Monday, January 9, 2012

ILMU MERAGA SUKMA (IMS)


Inilah cara melakukannya langkah demi langkah. Apakah definisi IMS ini? Ia adalah kemampuan seseorang utk melepaskan semangat atau roh dirinya sendiri dari jasad dan tubuh badannya. Seterusnya dapat menguasai, menakluki dan memajukan amalan tersebut sehingga ke tahap2 seterusnya kerana ia tidak terbatas dan di luar pemikiran logik manusia. 

Pernahkah mendengar amalan dan teknik2 spt zikir nafas, terawang atau terawangan, gerakan semangat, remote vision, self hypnosis, dejavu, premonition, mata ke 6, mengawal mimpi, sedar dlm tidur, masuk ke alam ghaib, kuasa minda, yoga, bertapa, bermeditasi, zikir yg khusyuk, pandangan makrifat, bertafakur, astral projection dan seumpamanya. Semuanya tadi ada kait mengait. Amalan dan teknik2 yg berbeza namun mempunyai teori yg hampir sama. Teori yg hampir sama dgn IMS. 

Sebelum itu diberi 2 peringatan. 

(1). Sebaik2nya perlu ada guru semasa melakukan latihan. Sbb ditakuti semangat (roh) kita boleh tersesat dan tidak dapat balik semula ke jasad. Ini adalah risiko yg boleh terjadi. Lebih2 lagi sekiranya ada gangguan luar spt bertemu dgn semangat hitam yg kuat, gangguan sihir, ilmu hitam dsb. Jika itu terjadi, kita akan terus tidur dan tidak akan bangun2, disebut juga “koma”. Jika ini berlaku, cuma org2 yg ada kemampuan itu juga yg boleh menyedar kan kita dpd tidur yg tak bangun2 tadi. 

(2). Sebatikan dulu amalan2 yg disebutkan dlm “Amalan Agar Kebal Dari Ilmu Hitam”. 

Ada tiga latihan persediaan sebelum kita memulakan langkah2 ataupun latihan sebenar IMS ini. 

(1). Cuba kawal mimpi semasa tidur dan apabila bangun kita akan ingat semuanya pasal mimpi itu tadi. Maksudnya cubalah berusaha utk tidak dibuai2 oleh mimpi. Penentu mimpi itu adalah diri kita sendiri. Bukan hanyut dibuai2 oleh mimpi2 tadi. Lakukanlah latihan persediaan pertama ini selama 1 bulan. Ini penting utk meningkatkan keyakinan kita. 

(2). Cublah melihat semasa tidur. Ketika kita sedang tidur dan menutup mata namun kita dapat melihat keadaan di hadapan kita sendiri walaupun keadaan mungkin gelap gelita namun kita dapat juga melihat dgn jelas. Ini kerana alam tersebut kebanyakkan nya berwarna hitam putih sahaja. Cubalah latihan ini selama 1 bulan juga. Ini penting utk memperkenalkan kita kpd alam itu tadi. 

(3). Cubalah berlatih utk melihat di dlm tidur juga namun dpt melihat 180 darjah seolah2 kita boleh berpaling ke kanan, ke kiri, ke atas, ke bawah dan sebagainya. Walaupun sebenarnya kita tidaklah berbuat begitu. Lakukan latihan ini selama 1 bulan juga. Ini penting utk memperkenalkan kita kpd IMS yg akan dikuasai dan dimajukan oleh kita sendiri nanti. 

Cara2 Melakukan IMS langkah demi langkah.

LANGKAH 1: Kenali Pintu Di Antara Alam Nyata Dan Alam Semangat. 

Kalau diikutkan kpd sains fenomena tidur, keadaan ini terletak di dlm fasa REM (Rapid Eyes Movement) iaitu keadaan di mana mata kita hampir2 memasukki dunia mimpi. Dlm keadaan tidur yg biasa kita akan terus dibuai2 oleh mimpi itu. Namun jika kita tahu mengamalkan IMS, kita tidak akan dibuai2 oleh mimpi. Sebaliknya kita sendiri yg akan menentukan perjalanan kita di dlm alam mimpi itu. 

