Orang yang mengatakan apakah cukup hanya dengan solat dapat selesaikan hajat kita? Maka orang yang berkata demikian, solatnya tak akan naik kepada Alloh SWT (Maulana Saad).
Haji Sahb katakan: Syaitan kata memang Rizki dari Alloh tetapi kerja untuk mendapatkannya juga penting agar manusia yakin dengan asbab dhohir dan tinggalkan amal.
CARA ISTIFADAH DENGAN SOLAT (Maulana Yusuf rah a.)
1). Yakin
2). Tawajjuh
3). Mengetahui ilmu masail
4). Ikhlas.
Cara Tumbuhkan yakin dengan Solat:
1). Datang kepada Manusia dan beritahu mereka agar hilangkan keyakinan kepada Makhluk dan hilangkan Usaha atas makhluk
2). Kerjakan Solat sebagaimana yang dibuat oleh Rosululloh Sawyakni dengan memperbanyak solat sunnat.Kerana Alloh semakin dengan dengan hamba yang mengerjakan amalan sunnat. (Syech Abdul Wahab)
KEPENTINGAN SOLAT UNTUK IJTIMA’I UMMAT
1). Jika 50-100% orang Islam kerjakan solat (asal solat saja) maka Alloh SWT akan jatuhkan keadaan dunia orang kafir (Maulana Yusuf rah a.).
2). Bani Isroil didholimi oleh Fir’aun, minta kepada Musa as agar membebaskannya dengan mendirikan negara sendiri.
Tetapi Alloh SWT perintah mereka untuk kerjakan solat dengan firmannya: Dan Kami perintahkan kepada Musa as dan saudaranya Harun as, Ambillah oleh kamu berdua beberapa rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah rumahmu itu Masjid dan dirikanlah solat didalamnya dan berilah kabar gembira bagi orang orang yang beriman (Surat Yunus 87).
Setelah 40 tahun Bani Isroil seluruhnya mengerjakan solat, setiap ada masalah mereka mendirikan solat dan tak lari kepada Mahkamah Fir’aun kerana Mahkamah Fir’aun tak dapat selesaikan masalah mereka, barulah Alloh SWT memberi kabar gembira menangkan mereka atas Fir’aun.
KEPENTINGAN SOLAT UNTUK INFIRODHI
1). Jika solat ada sifat yakin, ikhlas, Ilmu dan zikir maka solat telah memasuki tahap pertama hakekat iaitu akan mencegah perbuatan keji dan mungkar.
2). Jika solat mencapai solatnya Rosululloh dan para sahabat barulah hakekat solat akan mampu menarik pertolongan Alloh SWT. (Maulana Iksan)
3). Solat adalah asbabaul kabir sedangkan usaha dunia adalah asbabu shoghir dan asbab yang singkat. Perbaikan atas solat adalah lebih penting daripada perbaikan atas perkara keduniaan.(H.Sahb)
Maulana Jamil: Solat adalah asbab mendatangkan Rezeki dengan dasar Firman: Dan Perintahkanlah keluargamu/ummatmu untuk solat dan bersabarlah atasnya. Kami tak meminta rezeki dari kamu tetapi Kamilah yang memberi Rizki kepadamu dan akibat yang baik bagi orang yang bertakwa. (Toha 132).
Kisah: 200 tahun lalu ada seorang Raja Islam di India mengerjakan solat Jum’at sedangkan ia memakai kain sutera, seorang khotib berkhutbah bahawa: “Memakai sutera adalah haram dan barang siapa yang tidak membenarkannya maka dia Kafir.”
Raja marah sesampainya di Istana Raja berencana kirim pengawal untuk tangkap Ulama tadi. Putera mahkota adalah murid dari ulama yang menjadi khotib merasa ketakutan kerana gurunya akan dihukum ayahnya. Maka dia berlari ke Rumah syech dan ceritakan bahawa ayahnya akan menangkapnya.
Syech tadi katakan: Jangan kwatir saya akan mengadu kepada Alloh dan berdoa agar Alloh tangkap ayah kamu, dia berwudhu dan dirikan solat. Kini putera mahkota takut ayahnya kan ditangkap Alloh mak dia berlari ke Istana untuk ceritakan hal ini, Raja gemetar mendengar karghozari anaknya dan bertobat meminta maaf kepada Syech.
No comments:
Post a Comment