahagian air kepada penziarah, kunci rumah suci dan Kaabah. Kamu semua harus menerima keputusanku dan berjanjilah untuk mematuhinya”. “Kami dengar dan kami mematuhinya” jawab semua kepala suku tersebut. 

Lalu Hasyim pun wafat dan Abdul Mutthalib pun mengambil tempat beliau sebagai penguasa dan kepala di Mekah dan ini meninggikan lagi keperibadian, pangkat dan keunggulan beliau. Raja-raja dari jauh dan dekat mengirimkan penghormatan disertai hadiah kepada beliau kecuali Khosroe Hormuz. Pada suatu ketika hujan telah tidak turun di tanah Quraisy untuk beberapa tahun. Abdul Mutthalib telah memanggil rakyatnya untuk berdoa di Gunung Yasira supaya hujan turun dan Allah dengan limpah kurnia dan rahmatNya yang tidak terbatas telah mengirimkan hujan di atas tanah yang suci demi cahaya keberkatan Muhammad s.a.w yang hadir di tubuh Abdul Mutthalib. Pada tahun tersebut mereka menghasilkan buah yang melimpah ruah dan kerana cahaya Muhammad s.a.w yang ada dengan Abdul Mutthalib setiap saat maka dia sangat dicintai dan dihormati oleh semua orang dan setiap orang berlumba-lumba meletakkan kehormatan kepada beliau dan merasakan nikmatnya. 

Pada satu malam Abdul Mutthalib telah bermimpi melihat salah seorang dari putera Nabi Ismail telah menyembunyikan dua rusa dalam bentuk ornamen di dalam sumur Zamzam yang terbuat dari emas merah serta seratus pedang dari zaman Nabi Allah Sulaiman dan seratus baju mail dari zaman Nabi Daud dan beliau mendapat perintah untuk membawa kesemua barang-barang tersebut keluar dari sumur Zamzam. Ketika hal tersebut diceritakan kepada kaum Quraisy, mereka telah menolak kehendak beliau itu dan merasa tidak senang untuk membantu beliau. Ketika itu Abdul Mutthalib hanya mempunyai seorang putera iaitu Harits. Beliau tidak berdaya untuk melawan keputusan kaum Quraisy tersebut. 

Disebabkan itu, beliau telah pergi ke rumah suci Kaabah dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah s.w.t dan memohon dengan keberkatan cahaya Muhammad s.a.w yang ada pada dahinya. Beliau telah memohon dianugerahkan sepuluh orang putera dan kesemuanya hidup dan beliau dapat melihat mereka membesar dewasa dan mereka harus taat setia kepadanya dan bersedia untuk menggali zumur tua Zamzam meskipun ditentang oleh orang-orang Quraisy. Dan lagi mereka jauh lebih berhasil dalam tugas menggali sumur tersebut tanpa kehilangan setitis pun air suci tersebut dan mengeluarkan benda-benda yang dilihatnya dalam mimpinya. Beliau juga bersumpah akan mengorbankan seorang puteranya di ambang Kaabah atas nama Tuhan Yang Maha Esa. 

Abdul Mutthalib kemudian menikahi Hala binti Wahhab binti Abdul Manaf dan melahirkan Hamzah. Setelah itu beliau menikahi Lubba binti Hajari dan menjadi ayah kepada Abu Lahab. Ibunya Abu Lahab meninggal dunia dan Abdul Mutthalib menikahi Atila binti Hubaba dan melahirkan Abbas dan dua orang saudaranya. Ibnu Abbas menceritakan, pada suatu hari, ayahnya Abdul Mutthalib sedang berbaring tidur di kamarnya. Secara tiba-tiba dalam keadaan mengigil dan gementar, Abdul Mutthalib terbangun dan dengan terburu-buru mengikat tali seluarnya di pinggangnya dan bergegas keluar dari rumahnya. Ibnu Abbas bertanya-tanya kemana tujuan bapanya begitu terburu-buru sambil mengikutinya dari belakang. Dia melihat bapanya menuju ke rumah seorang peramal yang bijak dalam mentafsirkan mimpi. 

Peramal itu melihat Abdul Mutthalib dalam keadaan ketakutan yang amat sangat dan bertanya apa yang telah dilihatnya dalam mimpi. Abdul Mutthalib kemudian menceritakan tentang mimpinya. “Aku melihat rantai putih yang besar bengkit dari belakang ku, yang kemudiannya terpecah menjadi empat cabang, memanjang ke barat, ke timur, naik ke langit dan masuk ke dalam tanah. Sementara aku melihat perkara ini, aku melihatnya berubah menjadi pohon hijau yang sangat besar dengan keindahan yang luar biasa dan penuh keajaiban yang belum pernah terlihat sebelum ini. Segala macam buah-buahan yang ada di dunia ini tumbuh pada dahan pokok tersebut. Aku melihat segala bangsa di dunia sujud kepadanya. 

Dari waktu ke waktu, cahayanya semakin kuat. Di antara orang-orang tersebut, aku melihat juga ada satu kelompok dari suku Quraisy yang berpegang pada cabang pohon itu sementara kelompok suku yang lain berkumpul di sekeliling mencuba untuk menebang pohon yang indah itu. Seorang yang sangat indah yang belum pernah terlihat keindahannya melebihi sesiapa pun, melangkah maju untuk mencegah mereka. Aku lantas menghulurkan tangan ku untuk mendapatkan sedikit pegangan dari cahaya beliau tapi beliau menjawab bahawa aku termasuk dalam golongan mereka yang berpegangan pada cabang pohon itu. Lalu aku hanya berdiri menatap keindahan orang tersebut dan saat itu aku melihat dua sosok manusia yang hebat dan terhormat ada di kaki pohon. Mereka juga sedang bersinar dengan keindahan batin. Aku bertanya, siapa kah mereka dan salah seorangnya menjawab, “Aku lah Nuh a.s”, dan yang seorang lagi berkata, “Aku lah Ibrahim a.s”.

Setelah selesai menceritakan mimpinya, aku (Ibnu Abbas) melihat wajah peramal itu menjadi pucat. Dia berkata, “Jika mimpimu itu benar, bererti bahawa Nabi akhir zaman akan datang ke dunia melalui anda”. Seluruh dunia timur dan barat, bumi dan langit akan bersaksi akan kenabiannya dan menerimanya untuk menjadi sebahagian dari bangsa mereka. Dia akan naik ke langit samasa hidupnya (Mikraj) dan pada akhirnya dia akan masuk ke dalam dunia lain dan tubuhnya akan tetap dikuburkan. Satu bahagian dari suku Quraisy akan menerima kenabiannya sementara yang lain tidak dan mereka akan kalah. Orang yang bercahaya yang anda lihat adalah agama Islam dan dengan demikian mereka akan hancur dan kalah. 

