KARGUZARI INDONESIA
Pada tahun 1972 kami telah dihantar ke Indonesia dengan jemaah Arab. Hadrat Ji juga ada bersama dalam jemaah kami. Kami pergi ke Indonesia melalui Pulau Pinang ikut jalan laut. Semasa bertolak dari Pulau Pinang ke Medan Indonesia, Maulana Omar Palam Puri rah.a telah berbisik di telinga saya bila kita sampai di sana, kita kenalah gali perigi sendiri untuk minum.
Kerana di Medan tidak ada apa-apa kerja dan semua kerja, kita sendiri kena buat. Tidak ada sesiapa pun tahu tentang kerja ini dan tidak ada sesiapa yang akan bantu kita untuk buat usaha ini. Hampir 2 cillah (80 hari) kami ada di sana dan 200 orang bagi masa bersama-sama dengan kami. Markaz di Medan telah bermula sejak waktu itu (1972). Ulamak telah faham kerja ini dan kami tasykil mereka untuk 4 bulan di India dan mereka menangis kerana mereka tidak ada harta sebegitu banyak.
Kami telah kumpulkan mereka dan cerita pada mereka bagaimana Maulana Ilyas rah.a mula buat kerja di Mewat India dan untuk faham kerja ini tuan-tuan kena datang ke India. Mereka menangis lagi kerana mereka tak mampu untuk buat demikian, kemudian kami terangkan bagaimana untuk buat kerja tempatan. Kami terangkan pada mereka macamana untuk buat taklim dan gash. Hanya dua perkara saja kami terangkan pada mereka kerana kerja dalam peringkat awal lagi. Alhamdulillah mereka telah mulakan kerja di satu tempat iaitu di tempat di mana kami mulakan kerja.
Bila program kami telah sempurna di beberapa tempat di Indonesia, orang-orang tempatan dari Medan telah datang pada kami. Mereka kata “tuan-tuan telah mulakan kerja di tempat kami maka akhir pun tuan kena datang sekali lagi ke masjid kami”. Kami terima jemputan mereka dan kami telah pergi ke tempat itu. Kami pun memberitahu bahawa lepas Maghrib ada Bayan dan untuk itu lepas solat Asar kita akan buat Gash @Jaulah.
Betapa hairannya kami apabila orang tempatan kata, “tak perlu buat Gash”.
Kami bertanya “kenapa tidak perlu buat Gash?”
Mereka jawab “Kerana sejak tuan buat usaha di sini dulu, taklim telah pun hidup tiap-tiap hari. Gash pun kami telah buat dan Alhamdulillah tidak ada seorang pun dalam kariah ini tidak datang solat di masjid”.
Mereka telah buat usaha sehingga 100 peratus orang Islam jadi orang yang solat.
Mereka bagi tahu pada orang ramai , "tuan-tuan mahu buat dakwah ke! Tak mahu buat dakwah ke! Tak apa!, tapi semua orang kena datang solat ”
Apa yang saya beritahu pada tuan-tuan ialah peristiwa yang berlaku pada tahun 1972 semasa saya bersafar bersama dengan Hadraji rah.a.
Pada tahun 1992 saya telah pergi ke Indonesia sekali lagi. Masa itu ada ijtimak di Jakarta. mereka telah hantar surat ke Nizamuddin dan letak takaza.
Hadraji rah.a telah hantar jemaah dan saya juga ikut ke sana untuk menghadiri ijtimak Indonesia.
Di airport, Ahli Syura Indonesia telah datang menyambut kami dengan penuh semangat mereka memberitahu kami, insyaallah ijtimak akan bermula esok dan mereka telah buat azam untuk keluarkan 1,000 jemaah di Jalan Allah s.w.t
Ijtimak telah sempurna dan saya telah bermusafar dengan 750 jemaah yang keluar. Masa ijtimak, 750 jemaah telah keluar khuruj dan sebelum istimak mereka telah keluarkan sebanyak 250 jemaah jadi semua sekali 1,000 jemaah.
Ini semua berlaku dalm tempoh 20 tahun; di mana 20 tahun sebelum itu tiada siapa pun tahu usaha yang suci murni ini.