Begini caranya. Buat permulaan, berbaringlah utk tidur spt biasa. Tenangkan fikiran, hati dan minda. Rehatkan seluruh badan. Dari kaki, lutut, paha, pinggang, perut, dada sehinggalah ke kepala. Begitu juga jari2, lengan, tangan dan bahu. Semuanya dlm keadaan rehat. Dlm pada itu teruskanlah berzikir menggunakan amalan2 yg disarankan di dlm “Amalan Agar Kebal Dari Ilmu Hitam”. Skrg badan jasad, roh dan semangat, minda hati emosi dan fikiran kita semuanya dlm keadaan rehat dan tenang. Ambil perhatian juga terhadap mata kita. 

Tutupkan mata spt mahu tidur namun fokus mata kita adalah pada pangkal di sebelah atas batang hidung kita iaitu sedikit ke bawah paras kedua2 mata. Jika fokus mata kita ke tempat lain, itu maknanya mata kita belum lagi dlm keadaan rehat. Apalagi kalau mata kita melilau ke sana ke sini walaupun sedang ditutup. Setelah semuanya dlm keadaan rehat, termasuk minda yg tenang, bernafaslah juga dgn tenang. 

Nafas tidak terlalu mendalam dan tidak terlalu keras hembusannya. Ini utk mencapai ketenangan yg diinginkan. Teruskanlah begitu sehinggalah suatu ketika mata akan berasa mengantuk. Mula2 hujung jari2 kaki akan merasa kebas. Naik kebasnya hingga ke lutut, sampai ke pinggang, sampai ke perut, sampai ke dada, sampai ke bahu, sampai ke leher. Jari2 tangan pun akan merasa kebas juga. Sampai ke pergelangan tangan sampai ke siku, sampai ke pangkal lengan, sampai ke bahu, sampai ke leher, sampai ke muka, sampai ke kepala. Seterusnya ke ubun2 kita. 

Kita skrg sedang memasukki fasa REM yg dimaksudkan tadi. Akan terasa sejuk di bahagian ubun2 kita. Ini adalah saat yg paling kritikal dan paling penting kerana kita skrg berada di pintu yg dimaksudkan tadi. Bagi tidur yg biasa, itu adalah pintu di antara alam nyata dan alam mimpi. Namun bagi pengamal IMS itu adalah pintu di antara alam nyata dan alam semangat ataupun alam roh. 

Bagi org yg biasa selalunya mereka akan ketakutan. Ketakutan mereka itu akan ditafsirkan oleh minda mereka sendiri melalui gambaran2 dan perasaan yg tidak baik spt rasa ditindih oleh sesuatu, melihat adanya gangguan2 ghaib malah rupa bentuk yg menakutkan boleh saja muncul di depan mata. Itu semuanya gambaran2 minda diri sendiri. Ketakutan itu tadi telah pun mengawal kita. 

Namun bagi pengamal IMS, mereka mampu mengawal emosi dan perasaan. Apalagi jika zikir2 tertentu tetap di lidah. Semangat kita masih lagi sedar walaupun jasad kita telah tidur. Janganlah menjadi takut. Jika takut seterusnya kita akan dibuai2 oleh mimpi. Tidak menjadilah amalan itu nanti. Itulah pentingnya 3 latihan persediaan yg disebutkan awal tadi. 

Utk meningkatkan keyakinan diri, utk mengenali alam tersebut dan ut mengenali amalan IMR tadi. Namun tidak disangkal kemungkinan adanya gangguan2 ghaib semasa tidur namun semasa mengamalkan amalan ini anggapkan tiada gangguan2 luar spt itu. itu pentingnya agar kita menguasai terlebih dahulu dan mensebatikan amalan2 “Agar Kebal Dari Ilmu Hitam” yg disarankan tadi. 

Semasa berada di pintu tersebut atau di dalam fasa REM, pengamal amalan ini boleh saja melihat perkara2 yg berbeza. Namun, kebanyakan mereka mengatakan bahawa mereka telah melihat cahaya putih yg terang, titik putih yg jauh namun semakin mendekat. Ada juga yg melihat cahaya berwarna-warni, ada juga yg melihat pintu gerbang, pusaran air ataupun angin dan macam2 lagi. Malah ada juga yg tidak melihat apa2. Jangan takut, masuk saja ke alam semangat itu dgn yakin. 

LANGKAH 2: Melihat Diri Sendiri Sedang Tidur. 

