Monday, January 9, 2012

CAMPUR ADUK

Di dalam kitab Hikam Ibnu Athoillah As-Sakandari Rahimahullahu taala, syarahan Tokku Pulau Manis Rahimahullahu taala, ada disebut, “Jangan kamu datangkan hikmah (ilmu-ilmu hikmah), lain dari ahlinya (org yang belum tetap ilmu syariat yakni tauhid, fekah, tasawuf yang fardhu ain) maka aniayai kamu akan dia”.

Perbicaraan berkaitan maqam-maqam ini akan memberikan sifat khayal lagi asyik kepada sesiapa yang mendengarnya, mula bersangka-sangka dengan kelakuan diri, dok nampak perkataan-perkataan tersebut mencerminkan diri mereka yakni org yang mendengar, sehingga mereka terlupa akan yang wajib keatas diri mereka. Yang berceramah bukan ahli, yang mendengar pula syok sendiri.

Sebab tu kalau kita buka pada bab tasawuf yang fardhu ain, yang membicarakan tentang riak, ujub, takkabur, ramai orang menolak untuk dengar sebab perkara ni menyuluh kekhilafan dlm diri kita, sakit apabila dengar, apatah lagi pada bab kewajipan taubah, lagi lah kita tak mahu, sebab bila bicara bab taubah, kena qada balik solat yang tertinggal, maka dijawab itu adalah perkara yang payah, padahal Tasawuf bukan rasa seronok hati dengar ceramah, tetapi usaha melawan nafsu dan menyucikan jiwa.

Dan sebab tu pada bicara ilmu hakikat, ni kita kena suluh pada orang yang mengajar, serta diri kita yang nak belajar, kalau org yg mengajar tu teguh pada syariat fardhu ainnya, maka layak lah dia mengajar, kalau kita yang nak mendengar ni belum teguh syariatnya, jangan lah sesekali nak belajar, belajar teguhkan yang fardhu ain ni terlebih dahulu.

Walaupun orang tu layak mengajar, tapi kita yang nak belajar atau yang bertanya ni tak layak, wajib sipengajar membicarakan pada tahap orang yang bertanya sahaja. Jangan dihidangkan pada tahap yang tinggi-tinggi kerana kata Syeikh Ibnu Athoillah As Sakandari rahimahullahu taala, "Jika ditanya orang akan ilmu yang tinggi-tinggi dan kemudian kamu jawap akan pertanyaan itu, maka kamu (yang menjawap) adalah JAHIL”.

Tanda seseorang itu adalah ahli apabila seseorang itu menjawap mengikut kadar kelayakkan seseorang, sebab apabila dikatakan ahli, dia mengetahui setiap tahap ilmu bersesuaian dgn si penanya. Jika yang bertanya itu tahap pertengahan, maka dijawap dengan kadar pertengahan, itu baru betul dinamakan ahli. Yang jadi semakin celaru bila orang yang mengajar, mencampur adukkan, sehingga lari dari apa yg dimaksudkan pada Islam Iman dan Ihsan.

Iman mengikut syariat ialah tasdiq (berpegang) pada hati, bukan syuhud (ingat) pada hati, syuhud pada hati adalah pada bicara yang lain. Apabila seseorang itu melakukan ibadah berterusan, yang wajib buat, yang sunat buat, maka disinilah akan dianugerahkan maqam Ihsan iaitu Muraqabah dan juga Musyahadah, yang ini lah baru dipanggil syuhud pada hati.

Apabila dicampur akan tasdiq dan syuhud tasinilah kecelaruan, sedangkan tasdiq pada hati itu adalah fardhu ain, syuhud pada hati. Sebab tu wujud perkataan mereka yang celaru, selagi tak dapat “memandang” tuhan, maka ilmu syariat ni tak ada guna, malah mengasingkan diri mereka dari syariat.

Orang yang mengajar macam nilah, yakni mencampur adukkan inilah menunjukkan bahawa orang ini bukan lah dari kalangan ahli, bukan sahaja dari ilmu hakikat, bahkan jua dari ilmu syariat sekali pun. Sebenarnya diperdengarkan pada kita akan kisah awliya terdahulu adalah untuk kita ambil pengajaran dan dibuat perbandingan agar kita rendah hati, bukanlah semata-mata untuk sedapkan telinga dan juga berkhayal. Lepastu acah-acah nak sampai maqam wali.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment