Pakar hadith? Apa yg diertikan dengan pakar hadith? Adakah sama erti dengan pakar mata, pakar jantung seumpamanya. Zaman sekarang jika disebut pakar feqah, tak semestinya dia menguasai keempat2 mazhab feqah, jika menguasai satu mazhab feqah yg khas, tak semestinya pula dapat menguasai qaul2 muktamad dlm mazhab, qaul yang rajih/asoh atau marjuh, qaul yg syaz atau dhaif dsbnya.
Apatah lagi dalam bidang hadith? Ulamak sebut hadith mempunyai lebih 70 fan/bidang. Ada fan riwayahnya, dirayahnya, fiqhul hadisnya, Ilalul Hadisnya, gharibul hadisnya, fan sanad dan rijalnya, fan jarh dan ta'dilnya dan yg tertinggi sekali adalah fan asrarul hadis (rahsia dan hikmah syariat di dalam hadith). Ianya dianugerahkan khas oleh Allah s.w.t kepada Muhaddis Kabir Syah Qutbuddin Waliyullah Ad-Dehlawi melalui kitabnya yang masyhur "Hujjatullahul Balighah”. Lalu jika seorang itu berjaya mendapatkan 3 PhD Hadith sekalipun, pulang ke tanah air digelar pakar hadith adakah beliau telah menguasai ke semua 70 bidang hadith tersebut? Saya rasa untuk menguasai dan merangkumi satu saja dari 70 bidang hadith tersebut di zaman kita ini amat susah dan musykil sekali, mungkin satu dalam sejuta, atau satu dlm 70 juta.
Yang paling akhir sekali Allah s.w.t akan kurniakan pada seseorang Muhaddis Ilmu Ilalul Hadith, yakni beliau dapat mengecam kelemahan dan kecacatan yg terkandung di dalam suatu hadith yg mana kecacatan itu tidak dapat di kesan oleh kebiasaan muhaddisin yg lain. Apapun kaitan ilmu ini adalah dgn zauq dan wijdan, ianya tidak ada kaedah yg khusus untuk menghasilkannya. Ianya bergantung kpd sejauh mana dan selama mana sesorang itu memberi jiwanya dlm ilmu hadith. Para Ulamak yg mendapat kedudukan ini adalah semisal Imam Ibnu Abi Hatim Ar Razi rah, Imam Abu Zur'ah Ar Razi rah, Imam Abdul Rahman Bin Mahdi rah dan Imam Ali Ibnul Madini rah.
Seseorang telah datang kpd Imam Ibnu Abi Hatim Ar Razi Rh.a lalu mendengarkan hadis di depan beliau. Imam Sahab hanya mendengar dgn teliti. Setelah keseluruhan hadis didengari, beliau mula mengulas, “Fulan tidak pernah berjumpa dengan fulan, Fulan sepatutnya datang dengan perantaraan fulan dan fulan tidak sabit drpd fulan”. Beliau menyebut 8 hingga 10 kecacatan. Orang tersebut sedikit marah lalu mengatakan, “Tuan menyebut kecacatan tanpa memeriksa terlebih dahulu”. Imam Sahab memberitahunya jika kamu ragu-ragu dengan aku, pergilah kamu kpd Imam Abu Zuhrah Ar Razi rah. Orang tersebut lalu pergi kpd Imam Abu Zuhrah dan mendengarkan hadis yg sama kepadanya. Imam Sahab juga menyebut 8 hingga 10 kecacatan yg sama sepertimana di sebut Imam Abu Hatim sebelum ini. Orang tersebut sekali lagi membantah bahawa Tuan Imam menyebut tanpa memeriksa terlebih dahulu.
Imam Abu Hatim lalu menjawab, adakah sesorang itu akan membantah tukang emas sekiranya tukang emas memberitahu bahawa emas yg kamu bawa di depanku ini asli ataupun ianya palsu tanpa memeriksanya terlebih dahulu? Sepertimana Ijtihad yg dibuat tukang emas terhadap keaslian dan kepalsuan sesuatu emas merupakan sesuatu yg wijdan" dan perkara zouqi, demikianlah Para Muhaddsin yg menceburi bidang hadith dlm tempoh yg lama dan tenggelam di dalamnya, mereka mempunyai Zouq yg tinggi apatah lagi kehidupan mereka dijalani dengan penuh warak dan taqwa.
