Wednesday, February 12, 2014

42 MANFAAT SELAWAT NABI

Manfaat Selawat kpd Nabi Muhammad saw:

1). Melaksanakan perintah Allah swt berupa berselawat kpd beliau.

2). Bersesuaian dan mencocoki Allah swt di dlm berselawat kpd Nabi saw.

3). Bersesuaian dan mencocoki para malaikat di dlm berselawat kpd Nabi saw.

4). Berselawat kpd Nabi sekali mendptkan balasan 10 selawat (rahmat) dari Allah swt.

5). Diangkat 10 darjat.

6). Dicatat 10 kebaikan.

7). Dihapus 10 kesalahan.

8). Doa seseorg mudah dikabulkan.

9). Selawat menjadi sbb (perantara) mendptkan syafaat Rasulullah saw.

10). Selawat menjadi sbb dosa2 diampuni aib-aib ditutupi.

11). Selawat menjadi sbb seorg hamba dicukupi segala kesusahannya.

12). Selawat menjadi sbb seorg hamba dpt dkt dgn Rasulullah saw.

13). Selawat boleh bernilai laksana sedekah.

14). Selawat menjadi sbb berbagai keperluan terpenuhi.

15). Selawat menjadi sbb org yg mengucapkannya mendptkan selawat dari Allah swt dan para malaikatNya.

16). Selawat dpt menjadi zakat (pembersih, pemberkatdan penyubur) jiwa.

17). Selawat menjadi sbb seorg hamba mendptkan berita gembira berupa syurga seblm dia meninggal dunia.

18). Selawat menjadi sbb selamat dari malapetaka hari kiamat.

19). Selawat menjadi sbb org yg mengucapkannya mendptkan jawaban dan sambutan dari Rasulullah.

20). Selawat menjadi sbb seorg hamba mengingat hal yg dia lupakan.

21). Selawat menjadi sbb harumnya majlis dan majlis yg diselenggarakan tidak akan menjadi kekecewaan pada hari kiamat.

22). Selawat menjadi sbb ditiadakannya kefakiran.

23). Jika seorg hamba berselawat usai nama beliau disebut, ia telah dinafikan dari predikat kikir dan pelit.

24). Selawat menyelamatkan seseorg dari predikat rendah dan hina, yakni manakala nama Rasulullah saw disebut dan dia tidak mahu berselawat.

25). Selawat menempatkan seseorg pada titian jln ke syurgadan boleh menyesatkan org yg tidak mahu selawat jauh dari jln syurga.

26). Selawat menyelamatkan suatu majlis dari bau busuk manakala di dlm majlis itu tidak disebut asma Allah swt dan Rasulullah saw.

27). Selawat menyebabkan kesempurnaan suatu ucapan yg dimulai dgn memuji Allah swt dan berselawat kpd Rasulullah saw.

28). Selawat menjadi sbb kesuksesan hamba melewati shirat (titian jln menuju syurga yg dipasang di atas neraka).

29). Selawat mengeluarkan seorg hamba dari gelar kaku dan keras kepala (al-jafa’).

30). Selawat menjadi sbb seseorg mendptkan buah tutur yg baik dari Allah swt di (kalangan penduduk) langit dan bumi.

31). Selawat menjadi sbb seseorg meraih rahmat Allah swt.

32). Selawat menjadi penyebab keberkatan.

33). Selawat menjadi penyebab langgeng, meningkatdan berlipat gandanya kecintaan beliau. Dan itu termasuk simpul2 keimanan yg hanya boleh sempurna dgnnya

34). Selawat menjadi sbb kecintaan Rasulullah saw kpdnya.

35). Selawat menjadi sbb seorg hamba mendptkan hidayah dan hidup hatinya.

36). Selawat menjadi sbb nama seseorg dipaparkan dan disebut di sisi beliau.

37). Selawat menjadi sbb telapak kaki tegak dan kokoh di atas shirat.

38). Selawat bererti memenuhi sedikit hak Rasulullah saw dan ungbila terima kasih (balas jasa) kpd beliau atas berbagai nikmat yg diberikan Allah Taala melalui beliau.

39). Selawat mengandung zikir kpd Allah swt dan syukur kpdNya serta mengenal kebaikanNya.

40). Selawat kpd Nabi saw dari seorg hamba adalah doa dan permohonan kpd Tuhannya azza wa jalla. Bererti ia satu kali berdoa utk Nabi sawdan pada kali lain utk dirinya sendiri. Dan tidak diragukan bahawa di dlm hal ini terdpt kelebihan bagi seorg hamba.

41). Buah dan faedah terbesar yg diraih dgn berselawat kpd beliau adalah tercetaknya (terpatrinya) rupa beliau yg mulia di dlm jiwa.

42). Memperbnyk selawat kpd beliau menduduki kedudukan guru murabbi.

Sumbernya 42 Manfaat Selawat tersebut iaitu dituliskan di dlm kitab Hadaiqul Anwaar fish Shalah was Salam alan Nabi alMukhtar’ (taman2 cahaya di dlm berselawat dan salam kpd Nabi terpilih) yg ternukilkan dlm Az Zakhair Al Muhammadiyyah oleh Imam Al Habib Muhammad bin Alawi Al Maliki Al Hasani. “Subhanallah Walhamdulillah Wa Laa ilaha illallah Wallahu Akbar” (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allahdan Allah Maha Besar) “Allahuma sholli wa sallim alaa nabiyyina Muhammad “ (Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kpd nabi kami Muhammad s.a.w)

No comments:

Post a Comment