Nabi Nuh yang berdiri di kaki pohon membawa maksud mereka yang menentang nabi yang akan datang ini akan tenggelam dalam banjir cubaan dan penderitaan seperti juga umat Nabi Nuh. Nabi Ibrahim pula membawa maksud mereka yang mengikuti nabi yang akan datang ini akan tetap diakui oleh milik bangsa Khalil Ibrahim dan akan mencapai segala keinginan mereka yang terdalam sekalipun. Nabi ini akan membawa bersamanya sebuah hukum yang selamat dari sebarang tokok tambah atau perubahan di kemudian hari dan pada hari terakhir nanti ia akan menjadi bukti yang tidak terbantahkan. Hukum ini dan bangsa ini akan kekal sehingga hari kiamat datang. Sesungguhnya agama ini benar dan ringan serta mudah untuk menanggungnya”. Begitu lah peramal itu menafsirkan mimpi ayahku. 

Setelah itu Abdul Mutthalib telah menikah dengan Fathimah binti Umri bin Aizz dan berputerakan Abdullah yang ditakdirkan menjadi ayah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Abdullah adalah anak bongsu kepada Abdul Mutthalib. Pada ilmuan dari golongan kafir yahudi di Syam telah tahu bahawa ayah kepada Nabi terakhir telah lahir kerana mereka memilikki jubah Nabi Yahya yang diberkati di mana dia menjadi martir (suci dan keramat) dan darah di atasnya telah kering. Selanjutnya dalam tulisan suci mereka, mereka telah menemukan ramalan yang mengatakan bahawa sekiranya darah itu mengalir semula, itu menjadi tanda bahawa ayah dari Nabi terakhir telah lahir. Setiap pagi mereka memeriksa jubah ini untuk mencari jejak tersebut. 

Pada malam Abdullah (ayah Nabi Muhammad) dilahirkan di Mekah, darah pada jubah tersebut kembali menjadi segar dan mulai mengalir semula seolah-olah ianya baru ditumpahkan hanya pada malam itu. Maka mereka tahu bahawa tanda kelahiran tersebut telah berlaku. Mereka telah bermesyuarat satu sama lain meminta nasihat kerana mereka melihat hal ini sebagai ancaman terhadap diri mereka sendiri. Merekan berkata, “Jika kita tidak membebaskan diri daripada yang satu ini semasa dia masih lagi kanak-kanak maka dia akan tumbuh membesar menjadi ayah dari nabi kepada bangsa Arab. Dia kemudiannya akan pergi dan membalas darah Yahya daripada kita”. Mereka berbincang cara dan saranan untuk membunuh Abdullah ketika beliau masih lagi seorang kanak-kanak. Akhirnya mereka bersetuju dengan datu rencana. Dengan alasan rombongan perdagangan, orang-orang kafir yahudi ini akan pergi ke Mekah dan terus mencari dan meneliti kanak-kanak ini sehingga kesempatan yang baik muncul. 

Tujuh puluh dari mereka yang paling kuat dan berani telah berangkat dengan masing-masing bersenjatakan pedang beracun dan bergerak menuju Mekah. Setelah mendirikan perkhemahan, mereka pun bersiap sedia siang dan malam mencari kesempatan untuk membunuh Abdullah. Namun rancangan Allah Yang Maha Kuasa dan Bijaksana lebih tinggi dari itu. Abdullah terlepas dari bahaya tersebut dan keindahan dan kebajikan cahaya Muhammad s.a.w semakin kuat dan mantap setiap harinya. Inilah fakta yang banyak dibahas bahawa dia menjadi ayah dari nabi akhir zaman. 

Sekarang Abdul Mutthalib memilikki sepuluh orang anak termasuk Abdullah. Ketika mereka semua telah tumbuh dewasa, mereka telah berdiri disekeliling ayah mereka yang mewakili satu kaum yang berpengaruh. Abdul Mutthalib sekarang memilikki keunggulan dan sokongan dari seluruh suku Arab dan kaum Quraisy tidak mampu menentangnya tanpa bantuan. Dengan ini maka Abdul Mutthalib telah melaksanakan mimpi beliau yang menyuruhnya menggali benda berharga yang disembunyikan sekian lama di dalam sumur zamzam. Beliau dan putera-puteranya mulai kerja-kerja penggalian dan akhirnya menemukan kesemua barangan yang diberitahu di dalam mimpinya lama dahulu. Pedang besi telah mereka leburkan dan dibuat sepasang pintu untuk Kaabah. Patung kijang yang diperbuat dari emas juga telah dilebur dan dibuat hiasan di atas pintu-pintu tersebut. Oleh kerana itu, orang pertama yang menggunakan emas di pintu Kaabah adalah Abdul Mutthalib, datuk kepada Nabi s.a.w.

Ketika ini Abdul Mutthalib juga sedar bahawa dia telah bersumpah kepada Allah untuk mengorbankan salah seorang dari sepuluh anaknya dan dia harus dapat menyelesaikan tugasnya. Untuk perkara tersebut, Abdul Mutthalib telah melakukan undian untuk menentukan siapakah diantara sepuluh puteranya itu yang akan dikorbankan dan setelah tiga kali melakukan undian dilakukan, tetap terkena kepada Abdullah. Jadi oleh kerana itu maka diputuskan bahawa Abdullah harus dikorbankan sebagai memenuhi sumpahan ayahnya itu. Ibu dari Abu Thalib adalah dari suku Bani Mahzum. Dia telah pergi kepada paman nya untuk memberitahu mereka akan maksud Abdul Mutthalib. Mereka telah bermesyuarat akan tindakan yang harus dilakukan. Kemudian mereka telah meletakkan Abdullah di sisi mereka dan mengusulkan kepada Abdul Mutthalib, “Kau sekarang adalah kepala suku Quraisy dan sekiranya kau meneruskan apa yang kau ingin lakukan ini, kami bimbang hal ini akan selamanya menjadi kebiasaan kepada kaum Quraisy. Adalah bukan hal yang baik untuk mengorbankan anakmu sendiri untuk memenuhkan sumpah kau. Kami mohon wahai Abdul Mutthalib supaya kau tidak melakukannya”. 