KARGUZARI THAILAND
Pada tahun 1972, Maulana In’amul Hassan rah.a (Hadratji), Maulana Omar rah.a, Maulana Harun rah.a ,Maulana Munsyi Basyir rah.a dan beberapa orang lagi termasuklah saya (Maulana Ibrahim) telah sampai di bumi Thailand. Kami sampai di Thailand iaitu Bangkok dan kami tinggal di sana selama 5 hari tapi tak ada apa-apa kerja di sana. Langsung tak ada kerja di sana. Hadraji rah.a dan Maulana Omar rah.a keluar buat gash tapi saya dan Munsyi Basyir tinggal di masjid.
Hadraji rah.a telah bercakap dengan Al-Marhum Yusof Khan sepertimana kita selalu cakap bahawa ini usaha agama dan kita kena buat usaha ini dan sebagainya. Maka Al-Marhum Yusof Khan telah mulakan kerja. 28 tahun telah berlalu. Kini usaha telah maju sehingga lebih daripada 1,000 jemaah telah keluar 4 bulan.
Orang Thailand buat kerja dengan mengikut usul dan tidak ada pergaduhan berlaku di antara mereka. Apabila ada apa-apa masalah Al-Marhum Yusof Khan akan datang ke India jumpa Hadratji rah.a. Beliau bertanya kepada Hadratji macamana nak buat itu dan ini maka Hadratji akan beri panduan usaha. Al Marhum Yusof Khan balik ke Thailand terus buat arahan dengan ta’at dan Allah menyelesaikan masalah-masalah.
Kemajuan agama dan usaha di Thailand amatlah mengkagumkan dan sukar dicatit satu persatu. Ribuan jemaah biasa dan jemaah berjalan kaki telah keluar dan sedang bergerak di seluruh Thailand. Di saat yang sama ribuan Hafiz telah dilahirkan dan ribuan lagi sedang tekun menghafal kalam Allah. Semoga bumi Siam akan menjadi negara Islam satu masa nanti.
KARGUZARI MALAYSIA
Jemaah terawal yang dihantar oleh Markaz Tabligh sedunia di Nizamuddin, India ke Asia Tenggara ialah pada tahun 1952. Ianya zaman ketika Maulana Yusof menjadi amir (Hadratji) Jemaah Tabligh. Ini terhasil dengan kedatangan Jemaah India ke Malaya dan Indonesia waktu itu. Tokoh yang memperkenalkan gerakan ini ialah Maulana Abdul Malik Madani, yang datang ke Singapura dan Selangor sekitar tahun 1952 sebagai utusan dari markas di Nizamudin.
Dari Singapura, beliau singgah di Kuala Lumpur selama beberapa hari dan berangkat ke Ipoh dan Pulau Pinang lalu kembali semula ke Kuala Lumpur dan terus pulang ke India melalui Singapura Sepanjang tahun 1950-1960 kegiatan Jamaah Tabligh ini tertumpu kepada kaum India Muslim sahaja. Namun begitu mulai tahun 1970-an bermulalah tahap yang kedua dalam sejarah Jamaah Tabligh di Malaysia iaitu apabila kegiatannya turut melibatkan orang-orang Melayu.
Sekitar awal 80an begitu ramai pelajar dan anak muda yang terlibat dengan usaha ini yang mana dari merekalah usaha yang mulia ini sampai kepada masyarakat Melayu. Markas dari Mesjid India berpindah ke Kampung Sheikh Muhammad dan kemudian ke Mesjid Sri Petaling. Jor pertama diadakan di Kg. Baru dengan kehadiran 25 orang. Pada tahun 1982 satu ijtimak peringkat Kebangsaan yang dihadiri oleh Hadrat Ji berlangsung di Buluh Gading, Terengganu dengan kehadiran 100,000 hadirin. Selepas Ijtimak pertama kehadiran Hadratji Maulana In’amul Hassan rah pada tahun 1982 itu, usaha semakin pesat berkembang sehinggalah ke hari ini.
No comments:
Post a Comment