Ini adalah lanjutan dpd langkah pertama tadi. Dalam masa ini dianggap kita telah pun berjaya memasukki alam semangat itu. Rasa kebas di seluruh badan dari jari kaki hingga ke kepala, terasa sejuk di ubun2, itulah tandanya semangat dan roh kita telah pun berbahagi dua. Separuh masih berada di jasad yg sedang tidur, sedangkan separuh lagi mula melangkah keluar dgn tenang dan yakin dan tetap berzikir di lidah. Kita akan merasa spt di awang2an namun jgn lah takut. 

Berpalinglah ke belakang ataupun ke tepi dan lihatlah jasad diri sendiri yg sedang tidur dgn nyenyaknya. Kita juga akan melihat keluarga kita yg juga sedang tidur dgn nyenyak. Jika itu terjadi maknanya kita telahpun berjaya dlm langkah yg kedua. Langkah yg pertama adalah langkah yg paling sukar. Kuasai dahulu langkah pertama itu sekurang2nya satu bulan. Barulah mulai langkah yg kedua tadi. Kuasailah ai selama satu bulan juga. 

LANGKAH 3: Berjalan-jalan Di Dalam Rumah Sendiri. 

Pada langkah yg kedua, kita cuma melihat2 saja ke kiri dan ke kanan. Namun pada langkah ketiga ini kita menjadi lebih yakin. Berjalan2 di dlm rumah kita sendiri itu. Jgn berhenti berzikir di lidah. Pada langkah ketiga ini lah bermulanya risiko semasa beramal dan risiko akan meningkat seiring dgn langkah2 yg berikutnya. Sbb itu di awal2 telah diingatkan, sebaik2nya perlulah ada guru yg mahir dlm ilmu IMS ini bersama dgn kita dan sebatikanlah dahulu amalan2 dan bacaan2 yg terdapat pada Amalan Kebal Dari Ilmu Hitam yg disebutkan awal tadi. 

Sekiranya di dlm rumah kita ada dihuni oleh makhluk halus, pada langkah ketiga inilah kita akan melihatnya kerana ia juga berada di alam semangat. Jika kita menjadi gerun, bacalah ayat2 dan zikir2 yg disarankan tadi tapi jika kita menjadi takut, azan saja dgn kuat. Kita akan tertarik kembali ke dlm jasad yg sedang tidur. Seterusnya terjaga dari tidur itu. Kuasailah langkah yg ketiga ini selama satu bulan juga. 

LANGKAH 4: Bergerak Lebih Jauh Di Sekitar Luar Rumah. 

Dgn zikir masih di lidah bergeraklah keluar dari rumah, seterusnya berjalan2 dan melihat2 di luar rumah dekat2 sahaja. Risikonya akan semakin bertambah. Namun sebenarnya keupayaan kita dlm bentuk semangat ini adalah tidak terbatas. Kita perlu mengawal diri dpd menjadi takut. Teruskanlah berzikir dan hafalkanlah ayat2 dan surah2 yg perlu utk tujuan penjagaan diri. Seperti tadi, sekiranya menjadi takut, azan saja dgn kuat, akan terbangunglah kita nanti. Kuasailah langkah ke empat ini selama satu bulan juga. 

LANGKAH 5: Mengapungkan Diri Ke Atas. Maksudnya semangat ataupun roh kita boleh saja terbang. 

Itulah perlunya keyakinan diri pada hati dan fikiran kita. Itu lah yg dikatakan sbg kemampuan yg tidak terbatas dlm bentuk semangat ataupun roh tadi. Sekiranya yakin dgn amalan ini kita boleh saya mencuba perkara2 yg baru spt membesarkan diri kita spt gergasi, mengeluarkan pancara elektrik dpd tangan berserta dgn pukulan kalimah, atau menyemburkan api dpd mulut berserta dgn azan yg kuat. Dlm bentuk jasad di dunia nyata, perkara itu tidak mungkin terjadi, namun dlm dunia semangat (roh) ini, ia terpulang kpd diri kita sendiri. Cubalah sendiri nanti. Cuba kuasai langkah kelima ini selama satu bulan juga. 

LANGKAH 6: Menjelejahlah Dengan Lebih Jauh. 

