Wednesday, March 11, 2015

KISAH TENTANG MAULANA ILYAS RAH. A.

1). KISAH 1 

Pada bulan September 1929, seorang Sheikh telah membuat satu lawatan ke Mewat untuk menyaksikan sendiri arus kebangkitan Islam yang menjadi bualan ramai di dalam perjalanannya, beliau telah terserempak dengan satu jemaah dari Mewat yang sedang dalam perjalanan untuk bertabligh. 

Beliau mengisyaratkan agar mereka berhenti dan bertanya, “Apakah maksud semua ini?” 

Jawab orang Mewat tersebut, “Ada suatu ketika di dalam hidup kami di mana kami tidak mengenali akan Tuhan maupun Nabi kami sendiri. Semoga Allah merahmati Maulana yang telah menunjukkan kami kepada jalan yang benar. Kini kami hanya mahu menyampaikan perutusan yang baik ini kepada semua orang “ 

2). KISAH 2

Sekali pernah sanak saudara Maulana datang dari kampong halamannya iaitu Kandhla. Mereka menziarahinya untuk bertanya khabar tentang kesihatannya. Mengetahui tujuan mereka Maulana berkata, “Kamu telah mengembara dengan jauh semata-mata untuk bertanya darihal seseorang yang sememangnya dilahirkan untuk mati, sedangkan agama Nabi mu yang kekal abadi itu sedang yatim piatu tidak pula kamu menunjukkan sedikit pun kerisauan mengenainya”.

3). KISAH 3 

Berkat mujahadah dan usaha maulana yang tidak mengenal lelah, ijtimak yang pertama telah diadakan di Mewat pada bulan November 1941 dan telah berjaya menghimpunkan 25,000 orang.  Kebanyakan dari mereka telah berjalan kaki sehingga ada yang berjalan sejauh 50 batu semata-mata untuk menghadiri ijtimak tersebut. Kejahilan orang-orang Mewat yang amat menyedihkan dapat dinilai dari tindak balas yang diterima oleh Maulana ketika menggesa salah seorang dari kaum Mewat untuk berusaha atas Tabligh. 

Maka menjawab orang Mewat itu, “Tablid? Apa Tablid?"beliau tidak berupaya untuk menyebut perkataan yang betul sekalipun. Namun mereka inilah yang pada mulanya jahil tentang istilah Tabligh itu sendiri telah bertukar menjadi pendakwah yang hebat membawa kerja Nabi ini ke seluruh pelusuk alam. 

4). KISAH 4

Semangat Maulana Ilyas rah yang keras membolehkan Maulana melepasi setiap rintangan yang dihadapi. Maulana sering berjalan kaki merentasi liku-liku lembah Mewat sejauh 25 batu tanpa berhenti untuk berehat, minum atau pun makan. Maulana tidak ada masa untuk menjaga kesihatannya sendiri kerana sibuk dengan usaha dakwah. 

Seringkali Maulana meninggalkan Nizamuddin pada hari Jumaat selepas makan tengahari dan makan makanan berikutnya pada hari Ahad. Di malam hari Maulana akan berjaga sepanjang malam. Di siang hari mendaki gunung ganang serta merentasi dataran Mewat yang kering kontang. 

Melihatkan rakan-rakan yang keletihan, Maulana memberi targhib (galakan), “Tiadalah Tuhan itu melainkan di sebalik gunung Mujahadah. Barangsiapa ingin menemuiNya, akan mendapatiNya di sana…” 

“Orang-orang yang bermujahadah pada jalan KAMI, KAMI tunjukkan jalan KAMI, Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang baik" ( Al Ankabut:69).

No comments:

Post a Comment