Abdul Mutthalin berfikir berat tentang bantahan mereka, maka dia bertanya, “Apakah saranan kamu semua sebagai menggantikan hal ini?” Mereka menjawab, “Di Khaybar sana ada seorang yang sangat bijaksana, pergilah kau kepadanya dan bertanyakan apa yang harus kau lakukan”. Maka Abdul Mutthalib telah bertemu dengan dukun yang sangat bijaksana di Khaybar bernama Saja lalu menyatakan akan masalahnya. Saja menasihatinya, “Berikan sepuluh ekor unta dan undilah sepuluh ekor unta tu bersama anak mu Abdullah. Jika undian masih jatuh kepada Abdullah, tambahkan jumlah unta tersebut dan lakukan undian lagi. Jika tetap memilih Abdullah maka tambah lah unta itu lagi dan lakukan terus begitu sehinggalah undian itu jatuh kepada unta. Jumlah unta tersebutlah menjadi tebusan bagi puteramu Abdullah. Kau harus menyembelihnya sebagai pengganti”. 

Abdul Mutthalib sangat gembira mendengarkan kata-kata ini dan dia kembali ke Mekah dan melakukan seperti yang disuruh oleh Saja yang bijaksana tersebut. Dia mengambil sepuluh unta dan undian jatuh kepada Abdullah. Dia meningkatkan lagi jumlah unta sehinggalah jumlah nya menjadi seratus ekor dan undian barulah jatuh kepada unta dan Abdullah terhindar. Mungkin saja sebab ini di dalam Islam hukum hutang darah atas pembunuhanhendaklah dibayar tebusannya setara dengan seratus ekor unta. Kata Nabi s.a.w, “Ana bin Zabihayn” (Aku adalah anak dari dua pengorbanan) mengacu daripada peristiwa ini. Pengorbanan pertama ialah milik leluhurnya Nabi Ismail a.s dan yang kedua adalah ayahnya Abdullah. 

Masa berlalu dan Abdullah melalui pengalaman dan melihat hal-hal yang aneh dengan begitu banyak sekali. Suatu hari dia berkata kepada bapanya Abdul Mutthalib, “Aku datang ke tempat tertentu di Mekah di mana aku melihat cahaya keluar dari belakang ku, terpecah menjadi dua cabang, satu pergi ke barat dan satu ke timur dan cahaya ini tersebar ke seluruh dunia namun dalam waktu kurang dari satu saat, ia kembali dan mengelilingi diriku dalam bentuk bola dan melayang di atas kepalaku. 

Aku melihat gerbang syurga terbuka dengan terang benderang dan cahaya ini keluar dan turun kembali ke punggungku. Ketika setiap kali aku duduk pun aku mendengar suara yang datang dari atas tanah mengatakan kepadaku, “Salam damai bagi kamu… cahaya Muhammad s.a.w berada dengan kamu dan dalam perawatan mu”. Setiap kali aku duduk di bawah pohon ara yang telah kering dan tandus, ia akan kembali hidup dan keluar mata air dari bawahnya, dedaunan kembali tumbuh sehingga menaungiku dan ketika aku bangun dan pergi, pohon itu kembali mati dan lenyap”.

Semua hal ini diceritakan Abdullah kepada ayahnya berlaku ketika dia masih kanak-kanak lagi. Abdul Mutthalib mengatakan kepada anaknya, “Jika apa yang kau lihat itu benar, itu menegaskan mimpi yang telah aku alami dan telah ditafsirkan sesuai dengan kamu yang memang merupakan anak yang dijanjikan dan diberkati dan bahawa melaluimu kelak akan melahirkan Nabi akhir zaman kerana semua kejadian yang aneh dan indah disekitarmu itu adalah berkisar dengan kuat dan besar akan hubungannya melalui pernikahan bagi keluarga ini. Ramai sekali wanita ditawarkan kepada Abdullah tetapi ayahnya Abdul Mutthalib berkata, “Gadis yang dinikahinya haruslah dari suku Quraisy” dan menolak semua usulan-usulan (lamaran) lain. 

Abdullah mencapai usia 25 tahun dan berada dipuncak hidupnya. Seorang pemuda gagah yang sangat tampan dan cahaya Muhammad s.a.w bersinar di atas keningnya. Ramai sekali yang melihatnya menjadi tergila-gila dengan dia, mencuba menggodanya untuk melakukan perkara terlarang tetapi setiap kali akan berlaku, malaikat akan menunjukkan dirinya dalam bentuk yang menakutkan dan mengusir mereka pergi dan ini mencegahnya dari melakukan perbuatan yang melanggar hukum dengan rahmat Allah s.w.t. Abdullah juga tidak pernah pergi ke rumah berhala atau menyembah berhala yang telah disimpan di Kaabah. Setiap kali dia berfikir untuk melakukannya, berhala-berhala itu akan berseru dengan suara mereka sendiri, “Wahai Abdullah! Jangan kau dekati kami, cahaya kebanggan semesta alam ada di dalam diri kamu, itu adalah cahaya Nabi akhir zaman dan melaluinya lah penyembahan kepada kami ini akan dihapuskan dan kami dan semua jemaah kami akan dihancurkan”.

Abdul Mutthalib menghimpunkan dewan keluarga dan memanggil mereka semua untuk bermesyuarat, “Anakku Abdullah kini telah mencapai usia yang harus dia menikah. Sudah banyak sekali usulan dari kalian tetapi aku ingin membahas sebarang pertanyaan dari kalian. Apakah ada anak perempuan dari suku Quraisy yang sesuai untuk anakku?” Jawab mereka, “Di Yathrib tinggal seorang hakim bernama Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhra yang puterinya bernama Aminah yang sesuai menjadi pengantin untuk anakmu Abdullah. Perempuan itu adalah lambang kecantikkan dan kerendahan hati serta didikan yang baik yang berlainan dari gadis-gadis sezaman dengannya. Selain dari itu para bijak pandai ketika ini berkeras bahawa kedua ayah dan ibu dari Nabi akhir zaman mestilah diturunkan dari leluhur mereka bernama Abdul Manaf. Dari keduanya yang berketurunan Abdul Manaf maka syarat itu telah terpenuhkan”. 