Dlm keadaan terbang ataupun mengapungkan diri tadi, jika kita tidak dapat menguasai sepenuhnya, kita akan terjatuh seterusnya terbangun. Namun kita masih lagi ingat apa yg terjadi tadi kerana telah pun mula menguasai amalan ini. Dalam langkah ke enam ini, cubalah benda2 yg baru, contohnya ingatkan saudara mara kita yg jauh. Kita berada di Sarawak, namun saudara mara kita berada di Semenanjung. Pergilah utk melihat2 mereka di sana. Dlm masa sekelip mata kita telah pun sampai dan dapat melihat mereka. Ataupun cubalah pergi seolat di Kaabah. Sekelip mata kita telah pun sampai ke sana. Tiada yg mustahil dlm dunia semangat (roh) ini. Yang penting kita perlu menguasai amalan ini terlebih dahulu. Cubalah kuasai langkah ke enam ini selama satu bulan juga. 

LANGKAH 7: Cuba Menggerakkan Benda-benda Yang Ada Di Sekitar. 

Alam semangat dan alam nyata juga kait mengait. Sama juga dgn semangat (roh) dan jasad. Pernahkan mendengar fenomena spt telepati, keris terbang, lembing terbang, parang terbang atau angin yg tiba2 kuat walaupun pada hari yg tenang. Ataupun kita berasa tiba2 ditolak oleh sesuatu. Cubalah dan jelajahi sendiri. Berlatihlah selama 1 bulan juga langkah ug ketujuh ini. 

LANGKAH 8: Bertemu Dengan Semangat2 Lain. 

Sama ada semangat putih ataupun semangat yg hitam. Semangat yg baik ataupun yg tidak baik. Awal2 tadi pada langkah yg ke tiga ada diterangkan. Langkah yg ke tiga bermulanya risiko tentang amalan ini. Di mana kita boleh saja berjumpa dgn semangat2 lain. Itulah pentingnya guru yg memberi tunjuk ajar dan itulah pentingnya juga amalan2 utk pertahanan diri sendiri. Kita mungkin akan bertemu dgn entiti2 tertentu atau semangat2 yg asing. Teruskan zikir dan bertenanglah selalu kerana belum tentu yg nampak baik itu adalah baik dan yg nampak tak baik itu tidak baik. Jika semangat kita lemah, pulang saja ke tempat asal iaitu pada jasad kita semula. Jauhilah semangat2 yg diragui itu. Latihlah juga langkah yg ke lapan ini selama satu bulan. 

LANGKAH 9: Bertemu Dengan Sahabat. Sahabat bermaksud semangat2 yg ingin berkawan dgn kita. 

Perlu diingatkan lagi bahawa tidak semestinya yg nampak baik itu adalah baik dan tidak semestinya yg nampak tidak baik itu tidak baik. Itulah pentingnya amalan2 kota badan dan pertahanan. Bukan sahaja semangat2 yg dijumpai semasa mengamalkan IMS ini, namun juga kawan2 yg sama minatnya berada di alam nyata juga boleh menjadi sabahat kita. Asalkan mereka juga sedang mendalami amalan IMS ini dan sudi menjadi sahabat. Carlah sahabat2 yg dipercayai kerana mereka akan membantu sekiranya perlu. InsyaAllah. Cubalah kuasai langkah yg ke sembilan selama satu bulan juga. 

LANGKAH 10: Memanfaatkan IMS Utk Menolong Org. Contohnya adalah spt menyembuhkan org, mencari barang yg hilang, mencari org yg tersesat, mengembalikan semangat (roh) yg lemah, mencari asal usul suatu penyakit, mentafsir sesuatu keadaan dan banyak macam lagi. Berlatihlah langkah ke 10 ini selama satu bulan. 

LANGKAH 11: Kuasailah Lebih Lagi Dan Majukan IMS Yang Telah Dipelajari Ini. Agar bermanfaat utk kita dan org2 lain dan janganlah menggunakannya utk tujuan yg salah. ini kerana amalan Meraga Sukma adalah tidak terbatas dan di luar pemikiran logik manusia.

1 comment:

  1. Tuan nk buat posting ni dah Master ilmu ni ke? Minta maaf sekadar bertanya untuk kajian diri sendiri.

    ReplyDelete