Mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan pada anda.
Seorang wanita Alim dari Shirnak, Turki, kaum kerabat saya sendiri, telah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW sebanyak dua kali di dalam bulan Rejab. Beliau memberitahu mimpinya pada saya secara peribadi, kerana beliau mempercayai saya sebagai seorang Imam, dan menyuruh supaya saya menyebarkan tentang mimpinya kepada sesiapa sahaja, kerana ia adalah arahan dan pesanan Nabi Muhammad SAW.
Saudara dan saudariku! Saya sudah mencatatkan tentang mimpi itu betul-betul seperti mana yang beliau nyatakan kepada saya agar tidak ada kesilapan sedikit pun :
MIMPI PERTAMA
Mimpi pertama yang aku alami ialah pada malam Raghaib, iaitu malam pertama bulan Rejab (27 Februari 2020). Dalam mimpi itu, Nabi Muhammad SAW berada di atas Gunung Judi, tempat di mana kapal Nabi Nuh mendarat. Ada binaan di atas gunung ini yang seakan-akan sebuah bilik. Aku pun masuk dan mendapati ada Nabi Muhammad SAW. Baginda memakai serba putih, janggut baginda putih dan wajahnya bercahaya. Baginda berkata kepadaku, “Anakku, penyakit dan virus ini (Corona) datang dari orang bukan Islam dan sedang tersebar ke seluruh dunia. Dengarlah apa aku hendak beritahu ini dan kongsikan pada sesiapa saja sebelum ianya mula merebak kepada ummatku dan mereka merana.” Baginda memberitahu, “Ubat dan penawar untuk virus ini ialah Sumac!" (sejenis herba seiras Za’faran berupa bulat-bulat warna merah).
Penawar untuk coronavirus ialah Sumac, saudara dan saudariku!
“Baginda berkata, ‘Masukkan secubit Sumac dalam secawan air, kacau dan minum. Dengan izin Allah pesakit itu akan sembuh dan orang yang sihat tidak akan dijangkiti.’ Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bolehkah kita memberitahu orang bukan Islam tentang penawar ini? Lalu baginda menjawab, ‘Ya, jika penyakit itu berhenti pada mereka, maka ia tidak akan sampai dan merebak kepada ummatku, dan ia boleh jadi juga sebagai petunjuk untuk sebahagian mereka.’ Dan aku pun terjaga. Aku pun berkata pada diriku sendiri, ‘Apa aku hendak lakukan? Tiada sesiapa akan percaya apa yang aku beritahu. Mereka akan katakan, ‘Ini cuma mimpi’, dan tak akan menghiraukannya.”
MIMPI KEDUA
“Kali ini aku bermimpi pada malam Isra’ Mi’raj (24 Mac 2020). Sekali lagi aku bertemu Nabi SAW pada tempat yang sama di atas Gunung Judi, tapi kali ini baginda agak marah padaku. Baginda berkata, ‘Kau tidak memberitahu sesiapa tentang penawar untuk virus ini dan ia telah merebak ke atas ummatku! Aku jawab, ‘Wahai Rasulullah! Aku sangka tiada sesiapa yang akan percaya padaku, jadi aku teragak-agak untuk memberitahu sesiapa.’ Baginda berkata, ‘Mungkin kau pun tidak percaya juga. Jadi sekarang perhati dan lihat.’ Dalam sebelah tangannya ada sekendi air bancuhan Sumac dan sebelah tangan lagi memegang nyalaan api, dan ada dua orang sakit di dalam bilik itu.
Baginda berkata kepadaku, ‘Perhati dan lihat,’ dan baginda memberikan setiap orang itu secawan Sumac lalu mereka pun minum. Mereka berdua sembuh serta merta! Baginda SAW pun berpaling kepadaku dan berkata, ‘Adakah kau percaya sekarang?’ Biarkan semua orang tahu, kerana penyakit ini tidak akan hilang dengan apa pun melainkan dengan Sumac! Ubat dan penawar penyakit ini ialah Sumac. Maka sampaikan (pesanan) ini kepada pihak yang berkuasa. Insha Allah, dengan izin Allah, ummatku akan dihindari dari penyakit merbahaya ini.’ Wallahi, aku bersumpah dengan nama Allah, mimpi ini bukan bohong. Inilah yang benar-benar aku lihat dalam mimpiku.”
Saudara dan saudariku. Jangan kongsikan pesanan ini dengan berkata, “Ini cuma mimpi saja.” Lagipun Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam sebuah Hadith ash-Sharif:
مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فِي الْيَقَظَةِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ عَلَى صُورَتِي
Sesiapa saja yang melihatku dalam mimpi memang (sebenarnya) dia melihatku seperti dalam sedar kerana sesungguhnya shaitan tidak dapat menyerupai rupaku. (Ibn Majah)
Saudara dan saudariku. Anda boleh percaya atau tidak. Aku kongsikan ini dengan anda, kerana aku benar-benar percaya tentangnya. Aku rasa mimpi ini penting dan bermakna, lagipun dalam mimpi itu terlihat Gunung Judi di mana Kapal Nabi Nuh mendarat. Dengan izin Allah pesanan yang disampaikan dalam mimpi ini oleh Nabi Muhammad SAW akan menjadi mukjizat kepada ummatnya khususnya dan semua orang umumnya, dan mereka semua akan bersaksi : bahawa tiada Keselamatan selain dari mengikuti Nabi Muhammad SAW!
Akhir sekali, pesanan saya pada orang-orang yang menjual Sumac: Tolonglah, tolonglah jangan menaikkan harga terutama ketika dalam keadaan genting dan getir ini. Kerana, hari ini ialah hari bersatu; hari ini ialah hari kita tolong menolong antara satu sama lain; hari ini ialah hari berkongsi dan menghulurkan rawatan (penyembuhan). Mudah-mudahan anda berada di bawah Perlindungan Ilahi.
Saudara dan saudariku! Sebagaimana anda lihat (demo), dalam secawan air suam, kacau secubit Sumac seperti ini. Kalau anda mahu, anda boleh terus makan dan kemudian minum. Dengan izin Allah, ia akan menjadi penawar pada semua orang yang meminumnya. Anda boleh minum dua kali sehari. Bismillahi ‘r-Rahmaani ‘r-Raheem, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. (Minum dari cawan).
Mudah-mudahan anda berada di bawah Perlindungan Ilahi.
No comments:
Post a Comment