Sebab itu kita tidak hairan ramai di kalangan Muhaddisin yg memasukkan hadith dhaif di dalam karangan mereka hatta ada juga yg memasukkan hadith dhaif jiddan. Malah Imam semisal Ibnu Jauzi rah dan Ibnul Qayyim rah (Dalam Midarus Salikin) juga ada memasukkan hadith Munkar tanpa mentanbihkannya. Apa kita nak hairan jika Syeikhul Hadis Maulana Zakariya rah memuatkan hadith daif di dalam kitabnya Fadhail Amal? Yang ajibnya Ulamak Jarah Wa Takdil semisal Imam Az Zahabi rh.a menjarahkan seorang perawi di dalam satu hadith tiba2 beliau memasukkan hadith tersebut dlm karangan beliau. (Al Kabaair).
Tedapat dua kategori hadith dhoif, satu nya hadis dhaif dan satu lagi hadith dhaif jiddan. Mengenai hadith dhaif jiddan, ianya di pecahkan kpd dua, satu hadith yg disepakati Ulamak akan kedhaifannya dan yg ke dua adalah hadith yg masih terdapat khilaf ulamak didalam menentukan kedhaifannya. Adakah hadith yg dikatakan dhaif jiddan di dalam Fadhail Amal itu semuanya disepakati ulamak sebagai dhaif jiddan?
Walaupun tahap untuk dipercayai terhadap perawi hadith dhaif jiddan ini adalah amat tipis sekali, namun Para Ulamak yg mempunyai kepakaran yg tinggi dan mempunyai zouq yg halus ditambah dengan nilai ketaqwaan yg ada pada mereka dapat menentukan asal sesuatu hadith khasnya bila hadith tersebut terdapat sokongan daripada hadis2 yang lain.
Maknanya bukan kesemua Ulamak menolak mentah hadith dhaif jiddan, malah jika diperhatikan daripada ta'ammul Sesetengah Muhaddisin sprtimana Imam Baihaqi, Ibnu Solah, Imam Sayuti, Hafiz Al Munziri, Hafiz Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Haitami Rahimahumullah dan ramai lagi, mereka masih bertolak ansur dengan hadith dhaif jiddan (di dalam fadhail, targhib wa tarhib) dan memasukkan di dalam karangan mereka.
Para Ulamak dahulu mereka menghafal beratus ribu hadith kemudian menyaringkannya lalu memasukkan di dalam karangan mereka. Imam Bukhari rh.a disebut menyaring daripada 6 ratus ribu hadith dan hanya memasukkan 2600 lebih hadith dalam Sahihnya Bukhari. Demikian pula Imam Ahmad menyaring daripada 7 ratus ribu hadith lalu memuatkan lebih kurang 30 ribu hadith atau 40 ribu hadith sahaja di dalam Musnadnya.
Satu lagi perlu fahami apabila Ulamak menyebut 600 ribu hadith, bukannya bermakna 600 ribu matan hadith. Matan hadith kemungkinan kurang dari jumlah itu. Orang dahulu bila sebut hadith ianya bermakna hadith matan bersama sanad perawinya hanya matan hadith mereka tidak menganggap sbgai hadith. Jadi kemungkinan satu hadis terdapat 20 turuq (versi) yg berbeza yang didengari dari 20 Shuyukh yg berbeza. Disebut bahawa hadis pertama dalam Bukhari, Hadis " Innamal A'malu Bin Niyyat" sahaja terdapat 750 turuq.
Imam Bukhari rh.a hanya menyaring sanad yg terbaik di antara yg terbaik lalu memasukkan ke dalam Kitabnya Bukhari. Jika tidak, nescaya kitabnya akan dipenuhi dengan sanad hadith pertama. Imamul Muhaddisin Imam Yahya Bin Main rh.a berkata selagi mana aku tidak mengumpul sebanyak 30 turuq (versi) terhadap satu matan hadis, maka aku akan anggap diriku sebagai seorang anak yatim. Nah sekarang beranikah kita menggelarkan diri kita pakar hadith, Muhaddisin dan sebagainya? Kalau Arba'in Nawawi pun tak hafal saya rasa nak letak diri kita sebagai khadimul Hadith pun tak layak, rasa nyelah.
No comments:
Post a Comment