Saturday, January 9, 2016

SYARIAT TAREKAT HAKIKAT MAKRIFAT

(4 Cabang Ilmu). Kekeliruan sering wujud di dalam memahami apa itu Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Ramai yang mungkin masih dalam kekeliruan tentang perbezaan diantara Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Kebingungan bertambah ketika kebanyakkan ilmu di antara fahaman Tasawuf atau Mazhab-mazhab ilmu Fiqah yang semakin memperuncing perbezaan diantara ilmu tersebut. Padahal, masing-masing merupakan jalan menuju kepada "Keikhlasan dengan Allah s.w.t." dengan kaedah-kaedah ilmu yang berbeza. Tujuan atau matlamat kesemuanya adalah sama iaitu menuju kepada Allah, satu-satu Zat yang wajib di Tauhidkan, di Esakan, di Makrifatkan dengan penuh “Keikhlasan".

Tidak ada yang lain hanya Allah yang Maha Qudrat (Berkuasa), Iradat (Berkehendak), Ilmu (Mengetahui), Hayat (Hidup), Samaak (Mendengar), Basyar (Melihat) dan Kalam (Berkata-kata). Pencerahan ini akan membantu kita memahami perbezaan agar kita tidak terjebak kepada saling menyalahkan dan menganggap masing-masing paling benar. Pada jalan Syariat adalah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah yang telah ditetapkan dalam Amalan Ibadah, Hukum-hakam, Muamalat dan sebagainya. Hakikat dengan Makrifat adalah merupakan penyaksian akan kewujudan suatu rasa Zatulhaq dalam Diri pada setiap sesuatu "Pergerakkan Kehidupan" tertakluk di dalamnya Asma, Afaal, Sifat dan Zat. Kita sememangnya mengenal istilah, musyahadah rububiyah, yakni mengenal dan melihat Tuhan dengan Mata Hati (Basyirah).

Syariat merupakan pengetahuan atau konsep ilmu Fekah yang merupakan jalan menuju Allah s.w.t yang di Syariatkan melalui junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan kaedah aktualisasi prinsip-prinsip syariat dengan ketentuan hukum-hakam yang sah. Tariqat adalah perjalanan kehidupan dan perbuatan "Penyata Sifat" yang tersedia tertakluk pada ketetapan dan perlaksanaan dalam pergerakkan kewujudan dalam penzahiran Allah s.w.t. untuk dikenali. Hakikat adalah Keabadian, Kenyataan, Kepercayaan, merasa melihat-Nya dengan penuh Keikhlasan, Ketakwaan, Keimanan dan Kekosongan sebagaimana yang di sabda oleh Rasullullah s.a.w "Ikhlas itu seumpama seekor semut hitam, yang duduk di atas batu yang hitam, berada di dalam Gua yang gelap gulita”.

Makrifat adalah " Mengenal", yang mana setiap Diri penanggung Amanah Allah mengisbatkan yang Allah ul Haqq dalam menafikan kewujudan yang lain hanya Allah yang wujud. Setiap gerak adalah gerakNya, bertepatan firman Allah "Tidak bergerak kamu wahai Muhammad melainkan gerakkan Aku”. Syariat datang dengan peraturan hukum-hakam dari Sang Maha Pencipta untuk supaya teratur kehidupan manusia, sedangkan Hakikat bersumber dari dominasi kreativitas Al-Haqq. Syariat merupakan penyembahan makhluk pada Al-Khaliq, sedangkan Hakikat adalah kesaksianNya dari sifat makhluk meliputi Zat dan Sifat terhadap kenyataan kewujudanNya. Syariat adalah penegakan atau perlaksanaan apa yang diperintahkan Allah s.w.t. Sedangkan Hakikat adalah kesaksian terhadap sesuatu yang telah ditentukan dan ditakdirkan-Nya, serta yang disembunyikan dan yang dinampakkan.

Penjelasan menarik tentang hal ini dalam Surah Fatehah, firman Allah s.w.t, “Iyya ka na’budu (Hanya kepada-Mu kami menyembah) -[QS Al-Fatihah [1]: 4] adalah manifestasi dari syariat. Sedangkan “Iyya ka nasta’iin” (Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan)- [QS Al-Fatihah [1]: 5 ] adalah manifestasi dari pengakuan (penetapan) Hakikat. Kesimpulannya, Syariat adalah Hakikat sebenarnya yang dipandang dari sisi dimana kewajipan yang diperintahkan dan Hakikat sebenarnya juga merupakan Syariat yang dipandang dari sisi dimana kewajipan yang diperintahkan bagi mereka yang Makrifat. Kesimpulan daripada kenyataan di atas menunjukan bahawa Syariat yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w adalah merupakan kaedah-kaedah penyucian Hati yang menuju "Kemakrifatan, Keikhlasan, Keimanan, Ketakwaan, KeEsaan" kepada Allah s.w.t. yang tertakluk dalam peringkat Syariat. Begitu juga pada peringkat Tariqat, Hakikat dan Makrifat mempunyai kaedah-kaedah jalan penyucian Hati yang menjadi syarat wajib penyerahan Amanah Allah yang merupakan Rahsia Diri Empunya Diri.

Namun begitu hanya Diri Rahsia yang mengenal Diri Empunya Diri, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w, "Araftu rabbi bi rabbi" Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku”. Pencapaian Penyucian Hati ini tertakluk kepada peringkat cara kaedah yang dilaksanakan mengikut jalan yang di lalui, sama ada jalan syariat, tariqat, hakikat dan makrifat. Namun ilmu "Makrifat" adalah jalan atau kaedah yang paling tinggi, mudah, cepat, padat dan mantap proses penyucian Hati itu, namun syaratnya adalah "Mati sebelum Mati". Semua kita pasti mati, kerana mati itu jalan dan kaedah jalan makrifat kepada Allah s.w.t yang paling sempurna dan hasilnya adalah "Insan Kamil”. Kita dikehendaki mematikan diri sebelum dimatikan, menjurus kepada tidak ada sesuatu apa pun milik kita keseluruhan Alam Diri kita mahu Semesta Alam ini serta isi-isinya mutlak ditadbir-urus, di takluki dalam Ketetapan dan Perlaksanaan Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment