HADITS TENTANG SORBAN
1). Dari Amr bin Umayyah ra dari ayahnya berkata, Kulihat Rasulullah saw mengusap surbannya dan kedua khuffnya (Shahih Bukhari Bab Wudhu, Al Mash alalKhuffain).
2). Dari Ibnul Mughirah ra, dari ayahnya, bahawa Rasulullah saw mengusap kedua khuffnya dan depan wajahnya dan atas surbannya (Shahih Muslim Bab Thaharah)
3). Para sahabat sujud diatas Surban dan kopyahnya dan kedua tangan mereka disembunyikan dikain lengan bajunya (menyentuh bumi namun kedua telapak tangan mereka beralaskan bajunya kerana bumi sangat panas untuk disentuh), saat cuaca sangat panas. (Shahih Bukhari Bab Solat).
4). Rasulullah saw membasuh surbannya (tanpa membukanya saat wudhu) lalu mengusap kedua khuff nya (Shahih Muslim Bab Thaharah)
5). Hadhrat Anas R.a. meriwayatkan, “Saya melihatsaw sedang berwudhu. Dia memakai sorban Qitri…" (Abu Dawud Hal.19)
6). Sulaiman R.a.mengatakan, “Saya melihat Para Sahabat dari kalangan Awwalun Muhajirin (mereka yang pertama kali hijrah ke Madinah) memakai sorban berbahan dari katun." (Mussanaf Ibn Abi Shaibah Vol.8 Hal. 241).
7). Abu Dawud telah menyebutkan dalam kitab sunannya, bahawa Nabi saw telah bersabda, “Perbedaan kita dengan orang musyrik adalah memakai sorban diatas kopiah.”
8). Abu Dawud dan Imam Ahmad Bin Hanbal, bahsawanya Ibn Umar r.a. telah berkata, Rasulullah saw telah bersabda yang mahfumnya bahawa barang siapa yang meniru-niru suatu kaum (dalam penampilan), maka dia termasuk dari mereka.
9). Rasulullah saw telah bersabda yang mahfumnya, “Pakailah sorban karena itu adalah tanda dari malaikat. Juga biarkan ujung sorban bergantung di pundak.” (Baihaqi)
10). “Pakailah sorban, karena itu akan menambah kesabaranmu.” (Mustadrak of Hakim).
11). “Beberapa malaikat Allah akan berdiri di depan pintu mesjid dan memintakan ampun bagi mereka yang memakai SORBAN BERWARNA PUTIH.” (AlMaqaasidul Hasanah Hal. 466).
12). “Memakai sorban akan membedakan seorang muslim dengan kaum musryikin.” (Ibid)
13). “Allah Ta’ala menurunkan rahmat-Nya kepada orang yang memakai sorban pada hari Jum’at dan para malaikat akan mendo’akan mereka.” (Dailami).
13). “Allah Ta’ala menurunkan rahmat-Nya kepada orang yang memakai sorban pada hari Jum’at dan para malaikat akan mendo’akan mereka.” (Dailami).
14). “Semoga dengan penjelasan ini, para Fuqaha akan menerima fakta bahawa pahala solat dengan memakai sorban adalah lebih besar daripada solat tanpa memakai sorban” (Fatawa Rashidia Hal.326; Fatawa Rahimia Vol. 4 Hal.359).
15). Moulana Rashid Ahmed Gangohi telah menulis seperti berikut ini ketika menjawab satu pertanyaan tentang sorban, “Membolehkan seorang Imam (dalam solat) tanpa memakai sorban adalah sama sekali diizinkan tanpa suatu celaan, namun kita tidak boleh mengabaikan fakta bahawa dengan memakai sorban, pahala akan meningkat.” (Fatawa Rashidia Hal. 326).
16). Allamah Anwar Shah Kashmiri telah menulis, “Dari pandangan para fuqaha (ahli fiqih), kami menemukan bahawa adalah mustahab (sangat disukai) jika solat dilaksanakan dengan memakai 3 macam pakaian, satu diantaranya adalah sorban." (Faizul Bari Vol. 2 Hal. 8)
17). Maulana Mohammed Zakariya Khandalwi telah menulis dalam ‘Khasail-e-Nabawi’ (Penjelasan Kitab Shamail Tirmizi), “Memakai sorban adalah Sunnat-Mustamirrah’ (terus menerus dilakukan oleh Nabi saw). Nabi saw sangat menganjurkan kita untuk memakai sorban. Telah diriwayatkan dalam mahfum hadits, “Pakailah sorban. Karena itu akan membuatmu sabar" (Fathul Baari) Juga telah diriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Hadhrat Ibn Umar ra, “Apakah memakai sorban itu adalah sunnah atau bukan?” Beliau menjawab bahawa itu adalah sunnah.
18). Shaikh Muhammad Ibn Jameel Zino (Imam Muhammad Ibn Saud Islamic University) dalam bukunya (Al-Shamail Al-Muhammadiyyah, hal. 106), Ayat Al-Quran, “Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap-siaga dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda. (QS Al Imran:125). Ibn 'Abbas r.hum, ulama terbesar di awal Islam berkata, “Tanda itu maksudnya adalah MEREKA MEMAKAI SORBAN.” (Note : Betapa agungnya sorban, sampai para malaikat juga memakainya)
19). Topi/kopiah/songkok adalah merupakan ciri suatu bangsa dan banyak kaum muslim yang meniru-niru mereka dengan memakai topi mereka. Kenyataannya, menutup kepala dengan sorban, adalah lebih baik bagi mereka, untuk membedakan dari orang-orang kafir (Al-Shamail Al-Muhammadiyyah, Hal.106)
ULAMA MEMAKAI SORBAN
Dalam kitab tentang biografi pendiri mazhab Hanafi, Imam Abu Hanifah (terkenal karena pemikirannya yang intelek), Imam al-Suyuti and al-Haytami meriwayatkan bahawa beliau (Imam Hanafi) memiliki tujuh buah sorban, mungkin beliau memakai satu sorban untuk satu hari dalam seminggu.
Imam Syafi’I selalu memakai sorban yang besar, seolah-olah beliau adalah orang Arab di tengah padang pasir. Seperti juga dengan muridnya, pendiri mazhab Hambali, Ahmad ibn Hanbal selalu memakai sorban dengan melilitkan sebahagian ekornya dibawah dagu. Banyak kaum muslimin di Afrika Utara dan di Sudan meniru cara beliau dalam memakai sorban. Telah disebutkan juga bahawa Imam Bukhari rah ketika memrersiapkan perjalanannya ke Samarqand, beliau memakai sorban dan memakai kaos kaki dari kulit. (Muqadama Fathul Bari Hal. 493)
Juga telah diriwayatkan bahawa Imam Muslim rah suatu ketika pernah meletakkan cadarnya (selendangnya) pada sorbannya didepan gurunya lalu meninggalkan ruangan kelas. (Muqadama Fathul Bari Hal.491). Ini membuktikan bahawa Imam Muslim rah ketika mempelajari hadits selalu dalam keadaan memakai sorban. Ibn Hajar Al-Asqalani rah telah menyebutkan di dalam kitab Fathul Baari hal. 491 dan 493, bahawasanya Imam Bukhari dan Imam Muslim keduanya selalu memakai sorban.
Catatan: Walaupun mereka bukan orang Arab tapi mengamalkan hal ini (memakai sorban) untuk mengikuti Rasulullah saw.
Ibn Al-Jawzi dan Ibn Al-Qayyim (dlm kitab Rawdat al-muhibbin hal. 225.) mengatakan bahawa Hasan al-Basri rah selalu memakai sorban hitam.
Seorang ulama mengutip dari biografi Imam nawawi, bahawasanya Imam Nawawi seumur hidupnya hanya memakai baju panjang dan sebuah sorban.
SAHABAT MEMAKAI SORBAN
Abu Umar ra meriwayatkan bahawa ia pernah melihat Hadhrat Ibn Umar ra membeli sebuah sorban yang memiliki hiasan padanya. Dia meminta sebuah gunting lalu memotong hiasan itu. (Ibn Majah Hal.26)
Nafi’ rah mengatakan, “Saya melihat Ibn Umar ra memakai sorban yang mana ekornya bergantung di antara kedua punggungnya.” (Ibn Majah Vol.8 Hal. 2).
SORBAN HITAM
Hadrat Huraith ra meriwayatkan that Nabi s.a.w menjumpai manusia sedang beliau memakai sorban hitam.
Hadhrat Jaabir ra meriwayatkan bahawa pada saat Fathul Makkah (Penaklukan kota Makkah), Nabi saw memasuki kota Makkah Mukarramah dengan memakai sorban hitam. (Sahih Muslim Vol.1 Pg 439)
Ibn Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menemui para sahabat sedang beliau memakai sorban hitam.
Hadhrat Ibn Abbas ra meriwayatkan selama Nabi saw sakit yang menjadi asbab wafatnya, Nabi saw menjumpai para sahabat rhum dengan menggunakan sorban hitam. (Sahih Bukhari Vol.1 Hal. 536)
Hazrat Jaabir ra meriwayatkan bahawa pada saat Fathul Makkah, Nabi (saw memasuki kota Makkah Mukarramah dengan memakai sorban berwarna hitam. (Shamaail Tirmizi Hal. 8; Ibn Majah Hal.256). Dalam riwayat lain, “Saya melihat Nabi saw memakai sorban hitam.”
Amr bin Huroits ra berkata, Nabi saw pernah berkhutbah, sedang beliau memakai surban hitam.” (HR Muslim (1359), Abu Dawud (4077), Ibnu Majah (1104 dan 3584)).
Al-Hasan Al-Bashriy rah berkata dalam menceritakan kebiasaan sahabat dalam memakai songkok dan imamah, “Dahulu kaum itu (para sahabat) bersujud pada surban dan songkok (peci), sedang kedua tangannya pada lengan bajunya". (HR. Al-Bukhari dalam Kitab Ash-Sholah: Bab As-Sujud ala Ats-Tsaub fi Syiddah Al-Harr (1/150) , Abdur Razzaq dalam Al-Mushonnaf (1566)).
SORBAN HIJAU
Sulaiman bin Abi Abdullah mengatakan, bahawa beliau melihat sahabat dari kalangan kaum Muhajirin, mereka memakai sorban berwarna hitam, putih, merah, hijau dan kuning. (Musannaf-e-ibn Abi Shaiba, Vol 8, Hal. 241)
Sulaiman bin Abi Abdullah (ra) berkata bahawa pada saat ia berjumpa “Muhajirina awwalun” (Para sahabat dari kalangan Muhajirin yang paling awal berhijrah) mereka memakai sorban tebal, ada yang berwarna hitam, putih, merah and HIJAU” [Musannaf Ibn Abi Shaybah (6/48)].
FATWA ULAMA TENTANG SORBAN HIJAU
“Bagaimanapun, beberapa Sahabat rhum memakai sorban hijau.” (Musannaf ibn Abi Shaybah. [Mufti Ebrahim Desai, Fatwa # 14298, date: 5/06/2006]
No comments:
Post a Comment