Thursday, February 12, 2015

SANG PEMBERI SYAFAAT

Nabi Muhammad saw digelar Rasulullah, An-Nabi, Khatamul Anbiya wal Mursalin, AlMustafa, Al-Amin, Shalallahu alaihi wa Sallam (Salawat dari Allah salam atasnya). Di panggil manja dgn Abal Qasim dan diberi nama Muhammad bin Abdullah. Nasabnya dari jalur ayahnya ialah Abdullah bin Abdul Mutthalib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan bin Ismail bin Ibrahim. 

Nenek dari jalur ayah ialah fatimah binti amr al makhzumiyah. S'mtara dari jalur ibu baginda ialah Aminah binti Wahb bin Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Nenek dari jalur ibu ialah Barroh binti Abdil Uzza. Baginda dilahirkan di Mekkah pada 12 Rabiul Awal 52 S.H (Tahun gajah)/22 April 571 M). Dilantik menjadi Rasul saat berumur 40 tahun saat beribadah di Gua Hira.

Baginda berhijrah ke Madinah pada bln Rabiul Awal saat berusia 53 tahun dan telah menjadi panglima perang sebnyk 27 kali dan mengutus jemaah perang sebnyk kurang lebih 56 kali. Melakukan ibadah haji hanya sekali ttp melakukan ibadah umrah sebnyk 4 kali.  Baginda wafat di Madinah pada hari Isnin 12 Rabiul Awal 11 Hijrah (632M) genap berusia 63 tahun dan di makamkan di rumah Syaidatina Aisyah r.ha di kompleks Masjid Nabawi.  Baginda beretnik Arab suku Quraisy dari Bani Hasyimiah. 

Berikut adalah nama2 isteri Baginda iaitu Ummul Mukminin iaitu Khadijah binti Khuwailid, Saudah binti Zum’ah, Aisyah binti Abu Bakar, Hafshah binti Umar, Zaynab binti Khuzaymah, Hindun binti Abi Umayyah, Zaynab binti Jahsy, Juwayriyah binti Harits, Ramlah binti Abu Sufyan, Shafiyah binti Huyay, Maymunah binti al-Harits dan Maria binti Syama’un. Anak2 Baginda terdiri dari Al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum, Fathimah dan Ibrahim.

No comments:

Post a Comment