Dewan keluarga yang bermesyuarat itu bersetuju sepenuh hati dan Abdul Mutthalib berkata kepada mereka, “Kata-kata kalian sangat berbunyi baik dan benar sekali. Gadis yang diusulkan oleh kalian itu sangat sesuai dalam segala hal. Namun begitu ayahnya belum memberikannya kepada sesiapa lagi meskipun dia terkenal di kalan suku-suku mana pun sekalipun orang tersebut begitu unggul dan berkebajikan. Orang-orang besar dari semua gambaran, orang-orang kaya luar biasa dan berkuasa telah melamarnya namun ayahnya tidak menerima lamaran mereka. “Kami belum bersedia untuk menikahkan hadiah berharga keluarga kami dan sekiranya kami telah bersedia, dari golongan miskin pun kami akan terima”. Dengan demikian keluarga Abdul Mutthalib merasa khuatir dan ragu-ragu untuk melamar Aminah dan mereka telah mengadakan mesyuarat untuk mendapatkan pandangan dan nasihat. 

Tapi kehendak Allah yang Maha Pencipta segala sebab telah memasukkan gambaran kepada peramal-peramal dan ahli-ahli sihir di Yathrib tentang matahari dan kemolekkan serta keajaiban akan Abdullah yang akan menjadi ayah kepada Nabi akhir zaman dan hal tersebut telah sampai ke telinga Wahab, ayah Aminah. Dia telah menerima berita ramalan itu dengan gembiranya dan penuh kasih sayang yang bergelombang. Dia berkeinginan besar untuk menikahkan puterinya Aminah dengan Abdullah dan ingin mengirimkan pesanan tersebut ke Mekah. Pada mulanya dia ingin menghantarkan wakil ke sana tapi sebagai seorang yang berjiwa besar dan bijaksana, dia memilih untuk melihatnya sendiri dan memutuskan untuk meninggalkan pembantunya sahaja di tempatnya di Yathrib dan melakukan perjalanan sendiri ke Mekah untuk berziarah serta melihat calon mempelai lelaki anaknya. Dia sudah bersedia untuk menerima lamaran pernikahan di sana dan kemudian mengubahnya sesuai dengan keinginannya. Setelah memutuskan, dengan demikian diapun berangkat sendirian dari Yathrib ke Mekkah kerana beliau adalah seorang pemberani dan berterus terang. 

Sementara itu di Mekah, Abdullah sedang duduk duduk dengan ayahnya ketika seseorang datang dengan membawa unta Hijin yang baik. Melihat unta tersebut, Abdullah minta untuk meninggalkan ayahnya untuk membawa unta tersebut keluar berburu. Abdullah mengizinkannya untuk pergi berburu bersama teman-temannya dan mereka membawa unta-unta tersebut. Mereka merancang untuk menyebar keluar kota dan hal tersebut telah sampai kepada yahudi kafir 70 orang yang sedang menunggunya. Mereka telah meninggalkan kota dan pergi ke puncak bukit terdekat untuk menunggu dan memerangkapnya. Melalui rahmat dan kasih kurnia Allah Yang Maha Esa, pada malam itu lah Wahab tiba di depan gerbang Mekah tetapi kerana keletihan, dia memutuskan untuk bermalam di luar gerbang. 

Dengan pemeliharaan Illahi, kebetulan Wahab telah memilih tempat istirehat itu sama tempat di mana orang-orang yahudi kafir 70 orang itu berbaring menunggu untuk menangkap Abdullah. Dia langsung turun dari untanya dan duduk untuk berehat. Abdullah yang telah berangkat dari Mekah dengan unta Hijin yang pantas sedang melalui bukit tersebut tempat Wahab sedang berehat dan kafir yahudi itu sedang menantinya. Wahab melihatnya datang dari jauh, seorang pemuda yang menunggang unta Hijin, indah bercahaya bersinar di dahinya. Wahab berkata kepada dirinya sendiri, “Ini pasti tak lain dan tak bukan Abdullah, puteranya Abdul Mutthalib yang kerananya aku telah datang ke mari untuk melihatnya untuk lampu Muhammad s.a.w yang bersinar di keningnya.

Keraguan saya hilang sebelum permandangan ini, dia harus menjadi ayah yang ditakdirkan kepada Nabi terakhir, Muhammad s.a.w. Dengan cepat aku akan menikahkan puteriku kepadanya”. Ketika dia sedang berbicara sendiri dalam hatinya itu menggambarkan cita-citanya, tiba-tiba dia melihat tujuh puluh orang-orang yahudi kafir muncul dari persembunyian dengan pedang yang terhunus. Mereka bergegas menuju kepada Abdullah untuk mengelilingi dan membunuhnya. Wahab langsung bertindak dengan menunggang kembali unta nya dan berlari untuk memberi bantuan kepada Abdullah. 

Namun sekali lagi dia menyedari bahawa harus ada hikmah yang tersembunyi di sebalik peristiwa ini. Jika Abdullah benar-benar ditakdirkan untuk menjadi ayah kepada Nabi terakhir, tidak ada yang mampu membahayakan dirinya, jangankan tujuh puluh orang itu, bahkan jika seluruh masyarakat kafir yahudi itu berkumpul untuk melawannya. Allah s.w.t akan membuatnya aman dari segala bahaya dan mengamankan dirinya dari semua tipu muslihat mereka. Kalau lah dia bukannya orang yang dicarinya maka pasti dia akan tewas dibunuh. Sementara Wahab masih larut dalam pemikirannya itu, secara tiba-tiba muncullah seorang pemuda yang bertubuh tinggi dengan tunggagan syurgawi, turun dari langit. Ini adalah pembela dari Tuhan dan dengan cepat dikelilinggi oleh para penyerang tersebut. Saat mereka mengangkat pedang untuk membunuh pembela tersebut, kepala mereka telah dipenggal dari badan serentak kesemua tujuh puluh orang tersebut dan kepala mereka terguling ke tanah binasa dan Abdullah terus menunggang tanpa cedera. 

Wahab segera menggerakkan untanya untuk mengikuti Abdullah ke kota Mekah. Ketika itu Abdul Mutthalib dan sanak saudaranya masih lagi membahaskan bagaimana cara terbaik untuk mengajukan lamaran kepada Wahab untuk puterinya Aminah dan ketika itu lah utusan Abdul Mutthalib datang mengumumkan kedatangan Wahab sendiri. Dengan pantas Abdul Mutthalib bangkit dan keluar untuk menyambut Wahab dan mengamankannya. Wahab mulakan bicara, “Wahai temanku Abdul Mutthalib, aku datang kepada mu dengan permintaan yang jauh dari jangkauan mu. Jika kamu mengizinkan, aku ingin berbicara kepada kamu tentang itu di hadapan majlis yang terhormat ini”. Jawab Abdul Mutthalib, “Kami berada di bawah perintah kamu, apa pun jangan lah diragukan”. 

Wahab kemudian memulakan bicara, “Seperti kamu semua mungkin telah mendengar, aku memilikki seorang anak perempuan Aminah yang merupakan lambang kesucian dan kebajikan dan berada pada kedudukan gadis terbaik di usianya. Raja dan putera-putera telah melamarnya namun saya menolak menawaran mereka. Sekarang wahai Abdul Mutthalib temanku, aku telah datang kepadamua sendiri bahawa aku memutuskan untuk memberikan Aminah anak ku untuk dinikahkan dengan anakmu Abdullah. Jikan hal ini menyenangkan untuk kalian semua dan jika anda menerimanya maka biarkanlah pertemuan para bangsawan ini menyaksikan perjanjian untuk pernikahan disusun dengan segera”. Abdul Mutthalib dengan begitu gembira dan sukacitanya telah bersetuju dengan perjanjian pernikahan itu tanpa menundanya sedikit pun. 

Pesta pernikahan pun dipersiapkan oleh kedua belah pihak dan pernikahan berlangsung dengan selamat, bertukar barangan dan pasangan itu memasukki ruang pernikahan mereka pada malam Jumaat pertama (Khamis malam) dari bukan Rejab kerana malam itu juga disebut “Laylat al-Raghaib” yang bererti “malam keinginan”. Pada malam itu juga, unsur-unsur murni yang menyusun tubuh yang dipenuhi cahaya Muhammad s.a.w, telah turun dari pinggang Abdullah dan menetap ke dalam rahim Aminah bagaikan mutiara yang terbentuk di dalam cengkerang laut. Para ulama berpendapat bahawa acara ini berlangsung sedangkan tubuh mereka masih dalam keadaan ritual yang murni. 

Sahil bin Abdullah melaporkan: Ketika Allah menetapkan kehendakNya pada penciptaan Muhammad s.a.w, Dia memerintahkan pengawal kebun-kebun syurga untuk membuka gerbang seluas-luasnya dan memberikan semua penghuni syurga akan khabar gembira tentang kedatangan Muhammad s.a.w. Rasul yang diutus untuk menyebarkan khabar baik bagi semua makhluk yang tinggal di langit dan bumi. Pada malam itu, lampu tersembunyi Muhammad s.a.w telah berpindah ke dalam rahim ibunya. Jadi rahmat bagi semesta alam akan dikandung dan dilahirkan ke bumi. 

Diriwayatkan bahawa ketika unsur berharga yang diberkati dari Muhammad melalui sifat jasmaninya yang tetanam di dalam tubuh Aminah, panggilan yang berlaku di alam rohani dari dunia lain ialah, “Wahai orang yang diberkati, hiasilah tempat tinggalmu dengan haruman dan persiapkan lah jamuan suci sebagai menandai kedatangannya Muhammad s.a.w ke dunia yang lebih rendah dengan perayaan pesta yang riang dan menyenangkan”. Pada malam yang sama juga, peristiwa aneh dan menakjubkan yang tak terhitung banyaknya telah terjadi. Hanya sejumlah kecil saja yang dapat ditangkap dengan pancaindera terbatas manusia contohnya binatang di Mekah semua berbicara lancar dalam bahasa manusia pada malam pembenihan dan mereka mengatakan, “Demi Tuhan Kaabah! Malam ini Nabi Muhammad s.a.w yang dikandung dalam rahim ibunya maka berpandu lah segala dunia ini dan dianya menjadi bintang pedoman dari seluruh alam semesta”. 

Malam itu binatang buas dan burung mengucapkan selamat kepada satu sama lain pada kedatangan rahmat untuk semesta alam. Pada malam itu tahta semua raja-raja di seluruh dunia telah bergoncang dan bergetaran. Berhala-berhala telah jatuh ke atas wajah mereka dan pecah, atap kepada banyak gereja telah runtuh dan lidah pelihat dan peramal menjadi kelu. Semua para dukun dan peramal telah berhimpun di mana-mana memperbincangkan dan meminta nasihat akan tanda-tanda yang baru berlaku. Mereka menyimpulkan bahawa segala tanda-tanda itu adalah sebagai menandakan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w, Nabi yang telah lama ditunggu dari kaum Arab yang pada malam itu dia dikandung di dalam rahim ibunya di kota suci Mekah. 

Sebahagian dari mereka telah memaklumkan kepada raja-raja dan penguasa dan mengatakan kepada mereka bahawa kedudukan dan kedaulatan mereka akan direbut dan dikalahkan dan hukum hakam yang digunakan mereka akan dihapuskan. Ianya akan digantikan dengan hukum Ilahi yang membawa cahaya keseluruh dunia. Mereka juga memberitahu raja-raja bahawa dia akan membawa wahyu yang akan kekal sehingga ke hari kiamat yang akan menggantikan kesemua wahyu-wahyu yang sebelum ini dan membatalkannya. Raja-raja telah menjadi takut dan khuatir untuk melalui kedahsyatan utusan Ilahi ini. 

Sementara itu Aminah kerap mendengar suara syurgawi memanggilnya pada awal setiap bulan kehamilannya yang sepertinya datang dari atas mahupun dari bawah, “Berkat atasmu dan khabar gembira, munculnya Abu Qasim di dunia ini dalam tarikh yang semakin hampir”. Menurut Aminah, aku pertama kali hamil pada awal bulan Rejab. Suatu malam ketika aku sedang berbaring tidur, aku melihat seorang yang berwajah sangat adil memasukki kamarku. Dia menatapku sepenuh hati dan menunjuk kepada anak yang belum lahir di dalam perutku dan berkata, ‘Assalamualaikum ya Muhammad, salam bagimu!” Saya bertanya orang itu, ‘Siapakah engkau Tuan?’ dia menjawab, ‘Aku adalah ayah dari umat manusia, Adam Safiullah dan aku datang untuk memberikan khabar gembira bahawa kamu sekarang sedang menghamilkan seorang putera penciptaan, Pangeran semesta alam!”

