Monday, March 10, 2014

MAU JADI AHLI DEBAT, BACA DULU

Beberapa perkataan ulama tentang kerugian berdebat:

001. Berkata Imam Malik rah: “Perdebatan hanyalah akan membawa pada pertikaian dan menghilangkan cahaya ilmu dari dalam hati, serta mengeraskan hati dan melahirkan kedengkian. (Syiar alamin Nubala, 8/ 106)

002. Musim ibn Yasar rah berkata: “Jauhilah perdebatan, kerana ia adalah saat kebodohan seorang alim, di dalamnya syaitan menginginkan ketergelincirannya.” (Ibnu Baththah, al-Ibanah al-Kubra; Darimi: 404)

003. Jaafar ibn Muhammad rah berkata: “Jauhilah oleh kalian pertengkaran dalam agama, kerana ia menyibukkan (mengacaukan) hati dan mewariskan kemunafikan.” (Baihaqi dalam Syuab: 8249)

004. Imam as-Syafie rah berkata: “Perdebatan dalam agama itu mengeraskan hati dan menanam sifat kedengkian yang mendalam.” (Thobaqat Syafiiyyah 1/7, Siyar 10/28)

005. Ibnu Abdil Bar berkata: “Tidak akan pernah bahagia orang yang suka berdebat. Dan tidaklah engkau menjumpai seseorang yang suka berdebat kecuali di hatinya tersimpan sebuah penyakit.” (Jami al-Bayan al-Ilmi)";

006. Ibnu Abbas ra berkata: “Cukuplah engkau sebagai orang yang zalim bila engkau selalu berdebat. Dan cukuplah dosamu jika kamu selalu menentang dan cukuplah dosamu bila kamu selalu bercakap yakni selain daripada berzikir kepada Allah.” (al-Fakihi dalam Akhbar Makkah)

007. Muhammad ibn Ali ibn Husain rah berkata: “Pertikaian itu menghapuskan agama dan menumbuhkan permusuhan di hati-hati manusia.” (al-Adab al-Syariyyah: 1/23)

008. Imam Malik rah pernah ditanya berkenaan seseorang yang memiliki ilmu sunnah sama ada dia boleh berdebat dalam membela sunnah. Dia menjawab, “Tidak, memadai dengan hanya memberitahu tentang sunnah.” (Tartibul Madarik wa Taqribul Masalik: 1/51; Siyarul Alam: 8/106; al-Syariah: 62-65)

009. Ibnu Rajab al-Hanbali rah berkata: “Sungguh ramai orang telah terfitnah daripada generasi ini dengan penyakit suka berdebat atau berbantah-bantahan. Beranggapan bahawa mereka yang banyak berkomentar dan berdebat dalam masalah agama adalah lebih alim daripada mereka yang tidak banyak berkomentar dan berdebat. Ini tidak benar kerana komentar-komentar generasi tabiin lebih banyak daripada komentar para sahabat, walhal para sahabat lebih alim daripada tabiin; dan begitu juga komentar-komentar generasi tabi at-tabiin lebih banyak daripada generasi tabiin, walhal generasi tabiin lebih alim daripada generasi tabi at-tabiin." (Fadalahu Ilmi Salaf)

010. Imam al-Lalikai menukil perkataan Imam Malik bahawa beliau berkata: Aku membenci perdebatan dalam permasalahan-permasalahan agama. Dan penduduk negeri kita (Madinah) membenci dan melarangnya, seperti perdebatan pemikiran Jahmiah dan Qadariah dan yang serupa dengannya. Dan aku membenci perbincangan, kecuali perbincangan yang akan mendatangkan manfaat berupa amal. (Syarhul Usul Itiqad Ahlussunnah wal Jamaah)

011. Dikatakan kepada Abdullah ibn al Hasan ibn al Husain rah, “Apa pendapatmu tentang perdebatan(mira)?” Dia menjawab: “Merosak persahabatan yang lama dan mengurai ikatan yang kuat. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi pendorong untuk mendapatkan kemenangan itu adalah sebab pemutus tali silaturrahim yang paling kuat.” (Tarikh Dimasyq, 27-380)

012. Bilal ibn Sad rah berkata: “Jika kamu melihat seseorang berterusan berbahas dan berdebat maka sempurnalah kerugiannya.” (al-Adab al-Syariyyah: 1/23)

013. Imam Malik rah mengatakan: “Jidal (perdebatan) dalam agama itu bukan apa-apa (tidak ada nilainya sama sekali).” Imam Malik juga berkata: “Sesungguhnya, jidal itu mengeraskan hati dan menimbulkan kebencian.”

013. Imran al-Qashir rah berkata: “Jauhi oleh kalian perdebatan dan permusuhan, jauhi oleh kalian orang-orang yang mengatakan: Bagaimana menurutmu, bagaimana pendapatmu.” (Ibnu Baththah, al-Ibanah al-Kubra: 639)

014. Muawwiyah ibn Qurrah rah berkata: “Dulu dikatakan, pertikaian dalam agama itu melebur amal.” (Ibnu Baththah, al-Ibanah al-Kubra: 562)

015. Umar ibn Abdul Aziz rah berkata: “Barangsiapa menjadikan agamanya sebagai sasaran untuk perdebatan maka ia akan banyak berpindah-pindah (agama).” (Ibnu Baththah, al-Ibanah al-Kubra: 565)

KISAH: Maulana Jamil beliau Imam di Markaz Raiwind Pakistan mengajar kami Muwatta Imam Malik. Beliau pernah ceritakan kepada kami sewaktu dalam kelas. Kata beliau, "Dulu saya cukup suka berbahas dengan golongan2 seperti Ghairu Muqallid (Wahabi), Syiah, Qadiani, Brelwi dan lain2. Memang dalam perbahasan kebanyakannya saya yang menang dan mereka akan terdiam dan mengalah. Tapi hasil dari perbahasan tersebut mereka makin jauh dari saya dan teramat sedikit yang kembali ke jalan yang lurus. Sehinggalah dengan kerahiman Allah saya telah terlibat dengan usaha dakwah tabligh. Saya mendapat nasihat daripada MaSyeikh2 dalam usaha ini. Maka saya telah tukar cara saya kepada ikram mereka2 daripda golongan ini. Dan hasil daripada itu mereka mula rapat dengan saya dan mula menerima kebenaran". Kata beliau, "Ummat takkan datang kepada kebenaran dengan perbahasan, tapi ummat akan datang kepada kebenaran dengan usaha yang dijalankan dengan penuh kasih sayang dan taalluq Maallah (hubungan dengan Allah).

No comments:

Post a Comment