Pada awal bulan kedua kehamilanku, aku melihat seorang lelaki lain masuk ke kamarku. Dia sangat tenang, bermartabat dan bersinar dengan cahaya kebesaran dan keindahan. Dia lantas menatapku dengan sepenuh hati dan berbicara, ‘Salam bagimu wahai yang sangat dicintai, assalamualikum wahai tujuan dari semua keinginan’ aku bertanya orang ini siapa dirinya dan dia menjawab, ‘Aku adalah Nabi Seth wahai Aminah dan aku datang untuk membenarkan ramalan yang menyenangkan lagi menguntungkan kerana kamu akan menjadi ibu kepada Nabi yang paling terkenal dari semua para Nabi!”

Pada awal bulan ketiga pula, sekali lagi aku melihat seorang lelaki dengan kehebatan yang besar serta bermartabat memasukki kamarku dan dia juga menatapku sepenuh hati dan berbicara, ‘Salam bagimua wahai yang membungkus engkau dengan jubahMu (ya ayyuhal Muddasir)’. Aku bertanya siapakah orang ini dan dia menjawab, ‘Aku adalah Idris dan aku datang untuk membawa kepada mu khabar gembira bahawa kamu sedang menghamilkan seorang pangeran dari semua para Nabi yang dilimpahkan dengan rahmat Allah dan kasih sayangNya”. 

Di awal bulan keempat kehamilanku, seseorang dari dalam kegelapan telah muncul di kamarku yang mempunyai wajah bercahaya dan tatapan matanya yang lembut. Dia menatapku sepenuh hatinya lalu menjadi petanda bagi anak yang belum lahir di dalam diriku ini dan menyapanya demikian, “Salam bagimu wahai kau yang terpilih dari segala makhluk!” Aku bertanya orang itu siapa dirinya maka dia menjawab, “Aku adalah Nabi Nuh a.s, khabar baik dan khabar gembira untuk mu wahai Aminah yang menjadi ibu dari Nabi yang dirayakan dan menang diakhirnya”.

Dalam bulan kelima pula aku melihat orang lain memasukki ruangan kamarku yang memilikki bentuk tubuh yang cerah dan mengagumkan serta memilikki kurniaan kasih sayang yang sempurna. Dia juga mentapku dengan sepenuh hati dan memberi tanda kepada yang tidak bersalah yang belum lahir di dalam diriku lalu penyapanya, “Assalamualikum wahai penutup para Nabi!” Aku bertanya siapa kah orang ini, “Dan siapakah kau?” Dia menjawab, “Aku adalah Nabi Hud a.s dan aku memujimu Aminah dengan nasib mu yang sangat baik kerana mengandungkan seorang yang sangat terpuji daripada seluruh para Nabi, yang unggul dalam kedermawanan lagi sangat bermurah hati”.

Pada bulan keenam kehamilanku, seseorang yang terkenal dengan air muka yang berseri-seri memasukki kamarku, menatapku dengan sepenuh hati dan diusap anak yang belum lahir itu, “Deamai sejahtera atamu wahai Rasulullah, assalamualika ya Habibullah (wahai kekasih Allah)!” Aku bertanya siapa dia dan dijawabnya, “Akulah Ibrahim a.s, wahai Aminah, sebagai sahabat Allah  maka aku memberikan khabar gembira buatmu bahawa kamu akan menjadi ibu dari seorang Nabi yang adil lagi perkasa”.

Pada bulan ketujuh kehamilanku, seorang lelaki lain memasukki kamarku dengan sifatnya yang lemah lembut dan menyenangkan. Lelaki ini melihatku dengan pandangan hati yang dalam yang ditujukan kepada anak di dalam kandunganku ini, “Assalamualaika ya Nabiullah, damailah kamu wahai sabahat Allah!” Setelah ditanya dia mengatakan, “Akulah Nabi Ismail a.s wahai Aminah, penawaran kepada Allah. Aku datang untuk memberikan khabar gembira bahawa kamu bakal menjadi ibu dari seorang Nabi yang ringan sifat marahnya, unggul lidahnya dalam kefasihan dan penuh dengan kerahmatan”

Pada bulan kelapan, seorang lelaki datang ke kamarku yang mempunyai susuk tubuh yang tinggi dan bersifat peramah. Dia menatapku sepenuh hatinya dan berbicara kepada anak yang belum lahir ini, “Salam bagiu wahai kekasih Allah, Nabi yang perkasa, wahai Yang Maha Kuasa (Allah)!” Aku bertanya, “Siapa kah kamu wahai tuan yang mulia?” Dia menjawab, “Aku adalah Musa bin Imran dan aku membawa khabar gembira bahawa kamu akan menjadi ibu dari seorang Nabi yang besar kepada sesiapa pun yang terungkap di dalam kitab suci Al-QUran”.

Pada awal bulan kesembilan, seorang lagi memasukki ruangan ku yang memakai pakaian dari bulu kapas murni. Dia menatapku sepenuh hati dan berbicara kepada anakku, “Salam bagimu ya Rasulullah, assalamualika ya Rasulullah!” Aku bertanya orang itu, “Siapakah kau?” dan dia berkata, “Akulah Isa anak Maryam. Aku memberimu khabar terbaik wahai Aminah, waktunya sudah dekat bahawa kamu akan melahirkan jadi buatlah persiapan dan siap-siapkanlah dirimu”. Pada tahun sebelum Aminah hamil, masyarakat mengalami kesulitan besar akibat kemarau dan kelaparan dan terjadi banyak perang antara suku. Ketika Aminah mulai hamil, semua masalah itu tiba-tiba terhenti kerana Yang Maha Kuasa menurukan keberkatan hujan dari syurga dan tanah serta tanaman menjadi segar dan harga makanan menjadi murah. Kerana bantuan yang datang itu maka orang-orang menyebut tahun kehamilan Aminah sebagai “tahun penyelesaian masalah”.

Lebih menguntungkan lagi pada tahun tersebut, semua wanita yang hamil telah melahirkan anak lelaki. Ketika Nabi s.a.w masih dua bulan di dalam rahim ibunya, Abdul Mutthalib berbicara kepada puteranya Abdullah, “Wahai anakku, dalam tahun ini kamu akan menjadi ayah dari Muhammad yang kedatangnnya sudah dinobatkan di dalam semua kitab suci yang diharapkan keberkatannya oleh semua orang. Sama ada aku ataupun kamu telah memperlihatkan keinginan yang tinggi dalam menanti anak yang diberkati di dalam mimpi kita ini. Oleh itu ada baiknya kita membuat persiapan yang sesuai untuk menyambut kelahiran anak yang luarbiasa ini. Bentuk ucapan terbaik yang dapat ku fikirkan ialah, “Sekarang adalah waktu menuai dan tidak ada yang lebih baik daripada yang tumbuh di Yathrib. Oleh kerana itu aku melihat adalah sesuai kalau kamu pergi ke Yathrib dan mendapatkan tumbuhan yang terbaik, membelinya dan membawa pulang untuk merayakan kelahiran anakmu”. Jadi Abdul Mutthalib mengirimkan puteranya Abdullah ke Yathrib untuk membeli bahan makanan. Setelah berangkat ke sana dan selesai tugasnya, Abdullah pun berangkat pulang ke Mekah. 

Diperjalanan pulang pada malam kedua, Abdullah telah meninggal dunia dan dikuburkan di antara perjalanan Yathrib ke Mekah. Semua para malaikat merasa sangat sedih dan berbicara kepada Allah, Tuhan semesta alam, “Wahai Tuhan Yang Maha Kuasa! Mengapakah begini takdirMu, bahawa yang paling mulia dari semua ciptaanMu dan kebanggaan semesta alam kepada semua penghuni syurga dan bumi sehingga terhutang pujian dan kehormatan kepadanya, bagaimana mungkin Kau telah memilih untuk membuatnya menjadi luarbiasa lemah dan yatim sebelum lagi dia melihat cahaya hari? Apakah rahsia disebaliknya takdir yang demikian?” Para malaikat berkabung dan meratap. 

Allah Yang Maha Kuasa berbicara kepada mereka, “Seorang anak memilikki keperluan ayahnya di dunia ini untuk perlindungan, perlatihan dan pendidikan namun kekasihku tidak memerlukan sesiapa pun selain dariKu untuk semua hal tersebut. Aku lah yang memilikkinya dan Aku lah pelindung tertingginya dan melalui Aku lah dia harus mempelajari semua hal yang diperlukan oleh nya untuk mengetahui. Anak-anak yang lain akan memanggil nenek moyang mereka ketika mereka memerlukan bantuan tetapi kekasihKu akan hanya memanggi, “Wahai Tuhanku”, ketika dia memerlukan bantuan, dia akan meminta dukungan dan bantuan tiada ada selain dari Aku, Allah Azza Wajalla”. Nabi s.a.w sendiri memberitahukan tentang hal ini ketika baginda mengatakan, “Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengajarkan ku dan Dia adalah sebaik-baik pemberi pelajaran”. 

Ketika Abdullah meninggal dunia, dia meninggalkan sekawan domba (kambing biri-biri) dan lima ekor unta serta seorang hamba wanita dari Habsyah yang sedang menyusui anak ketika itu. Namanya Ummu Aiman. Ketika Nabi s.a.w lahir ke dunia, wanita pertama yang mengasuhnya ialah Ummu Aiman ini dan ketika Ummu Aiman telah dewasa dia telah dimerdekakan bahkan telah dinikahkan dengan anak angkat Rasulullah iaitu Zaid bin Harits dan melahirkan baginya Usamah. Ada perbezaan pendapat untuk berapa lama baginda di bawah asuhan Ummu Aiman, ada yang berkata enam bulan, ada yang mengatakan tujuh atau lapan atau sembilan tetapi Ibnu Abbas berkata bahawa ianya adalah sembilan bulan. 

Dikatakan bahawa ibunya tidak pernah mengalami ketidaknyamanan ketika hamil ataupun kesakitan ketika melahirkan seperti wanita lain lazimnya. Aminah ibu Nabi s.a.w mengatakan, “Diseluruh masa kehamilan ku, aku tidak merasa beban atau tekanan seperti yang dialami wanita lainnya. Aku hanya menedari bahawa aku hamil ketika tidak lagi berlaku darah bulanan ku. Dari perutku selalu muncul aroma indah dan di malam hati aku mendengar suara zikir dan tasbih (pujian dan doa) yang datang dari dalam. Aku mendengar suara-suara malaikat berkata kepadaku, “Wahai Aminah, kau yang sedang menghamilkan makhluk yang paling baik di seluruh semesta alam, tentunya kamu yang paling disukai dari kaum wanita!”.

Pada bulan keenam kehamilan, aku melihat di dalam mimpiku seseorang yang mengatakan kepadaku, “Bila kau telah melahirkan, kau harus memberikan nama bayi ini Muhammad dan pastikan untuk memberikan perawatan yang terbaik dari makhluk yang luar biasa ini”. Ibnu Abbas menceritakan, “Para malaikat syurgawi turun dan mengelilingi Aminah, ibu Nabi s.a.w di seluruh sisi sehingga dia berada ditengah-tengah dan dengan demikian dia terlindung dari tatapan yang menyakitkan hati dari para jin dan tidak dapat memberikan ancaman kepada diri baginda dan ibunya. Kemudian salah satu malaikat memanggilnya dan berbicara, “Wahai Aminah, aku membawa khabar yang baik dan diberkati dari anakmu yang kau kandung untuk anak ini akan menjadi penghulu dari segala nabi dan raja dan juga peminpin umatNya. Allah s.w.t menjadi saksi tentang hal ini dari pada mula hidupnya sehingga ke akhirnya. 

Apabila kau telah melahirkan anak yang diberkati ini, bacakanlah ke atasnya kata-kata ini untuk perlindungannya, “Bila Anda telah melahirkan anak ini diberkati, membaca di atasnya kata-kata ini untuk perlindungan-Nya: Bismillahi astar'ika rabbak, wa bil-wahid a’wwadhuka (Dalam Nama Allah, aku mohon perlindungan-Mu Tuhan-Mu dan aku menempatkan Mu dalam mentaati hukum) Min sharri Kullu hasidin wa qa'imin wa qa’id (Dari kejahatan setiap yang menyakitkan hati, waktu dia berdiri atau duduk.) Wa Kullu khalqin za'id (dan makhluk apa pun yang lain) wa 'an il-fasadi jahilin wa Kullu khalafin fasid (Dan dari kejahatan orang yang bodoh dan setiap niat yang jahat) min nafizhin au 'abithin wa Kullu jinnin Marid (Dari mencampuri urusan atau pengganggu dan dari setiap jin yang menentang) ya'khudhu bil-murasidin bi-t-turuq-il-muwarid. (Yang mengambil keuntungan dari cara mudah) La yadurrahu wa la ya'tunahu fi yaqazhatin wa la Manam wa la fi zha'ni wa la fi Maqam (Bahwa mereka tidak dapat mendekati dengan bahaya saat dia bangun atau tidur, tidak dalam keadaan sedar atau tempat) Sajis-al-Layali wa awakhar-al-Ayyam Yad-allahi fauqa aydihim wa jilbab-allahi fauqa ‘adiyatihim. (Tangan Allah di atas mereka, dan perlindungan Allah atas kejahatan mereka)”.

Doa pelindung ini juga disebutkan oleh Muhammad bin Abdullah al-Karim bin Khalid al-Baghdadi yang menceritakan bahawa Aminah ibu Rasulullah s.a.w telah berkata, “Suatu malam di dalam mimpi aku mendengar suara berkata kepadaku, “Wahai Aminah, sesungguhnya engkau akan menjadi ibu kepad yang paling baik dari semua makhluk dan penguasa kepada mereka semua, yang terakhir dan penghulu dari semua Nabi Allah. Bila dia telah dilahirkan, namakan dia Muhammad dan di dalam Taurat diberikan namanya sebagai Ahmad. Letakkan azimat ini kepadanya. Setelah aku terjaga, aku menemukan kepingan perak di kepala ranjang ku yang tertulis di atas nya, “Bismillahi wa astar'ika a'wwadhu bil-wahid .... dan seterusnya”. Sebagai  orang berpengalaman dalam pembelajaran hal-hal suci, ini mengajar kita bahawa setiap anak  yang memiliki ini ta'wiz (azimat) ditempatkan di atas dia akan aman dari gangguan dan permusuhan dari jin dengan seizin Allah.

Abul Umar berkata, “Barangsiapa membawa pada dirinya azimat pelindung Nabi ini dan meletakkan dekatnya ketika berbaring tidur di mana pun juga maka jangan lah bimbang dan takut kerana yang berniat jahat tidak akan dapat melakukannya demi Nabi yang diberkati Allah”. Terdapat juga perbalahan mengenai bulan kelahiran Nabi s.a.w namun kebanyakkan sarjana bersetuju bahawa bulan tersebut ialah Rabiul Awwal. Perbezaan pendapat juga berlaku mengenai hari yang tepat tetapi sebahagian besar ulama bersetuju pada malam Isnin 12 haribulan, begitu juga perbezaan pendapat tentang waktu lahir, ada yang berpendapat pada siang hari. Begitupun ada pendapat berbeza yang mengatakan bahawa sebenarnya tidak ada perbezaan pendapat, hanya perbezaan pentafsiran kerana berpendapat kelahiran Rasulullah s.a.w adalah pada awal fajar sebelum terbitnya matahari jadi dianggapkan malam. Perbezaaan pendapat adalah rahmat kepada umat ini tergantung kepada sudut pandang masing-masing. 

Walau bagaimanapun, nampaknya ianya telah berlaku di awal-awal fajar. Hari Isnin juga adalah harinya ketika Nabi s.a.w menetapkan untuk Hijrah ke Yathrib (Madinah) dan memasukki Yathrib pada hari Isnin juga. Surah Al-Maidah juga terungkap pada hari Isnin. Mikraj Rasulullah ke langit juga berlaku pada malam Isnin dan kemenangan Mekah juga terjadi pada hari Isnin dan akhirnya baginda wafat juga pada hari Isnin. Kedamaian dan keberkahan berserta baginda dan keluarganya yang diberkati berserta para sahabat yang mulia dari sekarang dan berkekalan sehingga ke akhirnya. Amin.

Para ulama mengatakan bahawa pertempuran yang menentukan di Tahun Gajah terjadi ketika sembilan haribulan di dalam bulan Muharram. Lima puluh hari kemudian adalah dua belas hari bulan Rabiul Awwal dan itu adalah hari Isnin. Menurut beberapa pendapat ianya jatuh pada hari kedua puluh satu April sementara yang lain mengatakan kelahiran baginda adalah pada hari kedua bulan Rabiul Awwal. Kerana itu dikatakan bulan April adalah Kebangaan Penciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa di dunia ini yang memberkati air hujan yang turun dari langit selama bulan ini secara khusus sehingga manafaat khususnya adalah kegunaan untuk para lelaki demi Nabi yang dikasihiNya. 

Matahari berdiri pada akhir tanda Aries dan bulan dalam tanda Libra dan semua planet berdiri di tempat peninggian pada jam tersebut. Itu adalah enam ratus tahun setelah Isa bin Maryam diangkat ke langit, 2000 tahun setelah kematian Nabi Ibrahim s.a.w dan 6062 tahun setelah Nabi Adam diturunkan menjadi wakil Allah s.w.t di muka bumi. Orang mungkin bertanya mengapa Nabi s.a.w lahir pada bulan Rabiul Awwal dan bukan pada bulan Ramadhan atau salah satu bulan suci, mengapa baginda lahir pada hari Isnin dan bukannya pada malam Jumaat (Khamis malam Jumaat) atau pada malam Lailatul Qadar atau ke lima belas Syaaban atau malam malam suci lainnya? Apakah kelahiran kekasih Allah tidak terjadi pada pada hari-hari atau malam-malam yang diberkati? Namun hakikatnya keunggulan Nabi s.a.w dan kedudukan spiritual baginda yang tinggi mengatasi kesucian hari dan malam tesebut dan kelahiran baginda adalah hadiah yang luar biasa dan menunjukkan kekuasaan khusus Allah s.w.t yang melahirkan baginda pada tanggal tersebut. 

Setiap tempat atau tarikh itu dihormati dengan cara yang ianya terkait dengan Nabi Muhammad s.a.w yang lahir di kota Mekah, menghabiskan sebahagian besar hidupnya di sana, dipanggil untuk kenabian pada tahun keempat puluh, kemudian menghabiskan 13 tahun di kota kelahirannya, mendakwahkan Islam kepada masyarakatnya sebelum berhijrah ke Madinah di mana baginda tinggal selama satu dekad mengajarkan agama Islam. Akhirnya baginda menyerahkan jiwanya yang mulia dan mengambil tempat di alam yang kekal abadi. Tubuh baginda dimakamkan di tanah Madinah dan bukannya di Mekah sehinggakan Madinah wajib dihormati kerana ditempatkan jenazahnya yang mulia dan diberkati di dalam tanahnya. Taufik dan hidayah adalah milik Allah dan ketentuan tempat makam baginda adalah hak dan pemilik takdir iaitu Allah s.w.t dan Allah s.w.t memilih uantuk memuliakan kota ini dengan menjadikannya makam kekasihNya yang sangat mulia. Mudah-mudahan Allah akan memudahkan kunjungan kita ke makam harum dan diberkati ini. Amin. 

1 comment: